6. Pergi ke masjid
Jika anda mampu, pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Anda mungkin berasa teragak-agak, tetapi sekurang-kurangnya ini dapat mengeluarkan anda daripada persekitaran menyendiri kepada persekitaran yang lebih meriah dan dipenuhi orang.
7. Bina intimasi ruhani
Antara sebab puasa dianggap sebagai ibadah yang membina kerohanian diri adalah kerana puasa adalah ibadah yang tidak dapat dilihat, hanya anda dan Tuhan mengetahuinya. Sekarang, anggaplah perjuangan anda dengan kemurungan sebagai usaha yang sama. Perasaan pengasingan, kesunyian, kurang tumpuan, kurang tenaga, lemah fizikal, kecemasan, kesedihan, dan kekosongan yang memenuhi ruang jiwa anda hanya diketahui anda dan Yang Maha Mengetahui. Kerana tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang melihat. Tidak siapa yang menyaksikan perjuangan anda melainkan-Nya.
Jadi, anggaplah puasa sebagai satu cara mengukuhkan keintiman dengan Allah SWT – bukan hanya melalui doa dan solat-tapi dengan menjalaninya walaupun anda memaksakan diri, sebagaimana anda memaksa diri untuk meneruskan hidup.
Sama ada anda baru menghadapi kemurungan atau telah lama bergelut dengannya, sama ada ini bahagian jangka pendek atau kronik dalam hidup anda, sama ada kemurungan ini adalah episod setiap hari atau kadangkala, tanamkan pada diri anda bahawa; anda dicintai, anda bermakna. Jangan merasa bersalah kerana tidak memenuhi jangkaan yang anda miliki untuk diri sendiri, atau kerana merasa sangat berbeza dengan Ramadan sebelumnya. Anda bukan lemah kerana berasa sangat sukar mengharungi bulan ini. Perjuangan anda mempunyai nilai dan bukan untuk diukur oleh orang lain.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen