backup og meta

Sekejap Rasa Tak Puas, Lama Pula Rasa Penat, Berapa Lama Hubungan Intim Yang NORMAL?

Sekejap Rasa Tak Puas, Lama Pula Rasa Penat, Berapa Lama Hubungan Intim Yang NORMAL?

Setiap individu punya keinginan berbeza sama ada mahukan seks lama atau sekejap. Tetapi hakikatnya, berapa lama hubungan seks patut berlaku sebenarnya? Hmmm..ini jawapan pakar.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Tewas awal, salah lelaki atau wanita?

Seks, ia adalah salah satu daripada kenikmatan dalam kehidupan yang boleh dan perlu dikecapi oleh setiap pasangan suami isteri. Namun, sering sahaja kita disajikan dengan cerita pasangan yang ‘tewas awal’ di ranjang.

Sebagai lelaki dan suami, anda adalah nakhoda kapal laut yang sedang belayar menuju ke destinasi. Ia adalah tanggungjawab anda untuk mengemudi dan mengepalai setiap aspek kehidupan dalam alam perkahwinan termasuklah seks.

Jika anda gagal, kapal laut yang anda kawal itu pasti akan tenggelam dan karam di lautan yang penuh pancaroba.

Disebabkan itu, lelaki sering dipersalahkan setiap kali hubungan seks yang dilakukan itu terlalu singkat dan kurang memuaskan. Ya, ia mungkin salah anda.

Namun, wanita juga tidak boleh lepas tangan begitu sahaja. Hubungan intim melibatkan dua individu, bukan? Jadi, tidak adil untuk menyalahkan satu pihak sahaja.

berapa lama hubungan seks

Berapa lama hubungan seks perlu berlangsung?

Berbalik kepada persoalan utama artikel, berapa lama hubungan intim perlu berlangsung? Sebenarnya, terlalu banyak pendapat yang berbeza mengikut pakar masing-masing.

Menurut soal selidik yang dilakukan oleh syarikat kondom SKYN terhadap 2,000 individu dewasa, secara puratanya mereka mengatakan bahawa 28 minit adalah waktu yang paling ideal.

Manakala menurut soal selidik yang dilakukan oleh syarikat alatan seks Lovehoney terhadap 4,440 individu dewasa pula, secara puratanya mereka mengatakan bahawa 19 minit sudah memadai.

Namun, ini adalah pendapat dari orang ramai. Mungkin mereka menyatakan waktu ini adalah meliputi dari awal perlakuan hubungan seks, bukan sekadar penetrasi semata-mata.

Pendapat pakar tentang berapa lama hubungan seks perlu berlangsung

Holly Richmond, Phd, seorang pakar terapi seks mengatakan nombor yang terdapat dalam soal selidik itu mungkin sedikit tinggi. Beliau menyatakan bahawa secara purata, 9 hingga 12 minit sebenarnya adalah waktu yang paling ideal untuk melakukan hubungan pentrasi. 

Ini tidak termasuk waktu adegan ‘ringan-ringan’ atau foreplay. Jadi, ia terpulang kepada pasangan suami isteri itu sendiri untuk ‘pembuka selera’ sebelum ‘hidangan utama’.

berapa lama hubungan seks

Apa yang penting,penetrasi disarankan untuk dilakukan dalam lingkungan 9 hingga 12 minit sahaja.

Jika anda merupakan seorang lelaki yang gagah perkasa lantas dapat bertahan lebih lama, ia tidak akan mendatangkan sebarang masalah. Cuma jangan pula sampai mencecah sehingga 1 jam atau lebih kerana berisiko mengakibatkan pasangan anda terlalu letih melayan anda.

Jika anda merupakan seorang lelaki yang kerap ‘tewas awal’ pula, ia mungkin mendatangkan masalah. Pasangan wanita anda mungkin akan kecewa dengan prestasi anda jika tidak tahu berapa lama hubungan seks yang sepatutnya terjadi. 

Selain itu, waktu seks perlu berlangsung juga mungkin dipengaruhi kepada beberapa faktor lain seperti saiz dan bentuk zakar yang memang berbeza bagi setiap lelaki.

Jadi, tiada sebarang waktu yang ‘normal’ untuk melakukan hubungan intim, ia terpulang kepada anda dan pasangan.

Konklusi

Kesimpulannya, anda sebagai lelaki dan suami perlu menjadi ketua dalam setiap aspek rumah tangga termasuklah tentang berapa lama hubungan seks. Jadi, jika anda kerap ‘tewas awal’ lalu membuat isteri tercinta anda kecewa, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan, ya?  

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Timing.https://www.yourfertility.org.au/everyone/timing. Accessed Nov 14, 2019.
  2. Sexual health. https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJM199512073332301. Accessed Nov 14, 2019.
  3. Sex during dating matter. https://ifstudies.org/blog/slow-but-sure-does-the-timing-of-sex-during-dating-matter. Accessed Nov 14, 2019.
  4. Tips to improve your sex life. https://www.helpguide.org/harvard/tips-to-improve-your-sex-life.htm. Accessed Nov 14, 2019.
  5. 11 Ways to help yourself to a better sex life. https://www.health.harvard.edu/healthbeat/11-ways-to-help-yourself-to-a-better-sex-life. Accessed Nov 14, 2019.

Versi Terbaru

04/04/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan