backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Mengapa Kuku Kaki Lambat Panjang Berbanding Kuku Tangan? Ini Sebab Saintifiknya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

    Mengapa Kuku Kaki Lambat Panjang Berbanding Kuku Tangan? Ini Sebab Saintifiknya

    Setiap kali tiba waktu untuk potong kuku, sudah pasti kita semua pernah terfikir dan tertanya kenapa kuku kaki lambat panjang berbanding kuku tangan, bukan?

    Sebenarnya, situasi itu bukan hanya berlaku angkara perasaan anda seorang sahaja. Ini kerana memang benar kuku kaki lambat panjang berbanding kuku tangan!

    Jika anda ingin tahu sebabnya, jom teruskan membaca artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

    Berapa pantas kuku tangan akan tumbuh?

    Umumnya, kuku tangan yang normal akan tumbuh kira-kira 3.47 milimeter (mm) per bulan jika tidak terjadi sebarang gangguan terhadap proses pertumbuhannya.

    Sekiranya kuku tangan anda itu tercabut atau tertanggal dari jari, maka ia mungkin akan mengambil masa sekitar 6 bulan untuk ia tumbuh kembali seperti sediakala.

    Untuk pengetahuan anda semua, kuku pada tangan yang dominan (sama ada kanan atau kiri) cenderung untuk tumbuh lebih cepat berbanding tangan tidak dominan.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, kuku tangan sebelah kiri anda mungkin akan tumbuh dengan lebih cepat jika anda adalah seorang kidal dan begitu juga sebaliknya.

    Meskipun anda mungkin tidak sedar tentangnya, turut wujud beberapa lagi faktor luar lain yang akan mempengaruhi proses pertumbuhan kuku pada tangan anda.

    kuku kaki

    Apa faktor yang akan mempengaruhinya?

    Sebenarnya, proses pertumbuhan kuku adalah berbeza bergantung kepada individu itu sendiri. Berikut adalah antara faktor-faktor yang akan mempengaruhinya:

    #1. Usia

    Secara hipotesisnya; lebih muda usia individu itu, lebih cepat kuku akan tumbuh. Ada sebuah kajian yang telah dijalankan bagi membuktikan kebenaran hipotesis ini.

    Kajian itu telah melibatkan seorang individu dan setelah dikaji, situasi ini mungkin terjadi akibat sirkulasi darah dalam tubuh badan yang telah perlahan seiring dengan usia.

    Pada usia 23 tahun, kuku tangan beliau akan tumbuh kira-kira 0.123 mm per hari. Pada usia 67 tahun, kuku tangan beliau pula tumbuh kira-kira 0.096 mm per hari.

    #2. Hormon

    Selain usia, hormon di dalam tubuh badan individu juga akan mempengaruhi proses ini. Sebagai contoh, wanita yang hamil akan tumbuh kuku tangan dengan lebih cepat.

    Ini disebabkan oleh penghasilan dan peningkatan secara mendadak hormon kehamilan seperti estrogen dan progesterone di dalam tubuh badan wanita yang sedang hamil.

    Ketika individu mengalami akil baligh juga, hormon di dalam tubuh badan akan terjejas sekali gus mempercepatkan proses pertumbuhan kuku tangan lelaki atau wanita.

    kuku kaki

    #3. Kondisi kesihatan

    Ada beberapa kondisi kesihatan yang mungkin akan mempengaruhi proses pertumbuhan kuku serta bentuk, warna, tekstur dan lain-lain aspek pada kuku tangan anda.

    Kebiasaannya, kondisi seperti berikut adalah dalang kepada kuku anda tumbuh cepat atau lambat:

    • Psoriasis
    • Diabetes
    • Lupus
    • Tiroid
    • Endokarditis
    • Penyakit buah pinggang
    • Penyakit organ hati

    #4. Tabiat tidak sihat

    Onikopagia adalah sejenis tabiat tidak sihat di mana individu gemar menghisap dan menggigit kuku tangan mereka sekali gus mempercepatkan proses pertumbuhan.

    Ini adalah disebabkan kekerapan berlakunya trauma kepada kuku yang lantas akan jadi punca kadar sirkulasi darah di sekitar jari itu lebih laju berbanding kebiasaan.

    Pun begitu, tabiat ini tidak akan mendatangkan kesan sama seperti potong kuku menggunakan alatan yang betul. Jadi, semestinya potong kuku menggunakan pengetip adalah pilihan yang lebih bijak lagi baik.

    Ini sebab kenapa kuku kaki lambat panjang!

    Berbeza dengan kuku tangan, kuku jari kaki akan mengalami kadar pertumbuhan yang tidak sama kerana kuku kaki lambat panjang berbanding kuku tangan individu.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, kuku kaki akan tumbuh sekitar 1.62 mm per bulan manakala kuku tangan pula tumbuh sekitar 3.47 mm per bulan jika normal.

    Jika kuku pada jari kaki anda tercabut atau tertanggal, maka ia akan mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk tumbuh, 3 kali lebih lambat daripada kuku tangan.

    kuku kaki

    Persoalannya, kenapa kuku jari kaki lambat panjang berbanding kuku tangan? Penjelasannya, kuku kaki itu kurang terdedah kepada trauma berbanding kuku tangan!

    Meskipun tidak mustahil untuk trauma itu terjadi, ia mungkin tidak kerap sekali gus menyebabkan sirkulasi darah padanya tidak akan mendatangkan impak lebih berat.

    Bolehkah anda buat kuku tumbuh lebih cepat?

    Ada juga individu yang mungkin mahu kuku tumbuh lebih cepat untuk tujuan seperti pekerjaan, perhiasan dan lain-lain. Ini adalah antara usaha yang anda mungkin boleh cuba:

    Apa yang lebih penting, segera berjumpa doktor sekiranya berlaku sebarang keabnormalan pada kuku anda agar kebersihan, kesihatan dan kecantikan kuku dapat dijaga.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan