backup og meta

Ketahui Jenis Kulit Anda

Ketahui Jenis Kulit Anda

Adakah anda pasti bahawa anda menjaga kulit anda dengan cara yang betul? Adalah mustahil untuk melindungi kulit anda dengan betul tanpa mengetahui jenis kulit anda. Walaupun anda mempunyai kulit yang cantik, sensitif, normal, berminyak atau kering, anda perlu menentukan dengan teliti jenis kulit anda untuk memilih produk penjagaan kulit yang sesuai untuk diri anda sendiri.

Langkah-langkah untuk mengenal pasti jenis kulit anda

  1. Bersihkan muka anda. Basuh muka anda dengan air atau dengan pembersih solekan jika anda memakai solekan.
  2. Biarkan kulit anda kering selama satu jam. Ini akan membolehkan kulit anda kembali kepada keadaan semula jadi.
  3. Gunakan tisu untuk menekan wajah anda
  4. Tentukan jenis kulit anda

Kulit kering

Anda mempunyai kulit kering jika terdapat keruping kulit mati di wajah anda. Faktor seperti gaya hidup dan diet, perubahan hormon, iklim, dan juga genetik, adalah sebab utama menyebabkan kulit kering. Orang-orang kulit yang kering harus kerap mengelupaskan (exfoliate) dan melembapkan kulit mereka.

Kulit berminyak

Jenis kulit ini boleh dikenal pasti jika anda melihat kulit anda mempunyai liang besar dan bersinar. Minyak berlebihan selalu boleh menyebabkan liang pori tersumbat, yang menyebabkan pelbagai jenis jerawat dan jeragat. Walau bagaimanapun, orang yang kulitnya berminyak sering kelihatan lebih muda berbanding orang lain. Anda sepatutnya kerap mencuci wajah anda dan sentiasa membawa kertas penyerap minyak jika anda mempunyai kulit jenis ini.

Kulit normal

Kulit anda adalah normal jika ia tidak bersinar atau kering. Anda harus merasa bertuah jika anda mempunyai kulit biasa. Kulit biasa selalu terasa anjal, licin dan lembut.

Kulit kombinasi

Ini adalah jenis kulit yang paling biasa. Kulit anda sering berminyak di zon T dan kering di bahagian lain. Anda harus memilih produk penjagaan kulit untuk kulit kombinasi dan pengelupasan (exfoliate)  harian juga diperlukan.

Kulit sensitif

Kulit anda sensitif jika menjadi merah, bertindak balas, dan gatal selepas menggunakan produk harian biasa. Pencuci muka asas kadangkala boleh menyebabkan tindak balas bagi orang yang mempunyai kulit sensitif. Oleh itu, orang yang mempunyai kulit sensitif perlu berhati-hati apabila mempertimbangkan produk penjagaan kulit untuk diri mereka. Lebih baik untuk menguji produk di tangan anda terlebih dahulu bagi mereka yang mempunyai kulit ini.

Jika anda masih tidak dapat mengenalpasti jenis kulit anda, menemui doktor juga cara yang baik untuk menentukannya. Jenis kulit anda boleh berubah dari masa ke masa, jadi periksa keadaan  kesihatan kulit anda dengan kerap untuk menentukan cara merawat kulit anda yang betul.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How To Determine Your Skin Type https://www.tatcha.com/tatcha-institute/how-to-determine-your-skin-type/ Accessed December 21, 2016

Versi Terbaru

29/11/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

5 Ubat Kayap Cara Kampung Anda Boleh Cuba, Ramai Tak Sangka Yang Pertama Berkesan!

Penat Asyik Garu Badan Sebab Gatal, Jangan Risau Ikut 5 Petua Berkesan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan