backup og meta

5 Rutin Kecantikan Untuk Pembaikan Kulit Setiap Malam

5 Rutin Kecantikan Untuk Pembaikan Kulit Setiap Malam

Setiap hari, kulit kita sering terkesan dengan pelbagai faktor luaran yang berbahaya seperti habuk, bahan kimia berbahaya, sinar ultraviolet dan faktor persekitaran yang lain yang memberi kesan kepada keadaan permukaan kulit. Setiap hari, faktor-faktor ini akan menyebabkan perubahan yang berterusan dan menimbulkan perbezaan yang signifikan terhadap kulit seperti jerawat, parut, kulit kusam, kedut dan kerosakan yang lain dan ianya akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan menghilangkan kesan-kesan terbabit. Berikut adalah 5 rutin kecantikan dan tip bagaimana untuk memperbaiki kulit anda setiap hari sebelum anda tidur.

1. Bersihkan solekan anda

kecantikan

Apabila anda tidur pada waktu malam, kulit anda akan bertindak memperbaiki keadaannya dengan sendiri dan liang-liang kulit akan dibuka sebagai sebahagian daripada proses tersebut. Tetapi jika lapisan solek anda seperti maskara, bedak asas, penyegar dan pembayang mata menyelaputi lapisan kulit, ia akan menyumbat liang kulit dan proses semula jadi tersebut akan terganggu. Ini akan menyebabkan kulit mempunyai tona kulit yang tidak rata, bintik-bintik dan jerawat. Dengan membersihkan solekan terlebih dahulu akan membantu kulit bernafas dan mengekalkan tona semula jadinya. Cubalah untuk menerapkan kaedah pembersihan dua kali dengan menggunakan pembersih solekan tanpa toksik untuk menghapus semua sisa-sisa solekan diikuti dengan pembersih organik untuk melakukan pembersihan yang mendalam dan membantu kulit untuk kekal terhidrasi.

2. Menggunakan toner

kecantikan

Selepas anda membersihkan solekan dibahagian muka, teruskan proses dengan menggunakan toner pada kulit anda. Toner membantu untuk mengembalikan semula paras pH semula jadi kulit yang menjadikan kulit lebih berdaya tahan terhadap bakteria dan mikroorganisma. Toner sangat penting bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan mudah mendapat jerawat. Sapukan beberapa titis toner pada kulit dengan menggunakan pad kapas dan leretkannya di kawasan seluruh muka dan leher dan biarkan ia kering. Penggunaan toner terbaik adalah formula bebas alkohol atau dengan kandungan bahan-bahan semulajadi seperti air bunga ros tulen.

3. Pasang pelembap udara (humidifier)

kecantikan

Humidifier memasukkan kandungan air kedalam udara untuk melembapkan kawasan persekitaran, membantu menenangkan kulit dan menghalangnya daripada menjadi kering, gatal dan retak. Tahap kelembapan yang rendah didapati menimbulkan gejala ekzema, psoriasis dan keadaan penyakit kulit yang lain. Humidifier membantu untuk mengekalkan kulit anda terhidrat dan anjal yang lebih berdaya tahan terhadap perengsa dan alergen.

4. Pemilihan material bantal

kecantikan

Sarung bantal sutera dan satin membantu menjaga kulit anda dengan sihat. Sutera mengandungi protein semulajadi dan 18 asid amino penting yang membantu mencantikkan kulit. Sarung bantal sutera atau satin juga menghalang ‘garis tidur’ pada permukaan kulit yang sering berlaku apabila anda tidur dengan menggunakan sarung bantal kapas kerana serat pada sarung bantal kapas bersifat kasar pada kulit dan rambut. Anda juga dinasihatkan untuk kerap menukar sarung bantal dengan kerap dan tidak mencukupi dengan hanya memasukkan bantal kedalam mesin basuh. Menurut Akademi Dermatologi Amerika (AAD), sarung bantal anda dipenuhi oleh sel-sel kulit dan bakteria yang mati dari minyak dan kekotoran kulit dan adalah tidak bagus jika semua mikroorganisma buruk berpindah ke kulit anda daripada sarung bantal.

5. Pin atau ikat rambut anda

kecantikan

Ini adalah antara cara yang penting untuk mengekalkan kecantikan kulit anda dengan mengikat rambut anda sebelum tidur. Rambut anda mengandungi minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati yang boleh berpindah terus kepada muka dan sarung bantal anda. Semua minyak dan sel-sel kulit mati akan menyebabkan jerawat dengan pertumbuhan jerawat yang lebih cepat dan lebih mudah. Ikatan rambut anda bukan sahaja memberi manfaat kepada permukaan kulit tetapi juga membantu rambut anda daripada berpintal dan kusut pada waktu anda bangun daripada tidur.

Untuk menjaga keindahan permukaan kulit bukanlah tugas yang sukar. Anda hanya perlu bersabar dan sentiasa melakukan rutin dan pastikan semua perkara yang disebutkan di atas diambil kira sebelum tidur dan hasilnya pasti membuat anda tersenyum.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.alsumaria.tv/news/117855/10-beauty-habits-you-should-do-every-night/en#

 

  1. https://stylecaster.com/beauty/bedtime-beauty-habits/

 

  1. https://www.stylecraze.com/articles/habits-to-practice-before-sleep-that-enhance-your-beauty/#gref

 

  1. https://www.lorealparisusa.com/beauty-magazine/skin-care/skin-care-concerns/nighttime-skin-care-habits-that-ruin-skin.aspx

 

  1. https://www.wellwithinbeauty.com/blogs/homepage/5-beauty-habits-to-save-your-skin

Versi Terbaru

14/07/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Pencuci Mekap Sahaja Tidak Cukup! Kena Ikut 3 Langkah Ini Untuk Kulit Bersih & Glowing!

Pilihan Pelembap Terbaik Untuk Kulit Kering: Ini Tip & Cara Penggunaannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan