2. Biarkan mereka putuskan sendiri tangan mana yang ingin digunakan
Pada mulanya, mereka mungkin akan rasa keliru kerana mereka agak berbeza dengan individu lain yang banyak menggunakan tangan kanan terutamanya kawan-kawan rapat mereka, namun selepas dorongan dan ulangan perlakuan itu, mereka dapat membiasakan diri. Apa yang anda boleh lakukan adalah bersabar dan selalu menyokong mereka menggunakan mana-mana tangan mereka sehingga ia menjadi suatu kebiasaan.
3. Jadikan aktiviti menulis sebagai sesuatu yang mudah
Anda semua mesti pernah melihat individu kidal menulis, bukan? Lihat sahaja bahagian tepi tapak tangan mereka, mesti akan comot dengan dakwat pensel atau pen. Ini kerana mereka yang menulis dalam tulisan rumi terutamanya akan menyentuh kembali hasil tulisan mereka sendiri. Sebagai ibu bapa, jangan sesekali memarahi mereka kerana itu. Sebaliknya sediakan kain atau tisu di sebelah anak anda ketika mereka menulis untuk mereka mudah membersihkan kekotoran tersebut dan meneruskan tugasan mereka seperti biasa.
4. Kenali kelebihan mereka
Ibu bapa juga perlu selalu memuji mereka dengan mengatakan bahawa mereka adalah istimewa dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sebagai contoh, ada kajian yang mengatakan bahawa individu kidal sebenarnya adalah lebih kreatif daripada individu lain. Selain itu juga, individu kidal juga sebenarnya mempunyai kelebihan dalam sukan. Lihat sahaja ikon sukan bola sepak terkemuka di dunia seperti Lionel Messi, yang juga merupakan seorang yang kidal. Pastikan mereka tahu tentang perkara ini dan sentiasa mengingatkan mereka mengenainya.
Kidal atau tidak, itu sebenarnya tidak penting, anda sebenarnya tidak perlu menganggap ini adalah satu masalah yang besar kerana tidak wujud banyak perbezaan antara individu yang kidal atau tidak. Paling penting, anda sebagai ibu bapa perlu sentiasa mendorong dan menyokong anak anda untuk menjadi individu yang lebih baik pada masa hadapan.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen