backup og meta

Sudah Pesan Buang Luar Air Mani Tapi Masih Terpancut Dalam, Ini Cara Keluarkan Dari Faraj

Sudah Pesan Buang Luar Air Mani Tapi Masih Terpancut Dalam, Ini Cara Keluarkan Dari Faraj

Sebilangan wanita mungkin ingin tahu cara mengeluarkan air mani daripada faraj selepas melakukan hubungan seks, sama ada atas sebab kebersihan atau bagi mencegah kehamilan.

Namun, apabila air mani telah memasuki serviks melalui saluran faraj, tidak ada cara yang terbukti secara saintifik dapat mengeluarkannya.

Adakah terdapat cara mengeluarkan air mani dalam Islam?

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara untuk membersihkan faraj dan kawasan di sekitarnya dengan selamat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Cara mengeluarkan air mani tanpa membatalkan puasa

tanda isteri klimaks
Cara melayan pasangan ketika bersenggama.

Faraj adalah saluran fleksibel yang menghubungkan bukaan faraj ke serviks.

Orang sering keliru antara faraj dengan vulva, yang merupakan bahagian luar alat kelamin wanita.

Faraj bersifat self-cleaning (membersih sendiri), jadi kaum Hawa tidak perlu membersihkannya segera setelah melakukan hubungan seks.

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan faraj dari air mani pekat selepas hubungan seks.

Cara paling mudah mencuci kawasan faraj adalah dengan membilas secara lembut menggunakan air suam.

Persatuan Kesihatan Seksual Amerika (ASHA) mengesyorkan untuk menggunakan sabun tanpa pewangi di sekitar kawasan faraj.

Sebaiknya, elakkan sabun yang wangi kerana boleh menyebabkan kegatalan dengan mengganggu tahap pH vagina anda.

jangkitan kelamin
Perbezaan jangkitan kelamin HSV-1 dan HSV-2.

Cara mengeluarkan air mani daripada faraj

Sebilangan orang mungkin mencari cara mengeluarkan air mani agar tidak hamil selepas melakukan hubungan seks.

Air mani adalah gabungan cecair yang mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, dan sperma.

Sperma adalah sel pembiakan lelaki, dan apabila ia bergabung dengan telur wanita, ia boleh menyebabkan kehamilan.

Secara saintifiknya, air mani memasuki rahim dalam beberapa minit selepas ejakulasi dan sperma boleh hidup di dalam faraj sehingga 7 hari.

Sebaik sahaja sperma memasuki rahim, tidak ada cara yang terbukti secara saintifik dapat membuangnya semula.

Walaupun beberapa bukti menunjukkan ada cara untuk mengeluarkan air mani pekat daripada faraj, namun masih tiada bukti saintifik untuk menyokong tuntutan ini.

Beberapa cara yang dicadangkan termasuklah:

  • Buang air kecil: Sebilangan individu percaya membuang air kecil selepas melakukan hubungan seks dapat mengeluarkan sperma. Namun, ketika urin keluar daripada lubang kecil yang disebut uretra, kencing selepas melakukan hubungan seks tidak akan mengeluarkan sperma daripada faraj.
  • Mandi atau douching: Cara yang seterusnya di mana sebilangan orang mungkin mandi atau douching (menyemburkan air ke dalam laluan faraj) untuk mencuba mengeluarkan air mani daripada faraj mereka, tetapi ini tidak mungkin berfungsi kerana air mandian tidak dapat mencapai air mani di dalam rahim.
  • Cuka: Sebilangan individu percaya bahawa memasukkan cuka ke dalam faraj adalah cara mengeluarkan air mani agar tidak hamil
  • boleh membunuh sperma kerana tahap keasidan cuka yang tinggi. Namun, tidak ada bukti saintifik tentang perkara ini, dan memasukkan cuka ke dalam faraj boleh menyebabkan kerengsaan.

Namun begitu, ada beberapa kaedah yang dapat memastikan air mani pekat keluar daripada faraj.

Sekiranya seseorang wanita berusaha untuk mengeluarkan air mani daripada farajnya untuk mencegah kehamilan, mereka harus segera menghubungi atau mendapatkan khidmat nasihat doktor.

Doktor mungkin dapat memberikan pil kontraseptif kecemasan, seperti pelan B, yang juga disebut sebagai morning after pill, berfungsi dengan cara menghentikan ovari daripada melepaskan telur.

Pil ini boleh diambil sehingga 5 hari selepas melakukan hubungan seks, tetapi mengambilnya dengan lebih awal adalah lebih berkesan dan efektif.

Cara mencegah kehamilan

cara mengeluarkan air mani
Cara mencegah kehamilan untuk wanita.

Bagi para wanita yang tidak mahu hamil, terdapat beberapa cara untuk mencegah kehamilan.

  • Kaedah hormon: Kaedah kontraseptif hormon yang boleh diambil termasuk pil, minipill, dan alat intrauterin hormon (IUD). Walaupun ia berbeza dari segi dos dan pengunaan, tapi semuanya mengandungi hormon yang mampu mencegah proses ovulasi.
  • Kaedah bukan hormon: Beberapa kaedah kontrasepsi bukan hormon tersedia untuk mereka yang tidak boleh atau tidak mahu menggunakan kaedah hormon. Ini termasuklah kondom lelaki dan wanita serta diaphragm.
  • Kaedah semula jadi: Individu boleh memilih kaedah semula jadi, seperti ‘berpantang’ daripada melakukan hubungan seks. Sebilangan individu boleh membuat pilihan ini kerana alasan agama atau peribadi.
  • Kaedah pembedahan: Untuk mencegah kehamilan, sebilangan individu mungkin mempertimbangkan kaedah yang bersifat kekal. Ligasi tuba melibatkan pemotongan dan pengikatan tiub fallopio. Prosedur ini dapat mencegah kehamilan dengan menghentikan pembebasan telur.

Kesimpulan

Kini anda telah tahu cara keluarkan air mani pekat dari faraj selepas melakukan seks. Semoga bermanfaat!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Fact sheet douching. https://www.womenshealth.gov/files/documents/fact-sheet-douching.pdf. Accessed, August 18, 2020.
  2. Vaginal douching: evidence for risks or benefits to women’s health.  https://doi.org/10.1093/epirev/mxf004. Accessed, August 18, 2020.
  3. How to detox your penis. https://blackdoctor.org/how-to-detox-your-penis/. Accessed, August 18, 2020.
  4. Semen drips out after sex. https://goaskalice.columbia.edu/answered-questions/semen-drips-out-after-sex/. Accessed, August 18, 2020.
  5. Why You Should Never Douche. https://health.clevelandclinic.org/douche. Accessed, August 18, 2020.

Versi Terbaru

23/09/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Bahaya Jika Sakit Faraj! Anda Mungkin Ada Vulvitis, Radang Pada Bibir Alat Sulit!

Rasa Sangat Gatal Pada Vagina? Ini Mungkin Petanda Psoriasis Kemaluan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 23/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan