backup og meta

23 Pantang Larang Makanan Dan Minuman Untuk Penghidap Ekzema

23 Pantang Larang Makanan Dan Minuman Untuk Penghidap Ekzema

Jika anda adalah salah seorang penderita kondisi kulit ini, maka anda kena tahu bahawa ada pantang larang ekzema yang sangat penting.

Ini kerana ada sesetengah makanan yang mungkin tidak sesuai buat penderita kondisi kulit ekzema atau dermatitis lantas menyebabkan komplikasi yang mungkin berbahaya.

Persoalannya, apa antara jenis makanan untuk ekzema yang perlu anda elak dan harus anda ambil kalau ada ekzema? Apa punca ekzema? Apakah cara merawat eczema dewasa? Bagaimana rupa ekzema dewasa?

Jom teruskan membaca artikel!

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Kulit di sini.

Ekzema, sejenis kondisi kulit yang meradang

Apa punca ekzema? Apakah cara merawat eczema dewasa? Bagaimana rupa ekzema dewasa?

Ekzema atau dermatitis atopik adalah sejenis kondisi kulit yang meradang dan lantas membawa kepada tompokan kulit kering, kasar dan seakan bersisik.

Kebiasaannya, ia akan berlaku kepada bayi dan budak berusia bawah 2 tahun, namun masih boleh terjadi kepada individu lebih tua akibat beberapa faktor risiko.

Punca utama kondisi kulit ini masih belum dapat dipastikan, namun ada kajian yang kata ia adalah disebabkan oleh si ibu hamil yang kurang ambil probiotik.

Pun begitu, rasanya sudah ramai tahu bahawa ekzema boleh jadi lebih teruk jika berlaku reaksi alergi pada kulit sama ada melalui sentuhan atau makanan.

pantang larang ekzema
Tip kurangkan gatal ekzema.

Disebabkan itu, anda yang ada kondisi ini kena lebih waspada dengan makanan untuk ekzema!

Senarai pantang larang ekzema

Ada beberapa jenis makanan atau minuman yang boleh jadi punca perembesan sel T serta immunoglobulin-E dan akan menyebabkan kondisi ekzema lebih teruk.

Perembesan kedua-duanya ini pula seterusnya akan mengakibatkan keradangan pada kulit jadi lebih teruk dan situasi ini dinamakan sebagai ‘flare-up‘.

Sebagai salah seorang penderita ekzema, berikut adalah pantang larang makanan buat anda:

Makanan yang perlu anda elak dalam pantang larang ekzema

Apa yang anda makan atau minum mungkin tidak akan menyebabkan ekzema secara langsung, namun boleh dianggap sebagai makanan yang trigger eczema.

pantang larang ekzema
Perhatikan makanan yang boleh cetuskan ekzema.

Untuk pengetahuan anda, situasi itu mungkin boleh jadi jika anda ada alahan makanan seperti:

Selain itu, makanan tinggi gula bukan sahaja akan membuat tahap insulin melonjak malah membawa kepada masalah keradangan kulit yang lebih teruk.

  • Gula-gula
  • Kek
  • Biskut
  • Soda
  • Jus

Makanan atau minuman yang mengandungi nikel juga adalah tidak bagus buat penderita ekzema jenis dishidrotik kerana ia akan membuat simptom lebih teruk.

  • Coklat
  • Kerangan
  • Kekacang
  • Teh hitam
  • Makanan dalam tin
  • Minuman dalam tin

Makanan atau minuman yang sensitif sindrom alergi oral terhadap debunga juga perlu dielakkan oleh penderita ekzema untuk elak simptom lebih teruk.

  • Kekacang
  • Sayur lobak
  • Daun saderi
  • Buah pir

Namun, anda juga harus tahu bahawa tidak semua orang akan mengalami tindak balas yang sama. Jadi, sila dapatkan nasihat doktor tentang pantang larang ekzema ini.

Pantang larang ekzema: Makanan yang anda harus ambil

Buat anda yang ada ekzema, wujud juga beberapa jenis makanan atau minuman yang mampu bertindak sebagai diet antiradang dan ia adalah senjata anda.

Berikut adalah beberapa jenis contoh makanan antiradang yang boleh bantu lawan ekzema:

  • IkanSumber semula jadi asid lemak omega 3 ini mampu membantu melawan keradangan pada tubuh badan termasuklah kulit. Antara contoh ikan tinggi asid lemak ini adalah salmon, makerel, sardin, tuna dan sebagainya
pantang larang ekzema
Ikan salmon baik untuk tubuh.
  • Makanan tinggi probiotik – Bakteria yang bagus untuk perut juga bagus untuk kulit individu, contohnya termasuklah tempe, tapai, kimchi, susu yogurt, sup miso dan lain-lain makanan yang ditapai
  • Makanan kaya flavonoid – Ia mempunyai sifat antiradang yang sangat bagus dan ciri utamanya adalah sayur-sayuran serta buah-buahan yang berwarna-warni. Contohnya epal, ceri, brokoli, bayam dan kailan

Sebaik-baiknya anda berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu sebelum elak atau ambil sebarang makanan untuk penghidap ekzema ini ya.

Jenis diet yang sesuai buat penderita ekzema

Sebenarnya wujud satu lagi jenis diet yang sesuai buat penderita ekzema iaitu Mediterranean yang sudah ternyata lebih sihat dan seimbang.

Ini kerana diet jenis ini sangat menekankan kepada pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan selain daging ikan serta lemak sihat yang bagus untuk anda.

Kesimpulan


Penderita kondisi kulit ini perlu lebih peka dengan pantang larang ekzema terutamanya berkaitan minuman atau makanan bagi mengelakkan simptom menjadi lebih teruk!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Everything you need to know about eczema and food allergies, https://nationaleczema.org/eczema-food-allergies/, Accessed Nov 2 2021.
  2. Ask the Allergist: The Food Allergy-Eczema Connection, https://allergyasthmanetwork.org/news/ask-the-allergist-the-food-allergy-eczema-connection/, Accessed Nov 2 2021.
  3. Eczema and Food Allergy, https://preventallergies.org.au/eczema/eczema-and-food-allergy/, Accessed Nov 2 2021.
  4. Eczema and Food Allergy, https://www.allergy.org.au/patients/fast-facts/eczema-and-food-allergy, Accessed Nov 2 2021.
  5. Eczema (Atopic Dermatitis) https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/atopic-dermatitis-eczema/symptoms-causes/syc-20353273, Accessed Nov 2 2021.

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jeragat Punca Tiada Keyakinan Diri? Cari Krim Yang Ada 8 Bahan Ini, Boleh Hilangkannya!

5 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Baking Soda, Jom Cuba!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan