Seks dengan kondom, best tak? terutamanya bila ditanyakan pada mana-mana suami isteri mengenai cahaya mata, sudah pasti setiap pasangan ingin memilikinya.
Pun begitu, ada juga yang belum bersedia untuk menjadi ibu bapa.
Disebabkan itu, ada pasangan yang sangat berhati-hati dalam aktiviti seksual mereka agar kehamilan luar jangkaan tidak berlaku.
Inilah ketika di mana teknik kontraseptif perlu digunakan sebaiknya.
Antara yang paling popular digunakan oleh suami isteri di seluruh dunia adalah kondom.
Namun bagaimana pula jika isteri tidak gemar melakukan seks dengan kondom? Apa yang encik suami perlu buat?
Tenang, ayuh kita sama-sama selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi!
Mengapa ada isteri yang tidak suka seks dengan kondom?
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, haruslah kita tahu punca permasalahan ini berlaku terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, kondom dikatakan mampu mencegah kehamilan dengan peratusan kejayaan sehingga 90%.
Namun ada beberapa kelompok yang tidak gemar menggunakannya atas beberapa faktor.
Bagi kaum Adam, penggunaannya dipercayai akan mengurangkan tahap kepuasan seksual ketika bersenggama. Ini kerana mereka lebih gemar beraksi di ranjang tanpa sebarang ‘bantuan’.
Bagi kaum Hawa pula, penggunaan kondom mungkin boleh mengakibatkan kesakitan ketika proses penetrasi zakar ke dalam faraj. Terdapat 3 sebab utama perkara ini terjadi iaitu:
- Alahan lateks
- Masalah nonoxynol-9 (N-9)
- Salah penggunaan minyak pelincir
Kerengsaan daripada faktor di atas bukan saja akan jadi punca isteri tidak selesa untuk bersama suami, malah menyebabkan jangkitan saluran air kencing atau yis dan vaginosis bakteria.
Jadi, encik suami perlu lakukan sesuatu!
Apa yang encik suami perlu buat jika seks tidak selesa?
Sekiranya pasangan anda merayu atau mengadu sakit ketika melakukan seks dengan kondom, tolong hentikan seketika dayungan hebat anda itu.
Ini kerana si isteri mengerang mungkin bukan disebabkan sedap tapi benar-benar dalam kesakitan kerana kondom tersebut.
Pun begitu, kalian tidak perlu risau kerana ada beberapa perkara yang boleh dilakukan jika masih berhasrat melakukan seks dengan kondom termasuklah:
#1. Cuba bertukar kepada kondom jenama lain
Kadangkala, hanya jenama tertentu sahaja yang akan menyebabkan kerengsaan pada alat kemaluan. Jadi, apa kata kalian cuba beralih kepada kondom jenama lain?
Ini kerana setiap kondom mungkin mempunyai bahan-bahan seperti protein tumbuhan yang berlainan – bahan yang sering menjadi pemacu alahan kepada alat sulit.
Sekiranya sudah banyak jenama kondom yang telah dicuba dan isteri masih lagi mengadu sakit ketika bersenggama, segera berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.
#2. Guna kondom yang tidak dilincirkan
Jika bukan kondom yang memberi masalah, punca kesakitan ini mungkin adalah dari minyak pelincir yang kalian gunakan. Oleh itu, berhenti gunakannya dan cuba alternatif yang lain.
Menurut pakar, minyak pelincir yang berasaskan air atau silikon adalah yang terbaik (pastikan terlebih dahulu ia tidak mengandungi bahan yang bernama N-9 pada label).
Pelincir sebegini sangat kurang risiko kerengsaan serta memudahkan dayungan zakar ke dalam faraj. Jika masih berlaku kesakitan, dapatkan nasihat dari doktor.
#3. Guna kondom polyurethane
Kebanyakan kes isteri berasa sakit ketika seks dengan kondom adalah disebabkan oleh lateks yang merupakan bahan utama pembuatan kondom. Oleh itu, cuba guna kondom polyurethane.
Kondom jenis ini tidak diperbuat dari lateks sebaliknya sejenis getah lain yang masih mengekalkan tahap keberkesanannya dalam mencegah kehamilan dan penyakit jangkitan kelamin (STD).
Pun begitu, harganya di pasaran mungkin agak mahal berbanding kondom lateks. Namun sudah pasti ia berbaloi bukan?
#4. Guna kondom polyisoprene
Terdapat satu lagi alternatif kepada kondom lateks iaitu kondom polyisoprene.
Buat anda yang belum tahu, ia adalah lateks sintetik (lateks tiruan) yang sangat kurang risiko kerengsaan.
Lebih menarik, penggunaan kondom jenis ini adalah tidak jauh beza sensasinya dengan kondom biasa. Jadi, kenikmatan seks kalian berdua sudah pasti tidak akan terjejas.
Namun mungkin masih ada pasangan yang alah terhadap kondom alternatif ini. Dapatkan nasihat doktor sebelum guna ia okay!
#5. Kenapa tidak melakukan seks tanpa kondom?
Akhir sekali, ini adalah saranan yang mungkin paling efektif dalam mencegah kerengsaan dan kesakitan ketika proses dayungan menuju pulau bahagia.
Sekiranya isteri memang alah dan tidak suka melakukan seks dengan kondom, beraksi di ranjang tanpa kondom adalah pilihan yang paling terbaik.
Tidak perlu khuatir dengan kehamilan luar jangkaan jika encik suami mampu mengamalkan teknik ‘pancut luar‘.
Atau lebih baik, amalkan sahaja pengambilan pil perancang mengikut preskripsi yang ditetapkan doktor.
[embed-health-tool-ovulation]