backup og meta

Mengapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Badan? Ia Bukan Sekadar Tanda Klimaks!

Mengapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Badan? Ia Bukan Sekadar Tanda Klimaks!

Ramai orang yang percaya bahawa mengerang semasa berhubungan intim adalah disebabkan oleh kesakitan yang dirasai semasa penetrasi dilakukan.

Jadi, adakah seks itu sesuatu yang menyakitkan?

Tidak, projek asmara yang kalian lakukan itu sebenarnya bukan sakit cuma kurang selesa.

Jika ada yang merasai sakit berlebihan semasa seks, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis!

Oleh itu, apa sebab sebenar individu mengerang semasa berhubungan intim?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya dengan lebih mendalam lagi.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Apa yang anda perlu faham tentang mengerang?

Sebelum pergi lebih lanjut, wajarlah untuk kalian tahu maksud perkataan ini terlebih dahulu.

Buat anda yang belum tahu, mengerang adalah suara yang dikeluarkan seakan jeritan atau desahan ketika melakukan onani atau hubungan seks bersama pasangan.

Mungkin ramai yang percaya bahawa hanya wanita yang akan melakukannya.

Pun begitu, jangan terkejut jika lelaki juga ada yang mengerang semasa beraksi di ranjang.

Ini kerana ia adalah sesuatu yang normal untuk dilakukan ketika individu terutamanya wanita terangsang semasa berasmaradana dengan pasangan tercinta. Namun, apakah sebabnya?

Apa sebab wanita mengerang semasa berhubungan intim?

tips seks

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam Archives of Sexual Behavior, ia adalah berkaitan dengan kenikmatan semasa bersenggama itu.

Seramai 71 wanita berusia 18 hingga 48 tahun telah disoal selidik oleh pengkaji untuk mendapatkan jawapan bagi menjawab persoalan ini.

Didapati bahawa majoriti wanita daripada jumlah tersebut mengatakan mereka akan mengerang secara automatik setiap kali berada dalam fasa orgasma ketika bersenggama.

Sebanyak 66% wanita daripada jumlah tersebut mengatakan mereka akan mengerang untuk membuat pasangan agar lebih cepat mencapai klimaks.

Manakala 87% wanita daripada jumlah tersebut pula menyatakan bahawa mereka akan mengerang untuk membuat pasangan lebih yakin dengan kemampuan seksualnya.

Dalam erti kata yang lebih mudah, wanita akan mengerang semasa berhubungan intim ekoran tindak balas semula jadi ketika mahu mencapai orgasma.

Atau mungkin ia sengaja dilakukan untuk merangsang atau memberi keyakinan kepada pasangan.

Jadi, ia bukan disebabkan oleh rasa sakit?

klimaks wanita

Sebenarnya, penyataan ini juga mungkin ada benarnya. Kadangkala, ada wanita yang mengerang semasa berasmaradana dengan pasangan disebabkan oleh rasa sakit.

Rasa sakit ini akan dialami terutamanya pada kawasan faraj ketika proses penetrasi zakar.

Namun, ia bukanlah terlalu teruk. Ia sekadar rasa pedih atau rengsa sama seperti rasa ketika kulit melecet.

Pun begitu, anda perlu tahu bahawa rasa ‘sakit’ inilah sebenarnya yang membuat seorang wanita itu terangsang atau turn on ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan.

Disebabkan itu, mereka akan mengerang serentak dengan dayungan encik suami.

Konklusinya, ia adalah normal

Akhir kata, anda tidak perlu bimbang jika anda juga adalah salah seorang wanita yang mengerang semasa berhubungan badan.

Ini kerana ia adalah tanda anda sedang bahagia dengan aktiviti di kamar tidur bersama pasangan.

Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang lain seperti yang telah dinyatakan dalam artikel.

Pun begitu, mengerang akibat seks yang terlalu sakit mungkin merupakan tanda anda mempunyai kondisi yang lain.

Oleh itu, sila dapatkan bantuan dan rawatan doktor untuk lebih kesahihan!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ben-Ze’ev, A. (2019). The arc of love: How our romantic lives change over time. University of Chicago Press.
  2. Brewer, G., & Hendrie, C. A. (2011). Evidence to suggest that copulatory vocalizations in women are not a reflexive consequence of orgasm. Archives of Sexual Behavior40, 559-564.
  3. https://edition.cnn.com/2016/11/13/health/women-moan-sex/
  4. What’s the key to female orgasm during sex. https://www.healthywomen.org/content/article/whats-key-female-orgasm-during-sex. Accessed, May, 18 2020
  5. There’s Help for Women Who Can’t Achieve Orgasm. https://health.clevelandclinic.org/theres-help-for-women-who-cant-achieve-orgasm/. Accessed May 18 2020

Versi Terbaru

08/09/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan