Peningkatan dalam aktiviti seks dan juga bilangan pasangan ini ada padahnya kerana dengan setiap pasangan yang berbeza dan setiap hubungan seks tanpa perlindungan, anda terdedah kepada risiko jangkitan kelamin, seperti penyakit sifilis!
Penyakit ifilis adalah sejenis penyakit jangkitan kelamin akibat daripada bakteria Treponema pallidum.
Gelaran ini diberi kerana sifat jangkitan sifilis yang boleh menghasillkan pelbagai simptom dan tanda yang mirip pelbagai penyakit-penyakit lain sekaligus, menyukarkan diagnosisnya.
Namun begitu, simptom utama yang menunjuk kepada penyakit sifilis adalah kewujudan ulser pada kemaluan yang tidak sakit.
Bagaimana penyakit sifilis merebak?
Lazimnya, sifilis berjangkit apabila seseorang itu melakukan hubungan kelamin dengan seseorang yang telah dijangkiti, khususnya jika mereka tidak menggunakan sebarang perlindungan (seperti kondom).
Transmisi ini berlaku apabila terjadinya sentuhan permukaan membran mukosa seseorang dengan membran mukosa orang yang telah dijangkiti oleh bakteria ini.
Atas sebab ini, penyebaran penyakit sifilis tidak terhad kepada hubungan kelamin penetratif melalui faraj sahaja; ianya juga boleh berlaku dalam hubungan seks anal dan juga oral.
Sifilis juga berupaya untuk disebarkan melalui kontaminasi darah, walaupun risiko yang agak rendah kerana prosedur saringan darah yang ketat.
Secara amnya, penyebaran melalui tandas duduk, tub mandi dan berkongsi sudu dan garfu adalah mustahil kerana seperti yang telah dibincangkan, genom kecil bakteria ini menyebabkan ia tidak mampu untuk hidup di luar badan manusia.
Apabila seorang ibu itu hamil dan sedang menghidap jangkitan sifilis, beliau berisiko untuk memberi jangkitan tersebut kepada kandungannya.
Kaedah jangkitan ini disebut sebagai vertical transmission dan bayi yang menghidap penyakit sifilis melalui cara ini akan disebut sebagai menghidap sifilis kongenital.
Jenis-jenis sifilis dan simptomnya
#1 Sifilis Primer
Sifilis primer adalah jenis sifilis yang kerap ditujukan apabila seseorang itu berbicara tentang sifilis sebagai jangkitan kelamin, mahupun penyakit sifilis secara umum.
Hal ini kerana simptomnya membabitkan alat kelamin secara terus dan juga hubungan seks.
Jika anda perasan adanya kewujudan ulser pada kemaluan anda atau pernah perasan kewujudan ulser tersebut 1 ketika dahulu, anda mungkin menyangkakan ianya tidak berbahaya kerana ianya tidak menyakitkan dan selepas beberapa minggu, ia hilang dengan sendirinya.
Biarpun anda tidak mendapatkan rawatan pada tempoh kewujudan ulser ini, ulser tersebut tetap akan hilang bila-bila masa sahaja bermula daripada minggu ke-2 hingga minggu ke-6 daripada tempoh mula ianya berlaku.
Pembentukan chancre ini menandakan titik masuk bakteria ke dalam tubuh badan penghidap dan ianya mungkin tidak mudah untuk seseorang itu perasan kerana ianya tidak menyakitkan dan bergantung kepada jenis seks yang anda lakukan.
Apa yang lebih membahayakan ialah chancre ini sangat mudah berjangkit dan kegagalan untuk menyedari kewujudannya.
#2 Penyakit sifilis sekunder
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, apabila ianya tidak dirawat, sifilis akan bergerak ke tahap seterusnya (apabila ulser kemaluan telah hilang) iaitu ke tahap sifilis sekunder.
Sifilis sekunder berlaku kira-kira 4 hingga 10 minggu selepas jangkitan primer.
Sifilis sekunder ini mampu untuk menzahirkan pelbagai simptom dan tanda yang lazimnya membabitkan bahagian kulit, membran mukosa dan juga limfa noda.
Seseorang yang menghidap sifilis sekunder mungkin akan mempunyai ruam simetri (sama rata taburannya pada bahagian kiri dan kanan badan) berwarna merah-merah jambu yang tidak gatal, pada bahagian badan dan tangan termasuk tapak tangan dan kaki.
Ruam-ruam ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk; rata, luas, keputihan, mirip ketuat, dan bercecair.
Walaupun tidak seperti ulser dalam sifilis primer, kesemua ruam-ruam ini tetap mengandungi bakteria Treponema pallidum yang sama seperti dalam ulser (sifilis primer) dan sangat mudah untuk berjangkit kepada orang lain .
Simptom-simtpom lain termasuklah:
- Demam
- Sakit tekak
- Letih dan lesu
- Susut berat badan
- Rambut gugur
- Pening kepala
#3 Sifilis pendam
Penyakit sifilis pendam disebut sebagai keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai simptom jangkitan sifilis tetapi melalui ujian serologi, terdapat bukti masih ada lagi jangkitan dalam badan mereka.
Ianya boleh dikira sebagai awal (kurang setahun daripada tempoh sifilis sekunder) atau lewat (lebih setahun daripada sifilis sekunder).
Tahap sifilis pendam ini dikatakan sebagai tahap di mana seseorang itu tidak mudah berjangkit.
#4 Sifilis tertier
Sifilis tertier adalah fasa terakhir dalam jangkitan sifilis jika ianya dibiarkan tidak dirawat.
Tanpa menerima sebarang rawatan, dianggarkan satu per tiga akan progress kepada sifilis tertier
Ianya boleh berlaku sekitar 3 hingga 15 tahun selepas seseorang itu mula dijangkiti sifilis buat kali pertama.
Sifilis tertier boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu sifilis gummatous (15%), neurosifilis (6.5%) dan juga sifilis kardiovaskular (10%).
Seperti sifilis pendam, mereka yang menghidap sifilis tertier adalah tidak berjangkit.
#5 Sifilis Kongenital
Seperti yang dibincangkan dalam bab epidemiologi, sifilis kongenital adalah antara punca kematian dan morbiditi dalam kalangan kanak-kanak yang utama di seluruh dunia.
Sifilis jenis ini berlaku apabila bakteria Treponema pallidum berpindah kepada kandungan semasa tempoh mengandung atau semasa proses kelahiran.
Semasa tempoh mengandung, jangkitan sifilis juga mampu menyebabkan berlakunya keguguran.
Diagnosis
Diagnosis sifilis dilakukan melalui ujian darah atau melalu dark field microscopy.
Namun yang demikan, ujian darah adalah lebih kerap dilakukan kerana ianya lebih mudah dan cepat.
Ujian darah untuk sifilis dapat dibahagikan kepada ujian berteraskan treponema (Ujian VDRL dan ujian RPR) dan juga ujian yang tidak berteraskan treponema (Ujian TPHA dan juga ujian FTA-Abs).
Rawatan penyakit sifilis
Jangkitan awal
Rawatan utama untuk sifilis yang tidak rumit adalah melalui suntikan satu dos benzathine benzylpenicillin ke dalam otot.
Sekiranya pesakit itu mempunyai alahan untuk antibiotik penicillin, rawatan alternatif adalah melalui pengambilan antibiotik Doxycycline dan juga antibiotik Tetracycline.
Namun yang demikian, kedua-dua ubat tadi tidak diberikan kepada wanita mengandung kerana kesannya yang boleh mengakibatkan kecacatan bayi.
Jangkitan lewat
Untuk neurosifilis, memandangkan suntikan benzathine penicillin tidak mampu untuk menembusi sistem saraf pusat, penghidap akan diberikan dos intravena penicillin yang besar selama 10 hari sekurang-kurangnya
Rawatan pada peringkat akhir lazimnya terhad kerana kerosakan yang ekstensif telah pun berlaku pada bahagain dalaman badan.
[embed-health-tool-ovulation]