backup og meta

Krim Kilo Bantu Cepat Cantik? AWAS, Kaum Hawa Jangan Mudah Terpedaya!

Krim Kilo Bantu Cepat Cantik? AWAS, Kaum Hawa Jangan Mudah Terpedaya!

Wanita dan kecantikan merupakan dua perkara yang sukar untuk dipisahkan. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik? Namun dengan kehadiran pelbagai produk kecantikan di pasaran, kita perlu lebih berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan krim timbang kilo yang akan mendatangkan mudarat.

Apa itu produk kecantikan krim timbang kilo?

Produk kecantikan krim timbang kilo atau turut dikenali sebagai krim kilo adalah produk kecantikan yang dihasilkan di negara jiran dan dijual secara kilo atau timbang kati.

Produk sebegini kebiasaannya dibeli oleh golongan yang ingin menjadi jutawan produk penjagaan kulit dan kecantikan.

Produk jenama dan keluaran tempatan tidak semuanya melalui proses kajian mahupun proses pengilangan yang betul.

Malahan kebanyakan produk adalah produk penjenamaan semula (rebranding) dan pembungkusan semula (repacking) mengikut jenama yang ingin dikeluarkan.

Kebanyakan produk timbang kilo ini menggunakan bahan kimia yang merbahaya dan murah. Antara bahan kimia yang digunakan adalah seperti Hydroquinone, Tretinoin dan Mercury.

Bahan bahaya

Hydroquinone merupakan agen pemutih yang berfungsi untuk mencegah pigmentasi kulit. Antara kesan bahan ini ke atas kulit:

produk kecantikan

  • Menipiskan kulit
  • Kulit akan mudah terbakar (sun-burn) bila terkena sinaran matahari
  • Kulit akan menjadi kering
  • Menganggu sistem pernafasan (penggunaan jangka masa panjang)

Tretinoin biasanya digunakan sebagai bahan campuran untuk krim perawatan kulit yang akan mencegah atau menghilangkan jerawat di kulit.

Namun tanpa pengawasan pakar kesihatan atau dengan penggunaan yang berlebihan ia boleh menyebabkan kulit menjadi seperti:

  • Kemerahan
  • Tidak selesa
  • Pedih
  • Mengelupas
  • Hipersensitif kepada sinar matahari

Merkuri juga berfungsi sebagai agen pemutih bagi produk kecantikan seperti krim dan sabun. Dalam bentuk bukan organik, merkuri bertindak mencegah pembentukan melanin untuk menjadikan tona kulit lebih cerah. Antara kesan utama merkuri adalah:

  • Kerosakan buah pinggang
  • Ruam kulit
  • Perubahan warna kulit dan parut
  • Pengurangan rintangan kulit untuk jangkitan bakteria dan kulat
  • Keresahan
  • Kemurungan atau psikosis
  • Peripheral Neuropathy – masalah berkaitan saraf

produk timbang kilo

Cara kenal pasti produk krim timbang kilo

  • Tekstur krim likat, berkilat dan berwarna-warni
  • Selalunya ada produk krim siang dan malam
  • Produk menjanjikan kesan seawal 3 hari atau seminggu
  • Pengelupasan kulit selepas penggunaan
  • Apabila berhenti menggunakan produk, jerawat akan naik
  • Bau yang menyengat dan tajam
  • Pakej pembungkusan yang murah
  • Tidak dijual di farmasi atau kedai ubat yang diiktiraf (drugstore)

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180405/283244508538403/ Accessed on Nov 14, 2018

https://cosmeticsinfo.org/mercury

https://www.fda.gov/consumers/consumer-updates/mercury-poisoning-linked-skin-products

https://www.aad.org/public/cosmetic/age-spots-marks/skin-lightener-containing-mercury-cause-health-problems

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4788657/#:~:text=Hydroquinone%20used%20for%20topical%20application,pains%2C%20convulsion%20and%20even%20coma.

http://www.safecosmetics.org/get-the-facts/chemicals-of-concern/hydroquinone/

https://www.pharmacy.gov.my/v2/en/news/09-jul-2014/consumers-cautioned-against-using-cosmetic-product-containing-scheduled-poison.html#:~:text=The%20unsupervised%20usage%20of%20tretinoin,peeling%20and%20sensitivity%20to%20sunlight.

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/tretinoin-topical-route/precautions/drg-20066521?p=1

Versi Terbaru

19/10/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kulit Wajah Pun Kena Detoks? Kenali Trend Terbaharu Dunia Kecantikan, Skin Fasting! Berkesan Ke?

Mak Buyung Gemar 'Makeup'? AWAS! Mungkin Ada Kandungan Bahaya Dalam Alat Solek!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan