backup og meta

Hubungan Intim Menyakitkan Sebab Dua-dua Kering? Ini 7 Petua Banyakkan Air Ketika Bersama!

Hubungan Intim Menyakitkan Sebab Dua-dua Kering? Ini 7 Petua Banyakkan Air Ketika Bersama!

Pasangan suami isteri mana yang mahu hubungan intim mereka itu hambar, sukar, sakit dan kering bukan? Untuk elak perkara ini berlaku dan berulang, anda perlu tahu tips dan petua banyakkan air ketika bersama di kamar tidur!

Kenapa air faraj banyak? Apa tips ketika bersama? Kenapa air keluar dari faraj ketika bersama? Teruskan baca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Kenapa hubungan lebih ‘syok’ kalau banyak ‘air’?

Kenapa air faraj banyak? Apa tips ketika bersama? Kenapa air keluar dari faraj ketika bersama?

Hubungan intim adalah aktiviti rutin yang sangat penting buat pasangan suami isteri. Ia bukan hanya sekadar berpelukan atau bermesraan malah turut melibatkan kemasukan zakar ke dalam faraj.

Bagi memudahkan sang suami memasukkan zakar ke dalam alat kelamin si isteri, kalian harus memiliki anggota kemaluan yang banyak air agar proses kemasukan itu jadi lebih licin.

Tanpa kuantiti air yang mencukupi, maka aktiviti itu akan jadi lebih sukar serta sakit lantas menghambarkan kualiti aktiviti di ranjang. Kesannya, individu akan hilang minat dengan aktiviti tersebut.

petua banyakkan air ketika bersama
5 kecederaan biasa ketika bersama.

Persoalannya, apa antara tips dan petua banyakkan air ketika bersama? Ini beberapa idea penting!

Petua banyakkan air ketika bersama untuk isteri

Sebenarnya, masalah faraj kering merupakan musuh utama untuk suami isteri menjayakan aktiviti mereka. Ia mungkin masih boleh dilakukan namun dengan kesukaran dan kesakitan.

Dalam usaha untuk merealisasikan aktiviti di ranjang yang lebih baik, ikuti beberapa petua berikut:

#1. Nikmati rangsangan sebelum berhubungan

Pertama, suami perlu faham isteri mungkin alami kekeringan faraj akibat kekurangan rangsangan. Dalam erti kata lebih mudah, adegan tertentu mungkin masih belum cukup.

Sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj, pastikan kalian juga melakukan aktiviti ringan seperti:

  • berpeluk
  • bersentuhan mulut
  • bersentuhan antara satu sama lain untuk mengeluarkan air yang banyak

#2. Gunakan alat atau minyak pelincir

Kadangkala, kalian mungkin hanya perlu menggunakan alat atau minyak pelincir yang boleh bantu melicinkan permukaan faraj wanita. Dapatkan nasihat daripada doktor untuk tahu jenis terbaik.

#3. Lakukan seks dengan lebih kerap

Sebenarnya, faraj wanita mungkin akan jadi kering jika kurang melakukan hubungan. Jadi, anda dan pasangan perlu lebih aktif melakukan aktiviti intim agar ia jadi lebih lembap dengan air semula jadi.

petua banyakkan air ketika bersama
Lindungi faraj daripada kecederaan semasa berhubungan.

#4. Ada bahan lain lagi yang boleh bantu?

Selain daripada pelincir yang terdapat di pasaran, ada beberapa bahan lain yang mungkin boleh bantu kalian seperti gel lidah buaya, minyak kelapa, minyak zaitun dan lain-lain. Bahan ini perlu dimakan atau disapu pada faraj secara langsung, namun dapatkan nasihat daripada pakar dahulu.

Petua banyakkan air ketika bersama untuk suami

Jangan cuma tahu menyalahkan isteri sahaja jika hubungan anda dan pasangan itu ‘kering’ ya? Sang suami harus tahu bahawa ia juga mungkin salah anda sendiri jika ‘air’ tidak cukup.

Berikut adalah antara petua banyakkan air ketika bersama khas buat individu yang bergelar suami:

#1. Buang tabiat gemar masturbasi

Ya, memang benar bahawa air mani itu tidak mungkin habis dan akan terus dihasilkan oleh sistem pembiakan lelaki. Namun, ada risiko untuk ia kurang atau hilang kuantiti akibat tabiat buruk anda itu.

Salah satu daripada tabiat yang dimaksudkan itu adalah masturbasi. Berhenti segera atau ia bawa mudarat kepada anda!

#2. Amalkan diet sihat

Selain daripada tabiat seperti di atas dan lain-lain, anda juga kena tahu kuantiti air mani yang ideal itu datangnya daripada makanan dan minuman yang diambil. Maka, aspek ini turut perlu dipertimbangkan.

Tidak perlu pening fikir apa juadah terbaik, suami hanya perlu amalkan diet yang sihat dan seimbang!

#3. Rawat masalah batin segera!

Sebenarnya, masalah hubungan yang ‘kering’ ini mungkin disebabkan oleh kondisi pada alat sulit sama ada zakar atau faraj pasangan itu sendiri. Sebaiknya, semua ini perlu dirawat dengan kadar segera.

Sebagai contoh, mungkin anda telah terkena jangkitan kuman akibat hubungan tidak selamat sebelum ini dan telah bawa kesan tersebut pada alat kemaluan. Jumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Apa yang dapat kami konklusikan di sini adalah faraj dan zakar yang kurang ‘air’ akan buatkan hubungan itu lebih sukar dan sakit. Jadi, amalkan petua banyakkan air ketika bersama yang kami nyatakan tadi agar hubungan anda dan pasangan di ranjang jadi lebih bermakna.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vaginal dryness: Symptoms, causes, remedies, https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/vaginal-dryness-symptoms-causes-and-remedies, Accessed Aug 8 2022.
  2. Vaginal dryness, https://www.womens-health-concern.org/help-and-advice/factsheets/vaginal-dryness/, Accessed Aug 8 2022.
  3. Vaginal dryness, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21027-vaginal-dryness, Accessed Aug 8 2022.
  4. Low Semen Volume, https://fertilitypedia.org/edu/symptoms/low-semen-volume, Accessed Aug 8 2022.
  5. Low sperm count, https://middlesexhealth.org/learning-center/diseases-and-conditions/low-sperm-count, Accessed Aug 8 2022.

Versi Terbaru

30/04/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan