backup og meta

Gemar Biarkan Kuku Hitam Dan Berdaki? Awas! Anda Akan Dapat 4 Penyakit Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    Gemar Biarkan Kuku Hitam Dan Berdaki? Awas! Anda Akan Dapat 4 Penyakit Ini!

    Gelinya kalau tengok kuku kotor, hitam dan penuh dengan daki yang terselit. Tidak hanya itu, sebenarnya ada banyak juga penyakit yang berpunca daripada kuku yang kotor.

    Ini kerana daki yang wujud di dalam hujung kuku anda itu adalah hasil kumpulan kotoran dari persekitaran. Berita lebih buruk, ia mungkin penuh dengan mikroorganisme.

    Persoalannya, apa contoh penyakit yang berpunca daripada kuku yang kotor? Jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Dari mana muncul ‘daki’ dalam kuku anda itu?

    Jika anda perasan, daki yang wujud di dalam hujung kuku anda itu akan muncul tanpa sedar. Jika ia tidak dikorek atau dicongkel keluar, maka daki ini juga tidak akan hilang.

    Ya, anda mungkin benar jika sangka ia adalah hasil kumpulan kotoran daripada persekitaran terutama apabila jari tangan anda kerap menggaru, menggosok atau menyentuh sesuatu.

    Sebenarnya, punca utama ia wujud adalah daripada serpihan atau lebihan keratin dari dinding kuku anda sendiri. Dalam erti kata yang lain, ia mungkin adalah perkara normal.

    penyakit yang berpunca daripada kuku yang kotor

    “Selain daripada keratin, kewujudan daki dalam kuku juga adalah akibat sel kulit mati daripada daging di bawah kuku yang terbuang lalu terkumpul di tempat sama”, jelas Pakar Dermatologi, Dr Dana Stern.

    Sekiranya daki itu disebabkan oleh 2 proses di atas tadi, maka ia adalah normal. Apa yang akan jadi masalah adalah apabila wujud juga anasir ‘jahat’ lain di dalam kuku anda.

    Wujud juga anasir lain di dalam kuku?

    Seperti mana yang kami telah kata di atas tadi, kuku kotor dengan daki adalah akibat daripada persekitaran. Tambahan lagi jika jari dan tangan anda itu kerap digunakan.

    Tabiat menggaru, menggosok dan menyentuh sesuatu yang kotor akan jadi punca bendasing seperti bakteria untuk memasuki hujung kuku anda dan menjadikan ia habitat.

    Begitu juga dengan tabiat menggigit kuku atau menghisap jari. Ia turut boleh jadi punca bakteria yang lama wujud di dalam mulut berpindah ke dalam kuku dan seterusnya menjadi daki.

    Berikut adalah antara jenis bakteria yang mungkin boleh wujud dan tinggal di dalam kuku kotor:

    • Pseudomonas
    • Klebsiella
    • Candida parapsilosis
    • Salmonella
    • E. coli

    Penyakit yang berpunca daripada kuku yang kotor!

    Bukan sahaja ia akan buat kuku kotor, hitam, buruk dan busuk, malah daki pada hujung kuku yang mungkin penuh dengan bakteria ini juga boleh membawa pelbagai penyakit.

    penyakit yang berpunca daripada kuku yang kotor

    Penyakit yang berpunca daripada kuku yang kotor #1. Infeksi pada kuku

    Pertama sekali, bakteria jenis Pseudomonas boleh jadi punca infeksi pada kuku terutama buat individu yang gemar pakai kuku palsu. Ini kerana bakteria ini boleh terperangkap.

    Infeksi ini akan membuatkan kuku kelihatan seperti berwarna hijau atau hitam seakan ia sedang lebam. Kesannya, kuku anda mungkin terpaksa dibuang jika terlalu teruk.

    #2. Infeksi salur kencing, penyakit yang berpunca daripada kuku yang kotor

    Bakteria jenis Klebsiella pula boleh jadi punca jangkitan pada salur kencing apabila ia masuk ke dalam tubuh badan melalui makanan dan minuman yang diambil individu.

    #3. Infeksi salur darah

    Bakteria jenis Candida parapsilosis juga boleh jadi punca jangkitan pada salur darah apabila ia masuk ke dalam tubuh badan melalui makanan dan minuman yang diambil individu.

    Penyakit yang berpunca daripada kuku yang kotor #4. Keracunan

    Merupakan kondisi yang paling bahaya, kewujudan bakteria pada kuku kotor ini turut boleh jadi punca keracunan makanan apabila ia disentuh dan diambil guna tangan.

    Bakteria dalang keracunan tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan Salmonella serta E. coli. Kesannya, anda mungkin akan sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah.

    Dalam pada itu, bakteria-bakteria ini juga akan beri kesan yang buruk kepada organ dalam tubuh badan lain seperti tekak, kerongkong, gusi, gigi, lidah serta lain-lain.

    Maka, sila jaga kuku anda dengan baik…

    penyakit yang berpunca daripada kuku yang kotor

    Menurut kajian Infectious Disease Society of America, didapati bahawa individu yang simpan kuku panjang (lebih daripada 3 mm) mempunyai bakteria di dalam kuku mereka itu.

    Dalam usaha untuk elak mikroorganisme ini wujud di dalam kuku, anda perlu potong kuku pada kadar dan tempoh yang sesuai. Caranya juga perlu tepat agar tiada kesan lain.

    Dalam pada itu, jagalah kebersihan dan kecantikan kuku seperti mana anda menjaga wajah dan kulit badan yang lain. Ingatlah, kuku itu cerminan kepada personaliti individu!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan