backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Bedsores (pressure ulcers)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Bedsores (pressure ulcers)?

Bedsores — juga dikenali sebagai tekanan ulser dan dekubitus ulser – merupakan  kecederaan kepada kulit dan tisu asas yang berpunca daripada tekanan yang berpanjangan pada kulit. Kebiasaannya Bedsores akan terjadi pada kulit yang menyaluti kawasan tulang seperti tumit, pergelangan kaki, pinggang dan tulang pinggul.

Orang yang paling berisiko untuk terkena penyakit Bedsores adalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang membatasi keupayaan mereka untuk mengubah kedudukan atau mereka yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka di atas katil atau kerusi.

Bedsores boleh terbentuk dengan pantas. Kebanyakan luka akan sembuh dengan rawatan, tetapi ada sebahagian luka yang tidak akan sembuh sepenuhnya. Anda boleh mengambil langkah – langkah untuk membantu mencegah Bedsores dan bantuan penyembuhan.

Apakah kebarangkalian Bedsores (pressure ulcers)?

Bedsores merupakan perkara biasa yang berlaku pada pesakit – pesakit di hospital, rumah penjagaan serta pesakit yang dirawat di rumah. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Bedsores (pressure ulcers)?

Simptom – simptom biasa Bedsores adalah:

  • Perubahan pelik pada warna kulit atau tekstur kulit.
  • Bengkak.
  • Kekeringan seperti pus.
  • Kawasan kulit yang terasa lebih sejuk atau panas apabila disentuh berbanding kawasan yang lain.
  • Kawasan yang sakit.

Bedsores terbahagi kepada beberapa peringkat berdasarkan kedalaman, keterukan dan ciri – ciri yang lain. Tahap kerosakan pada kulit dan tisu bermula dari kulit berwarna merah, kulit yang tidak pecah sehingga kecederaan yang dalam melibatkan otot dan tulang.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan seperti di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai gejala ini, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami tanda – tanda atau simptom – simptom seperti yang telah dinyatakan di atas atau mempunyai sebarang persoalan, sila berjumpa dengan doktor anda. Setiap badan manusia mempunyai tindak balas yang berbeza.  Berbincang dengan doktor anda merupakan tindakan yang terbaik bagi mengetahui apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Bedsores (pressure ulcers)?

Bedsores disebabkan oleh tekanan ke atas kulit yang akan menyekat pengaliran darah ke kulit. Faktor – faktor lain yang berkaitan dengan pergerakan yang terhad akan menyebabkan kulit terdedah kepada kerosakan dan menyumbang kepada pembentukan luka tekanan.

Tiga faktor penyumbang utama untuk Bedsores adalah:

  • Tekanan yang konsisten ke atas mana – mana bahagian tubuh badan yang akan mengurangkan pengaliran darah ke tisu. Pengaliran darah amat diperlukan bagi mengalirkan oksigen dan nutrisi – nutrisi yang lain ke tisu. Tanpa nutrisi – nutrisi yang diperlukan ini, kulit dan tisu – tisu berhampiran akan mengalami kerosakan dan boleh membawa kepada kematian. Bagi orang yang mempunyai pergerakan yang terhad, tekanan seperti ini cenderung berlaku di kawasan yang tidak dipenuhi dengan otot atau lemak yang terletak di atas tulang seperti tulang belakang, bilah bahu, pinggul, tumit dan siku.
  • Geseran berlaku apabila kulit bergesel dengan kain atau tilam. Perkara ini akan menyebabkan kulit yang rapuh akan lebih cenderung kepada kecederaan, terutama jika kulit lembab.
  • Kekoyakan berlaku apabila dua permukaan yang bersentuh bergerak dalam arah yang berbeza. Sebagai contoh, apabila tilam yang dibahagian kepala dinaikkan, anda akan meluncur ke bawah. Apabila pinggul bergerak ke bawah, kulit di atas tulang mungkin kekal di tempatnya – maka akan berlaku penarikan ke arah yang bertentangan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Bedsores (pressure ulcers)?

Terdapat banyak faktor risiko untuk bedsore seperti:

  • Imobiliti. Ini disebabkan oleh faktor kesihatan yang buruk, kecederaan saraf tunjang dan sebab – sebab yang lain.
  • Kurangnya persepsi deria. Kecederaan saraf tunjang, gangguan saraf dan lain – lain keadaan boleh menyebabkan kehilangan deria sensasi. Ketidakupayaan merasakan kesakitan atau ketidakselesaan boleh menyebabkan tidak menyedari tanda – tanda amaran dan keperluan untuk menukar kedudukan.
  • Kurang nutrisi dan penghidratan. Manusia memerlukan air, kalori, protein, vitamin dan mineral dalam diet harian untuk mengekalkan kulit yang sihat dan mencegah pecahan tisu.
  • Masalah kesihatan yang menjejaskan pengaliran darah. Masalah kesihatan yang boleh menjejaskan pengaliran darah seperti kencing manis dan penyakit vaskular, akan meningkatkan risiko kerosakan tisu.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Bedsores (pressure ulcers) didiagnosis?

Doktor anda akan meniliti kulit anda untuk menentukan sama ada anda menghadapi tekanan ulser dan menilai kerosakannya. Dia akan cuba untuk mengklasifikasikan luka tersebut pada tahap yang tertentu. Klasifikasi boleh membantu menentukan rawatan yang terbaik untuk anda. Dia juga akan melaksanakan ujian darah untuk menilai kesihatan anda secara umum.

Bagaimana pesakit Bedsores (pressure ulcers) dirawat?

Jika anda menjaga seseorang yang mengalami Bedsores, doktor atau jururawat rumah anda akan meminta anda untuk membantu proses rawatan dengan mengikuti langkah – langkah pencegahan yang akan menghentikan kerosakan yang lebih teruk terhadap kulit dan meningkatkan peluang penyembuhan.

Rawatan tambahan, biasanya dilakukan oleh pihak pegawai kesihatan yang profesional, bergantung pada tahap Bedsores tersebut. Pertama, kawasan kulit yang tidak cedera yang berdekatan dengan Bedsores akan disapu dengan filem pelindung atau pelincir untuk melindungi mereka daripada kecederaan. Seterusnya, balutan khas akan dilaksanakan pada kawasan yang cedera untuk membantu penyembuhan atau membantu membuang kawasan tisu mati yang kecil. Jika diperlukan, kawasan tisu mati yang lebih besar akan dipotong melalui kaedah pembedahan atau dilarutkan dengan ubat khas. Krater yang dalam mungkin memerlukan cantuman kulit dan bentuk – bentuk pembedahan rekonstruktif yang lain.

Jika kulit pesakit ada menunjukan tanda – tanda jangkitan, doktor akan memberikan antibiotik dalam bentuk salap, pil atau diberikan secara intravena.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Bedsores (pressure ulcers)?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi Bedsores:

  • Ubah posisi anda secara kerap. Sekiranya anda memakai kerusi roda, ubah posisi berat anda setiap 15minit. Sila minta pertolongan untuk membetulkan semula posisi anda kira – kira sejam sekali.
  • Angkat diri anda sekiranya mampu. Sekiranya anda mempunyai kekuatan yang cukup pada bahagian badan atas, lakukan senaman tekan tubi di atas kerusi roda anda- menaikkan badan anda dari tempat duduk dengan menolak pada lengan kerusi.
  • Sila cari kerusi roda yang khusus. Sesetengah kerusi roda membolehkan anda memiringkan kedudukannya untuk melegakan tekanan.
  • Pilih bantal atau tilam yang boleh melegakan tekanan. Guna bantal atau tilam yang khas untuk melegakan tekanan dan membantu untuk memastikan badan anda berada dalam keadaan posisi yang baik. Jangan gunakan kusyen donat, kerana kusyen tersebut akan menyebabkan tekanan kepada tisu sekeliling.
  • Laraskan ketinggian katil anda. Sekiranya katil anda boleh dinaikkan di  kepala, naikkan tidak lebih daripada 30 darjah. Ini membantu mengelakkan kekoyakan pada kulit.
  • Pastikan kulit bersih dan kering. Basuh kulit dengan pembersih yang lembut. Lakukan rutin pembersihan ini dengan kerap untuk menghadkan pendedahan kulit kepada kelembapan, air kencing dan najis.
  • Melindungi kulit. Gunakan bedak talkum biasa untuk melindungi kulit pada titik geseran. Sapukan losyen pada kulit yang kering.  Tukar tilam serta pakaian dengan lebih kerap jika perlu. Lihat pada butang pakaian dan kedutan di tempat tidur yang boleh merengsakan kulit.
  • Periksa kulit anda setiap hari. Perhatikan pada kulit anda setiap hari untuk mengenal pasti tanda – tanda amaran luka tekanan.
  • Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan