backup og meta

Suami Tegur Buah Dada Isteri Makin Besar Lepas Makan Pil Perancang, Betul Ke Ni?

Suami Tegur Buah Dada Isteri Makin Besar Lepas Makan Pil Perancang, Betul Ke Ni?

Tahukah anda bahawa pil perancang kehamilan adalah antara teknik kontraseptif yang paling efektif, selain kondom untuk lelaki atau wanita? Ada yang percaya bahawa pengambilan pil perancang boleh membuat saiz payudara membesar. Benarkah?

Disebabkan itu, ramai pasangan suami isteri menggunakan ia bagi mengelakkan kehamilan luar jangkaan.

Menurut statistik, ia dikatakan mempunyai tahap keberkesanan yang memberangsangkan iaitu sekitar 90%.

Ya, memang benar bahawa ia merupakan teknik mencegah kehamilan yang sangat baik.

Namun, mungkin ada beberapa kesan sampingan pil ini yang kalian berdua perlu tahu.

Ayuh sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk membongkar jawapan sebenarnya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Pil perancang kehamilan ada kesan sampingan?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah untuk kita tahu tentang perkara penting ini terlebih dahulu.

Jawapannya adalah ya benar, pil perancang kehamilan mungkin ada kesan sampingan yang tersendiri.

Ini termasuklah menyebabkan pelbagai kondisi seperti berikut:

  • Mood tidak tentu
  • Rasa mual
  • Sakit kepala
  • Pertambahan berat badan
  • Pengurangan otot badan
  • Perubahan kitaran haid
  • Payudara sensitif

saiz payudara

Bukan itu sahaja, pengambilan pil ini juga boleh mendatangkan komplikasi yang lebih teruk sekiranya anda salah cara pengambilannya.

Antara kesan sampingan yang teruk itu termasuklah:

  • Gumpalan darah beku
  • Serangan strok
  • Serangan jantung

Oleh itu, adalah tidak wajar untuk anda terus mengambilnya tanpa berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu. Sila jaga-jaga ya?

Saiz payudara boleh meningkat akibat pil ini?

Berbalik kepada persoalan utama artikel ini di mana ada dakwaan yang mengatakan pil perancang boleh meningkatkan saiz payudara, adakah ia betul atau bohong?

Ya, memang benar bahawa pil ini mungkin boleh meningkatkan saiz buah dada wanita.

Ini kerana pil ajaib ini mengandungi hormon estrogen dan progesterone yang mempunyai keupayaan untuk merangsang peningkatan saiz payudara.

Ia adalah satu situasi yang agak sama seperti ketika kitaran menstrual di mana kedua-dua hormon ini dibebaskan lantas membuatkan buah dada membengkak.

Pun begitu, wajarlah untuk para wanita tahu bahawa perubahan ini hanya sementara sahaja dan tidak akan kekal.

Selepas beberapa bulan pengambilannya, buah dada anda akan kembali ke saiz asal semula.

Ia juga kebiasaannya akan berlaku apabila seseorang itu sudah mula berhenti mengambil pil ini.

Selain daripada hormon, ada 3 lagi alasan yang menyebabkan payudara membesar ketika mengambil pil perancang kehamilan iaitu:

#1. Pertambahan berat badan

Seperti mana yang kami telah katakan di atas tadi, ada wanita yang akan mengalami pertambahan berat badan jika mengambil pil kontraseptif ini.

Meskipun tiada bukti saintifik yang menyatakan puncanya, ada wanita yang akan bertambah lemak pada bahagian pinggul, pinggang dan buah dada.

Ia mungkin disebabkan bahagian-bahagian tersebut mempunyai reseptor estrogen yang banyak lantas merangsang pertambahan lemak di situ.

saiz payudara

#2. Pengurangan otot badan

Bukan itu sahaja, pengambilan pil kontraseptif ini secara kerap juga dikatakan boleh membuat wanita mengalami pengurangan otot badan.

Para pengkaji percaya bahawa wanita yang ambil pil perancang mempunyai jisim otot yang kurang berbanding dengan yang tidak mengambilnya. Ini akibat kekurangan hormon Dehydroepiandrosterone.

Untuk pengetahuan anda, hormon DHEA ini mungkin jadi punca lemak terkumpul pada bahagian tubuh badan termasuklah buah dada.

#3. Penyimpanan air dalam badan

Estrogen yang wujud di dalam pil perancang kehamilan juga mungkin boleh memberi efek kepada kebolehan wanita memproses air dalam tubuh badan melalui proses metabolisma.

Kesan yang diperkatakan adalah ia akan membuat tubuh badan wanita menyimpan lebih banyak air (retensi air).

Akibatnya, bahagian tubuh badan wanita mungkin akan membengkak termasuklah pada buah dada mereka.

Para isteri, ini yang kalian perlu lakukan!

Jadi, adakah pengambilan pil perancang ini akan memberi kesan ketara kepada saiz payudara?

Ya, ia mungkin akan menyebabkannya lebih besar namun tidak semua wanita mengalaminya!

Sekiranya anda mengalami pertambahan saiz payudara yang terlalu ketara atau tidak normal seperti besar sebelah sahaja, segera berjumpa doktor.

Dalam pada itu, segala pengambilan ubatan atau rawatan berkenaan kontraseptif juga haruslah dibincangkan bersama pakar terlebih dahulu.

Akhir kata, encik suami tidak lagi perlu pelik jika buah dada isteri makin besar jika mereka ambil pil perancang ya?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Does taking pill increase size your breast. https://goaskalice.columbia.edu/answered-questions/does-taking-pill-increase-size-your-breasts. Accessed 5 October 2022.
  2. Birth control bigger breasts. https://flo.health/menstrual-cycle/sex/birth-control/birth-control-bigger-breasts. Accessed 5 October 2022.
  3. Birth control pill. https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/birth-control-pill. Accessed 5 October 2022.
  4. Normal Breast Development. https://www.hopkinsmedicine.org/healthlibrary/conditions/breast_health/normal_breast_development_and_changes_85,P00151. Accessed 5 October 2022.
  5. Birth Control Pill. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/birth-control/in-depth/birth-control-pill/art-20045136. Accessed 5 October 2022.

Versi Terbaru

05/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Ini Sebab Lelaki Suka Pandang Payudara Wanita, Bukan Cuma Sebab GATAL Sahaja!

Buah Dada Selalu Sakit & Bengkak? Selain Haid, Ini 6 Punca Lain Yang Menyebabkannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan