home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Pembuangan Lesi Kulit Benigna

Ketahui asas-asasnya|Ketahui risiko-risikonya|Ketahui apa yang berlaku|Pemulihan

Ketahui asas-asasnya

Apa itu Pembuangan Lesi Kulit Benigna?

Lesi kulit adalah tisu kulit yang tumbuh secara tidak normal di permukaan atau betul-betul di bawah kulit. Sebagai contoh, sista dalam bentuk epidermis, lipoma, ketuat dan tahi lalat. Lesi kulit adalah kecederaan yang sangat biasa dan boleh dirawat dengan pembedahan.

Mengapa Pembuangan Lesi Kulit Benigna dilakukan?

Lesi boleh menyebabkan simptom-simptom atau menjejaskan penampilan anda; lesi boleh dirawat dengan prosedur mudah, seperti elektrokauteri, krioterapi atau eksisi.

Ketahui risiko-risikonya

Apakah risiko Pembuangan Lesi Kulit Benigna?

Kebanyakan lesi kulit adalah tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lesi kulit mungkin merupakan kanser kulit, dan jenis kanser ini terbaik jika dirawat pada peringkat awal; oleh itu, jika terdapat sebarang lesi pada kulit, anda harus berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum menjalani Pembuangan Lesi Kulit Benigna?

Doktor anda akan memberitahu anda tentang persediaan yang diperlukan sebelum prosedur. Pembuangan lesi kulit adalah prosedur yang dilakukan dalam satu hari, dan ia tidak memerlukan kemasukan ke hospital, yang bermakna anda boleh melakukan rawatan tersebut dan pulang ke rumah pada hari yang sama.

Bergantung pada saiz dan lokasi lesi pada badan, doktor akan memutuskan sama ada untuk merawatnya di bilik doktor atau di hospital.

Doktor anda akan menjelaskan kepada anda apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas prosedur dan beberapa ketidakselesaan atau kesakitan yang mungkin anda alami semasa prosedur. Anda perlu memberi perhatian untuk persediaan pra-psikologi, dan anda juga boleh bertanya kepada doktor tentang risiko dan manfaat prosedur ini dan sama ada terdapat sebarang rawatan alternatif lain. Selepas berfikir dan mempertimbangkan, jika anda bersetuju untuk menjalani prosedur tersebut, anda akan menandatangani satu helaian rekod. Dalam prosedur yang melibatkan anestesia, anda biasanya akan diminta menandatangani borang permohonan kebenaran.

Apa yang berlaku semasa Pembuangan Lesi Kulit Benigna?

Prosedur ini biasanya mengambil masa 15-25 minit. Apabila mengeluarkan sista epithelial, pakar bedah membuat insisi berbentuk bujur di sekelilingnya dan kemudian membuangnya.

Untuk penyingkiran lipoma, pakar bedah membuat insisi lurus pada kulit secara terus melepasi lipoma. Ia akan dipisahkan dari tisu di bawahnya dan dikeluarkan.

Untuk ketuat, pakar bedah hanya melumpuhkan dan membuangnya.

Untuk tahi lalat, doktor anda membuat pemotongan bujur di sekitarnya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apa yang berlaku selepas Pembuangan Lesi Kulit Benigna?

Selepas berada di bawah anestesia, prosedur ini biasanya mengambil masa sehingga beberapa jam untuk anda merasa kembali kawasan anestetik. Sentiasa beringat untuk mengelakkan benjolan atau pukulan di kawasan tersebut.

Anda biasanya boleh pulang ke rumah pada hari yang sama jika anda berasa sihat dan doktor membenarkan anda. Sekiranya anda diberi sedatif, anda perlu meminta seseorang untuk membawa anda ke rumah. Jika anda menjalani pembedahan yang lebih besar, seperti graf kulit atau pembedahan kepala dan leher, cuba dapatkan rakan atau orang yang dikasihi untuk menjaga anda dalam tempoh 24 jam pertama selepas pembedahan.

Doktor atau jururawat akan memberikan arahan untuk penjagaan luka sebelum anda pulang ke rumah. Doktor anda akan menjadualkan temujanji susulan untuk anda.

Doktor atau jururawat akan menarik benang yang tak tercerna keluar dari badan selepas pembedahan. Biasanya, ia dilakukan pada hari ke-7 selepas pembedahan jika jahitan tersebut di wajah anda, dan hari ke-10 hingga ke-14 jika jahitan di bahagian lain badan. Untuk benang boleh cerna, masa yang diambil untuk hilang bergantung kepada jenis benang tersebut. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan penyingkiran, benang biasanya hilang dalam masa 10 hingga 14 hari.

Anda boleh kembali bekerja pada keesokan harinya kecuali jika pekerjaan anda meregangkan jahitan dan mengoyakkannya. Prosedur ini biasanya tidak menjejaskan aktiviti anda.

Ada kemungkinan komplikasi. Komplikasi pembedahan yang biasa termasuk:

  • Sakit;
  • Berdarah;
  • Jangkitan tapak pembedahan;
  • Parut luka tidak estetik;
  • Luka bukaan jika kulit anda tidak sembuh.

Komplikasi khusus pembedahan ini termasuk:

  • Lipoma atau sista epidermis mungkin berulang;
  • Kerosakan saraf;
  • Anda mungkin memerlukan pembedahan yang lebih besar.Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan sebarang nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Skin lesion removal. http://www.bupa.co.uk/health-information/directory/s/skin-lesions. Diakses Mei 30, 2016.
Removing benign skin lesions. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/surgicalbrochures/removing-benign-skin-lesions. Diakses Mei 30, 2016.
Skin lesion removal. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/003840.htm. Diakses Mei 30, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal
Disemak pada 28/03/2018
x