backup og meta

Mengenai HIV: Apa Yang Remaja Perlu Ketahui

Mengenai HIV: Apa Yang Remaja Perlu Ketahui

HIV boleh menjangkiti sesiapa sahaja, malah remaja juga berisiko untuk dijangkiti penyakit HIV.

Amat penting untuk remaja mendapatkan maklumat mengenai HIV, agar mereka dapat menjaga dan melindungi diri dengan lebih baik dari penyakit global ini.

Mengenai penyakit HIV

Perkara utama yang penting mengenai HIV adalah remaja harus mengetahui apa itu HIV.

Ia bermaksud Human Immunodeficiency Virus, yang menyebabkan sistem ketahanan tubuh seseorang individu menjadi lemah.

Virus ini bertanggungjawab dalam kemusnahan sel penting yang berfungsi melawan penyakit dan jangkitan.

HIV akan menyebabkan AIDS. Jika seseorang individu menghidapi AIDS, adalah sukar untuk badan mereka melawan jangkitan kerana keupayaan sistem badan untuk menangani penyakit sudah tiada.

Malah, tiada penawar berkesan untuk HIV, namun, dengan rawatan yang tepat, penyakit HIV boleh dikawal.

Bagaimana penyakit HIVmerebak?

penyakit hiv

Remaja  tidak boleh mengelakkan daripada dijangkiti HIV jika mereka tidak mengetahui bagaimana ia merebak dari seorang individu ke individu lain.

Satu-satunya cara untuk penyakit HIV merebak adalah melalui cecair tertentu dari badan, di mana berlakunya pertukaran cecair badan daripada individu yang dijangkiti HIV.

Tanpa mengira tahap jangkitan, risiko ia merebak tetap wujud. Cecair badan itu meliputi darah, air mani, cecair rektum, cecair faraj dan susu badan. Kerap kali, HIV menjangkiti secara seksual.

Apabila seorang remaja melakukan hubungan seksual tidak selamat atau dengan pasangan yang mungkin HIV positif, cecair dua individu akan bercampur dan virus boleh merebak, terutama apabila terdapat koyakan dalam tisu faraj atau dubur, luka atau jangkitan seksual lain.

Remaja perempuan lebih terdedah dan berisiko untuk mendapat jangkitan HIV kerana struktur badan mereka.

Remaja perempuan mempunyai membran faraj yang nipis dan mudah terdedah kepada jangkitan berbanding individu wanita dewasa.

Secara amnya, HIV boleh disebarkan dengan melakukan hubungan seks faraj atau dubur dengan individu yang mempunyai HIV tanpa menggunakan kondom atau pengambilan sebarang ubatan mencegah atau merawat HIV.

Selain itu, seseorang individu juga berisiko untuk mendapat jangkitan HIV jika terlibat dengan dadah.

Remaja juga terdedah untuk dijangkiti apabila terdapat luka atau menindik menggunakan jarum yang tidak disteril, jarum suntikan, pisau cukur, pisau atau sebarang alatan.

Terdapat mitos yang perlu dibetulkan. Nyamuk atau sebarang gigitan serangga boleh menyebabkan jangkitan. Ia adalah tidak tepat.

Jika mereka menyentuh seseorang individu yang menghidap penyakit HIV, atau berkongsi makanan mahupun bilik air, mereka tidak akan dijangkiti.

Bagaimana remaja perlu melindungi diri daripada penyakit HIV?

Sebaiknya, nasihatkan remaja untuk tidak berkongsi jarum atau jarum suntikan di luar kemudahan perubatan atau tanpa arahan doktor boleh membantu mereka untuk menghindari HIV secara efektif.

Mungkin agak janggal untuk berbicara tentang seks dengan seorang remaja, tetapi ianya penting untuk anda menasihati mereka untuk menggunakan kondom jika mereka ingin melakukannya.

Serta nasihati mereka untuk tidak melakukan seks dengan terlalu ramai pasangan (Perbuatan ini dilarang untuk remaja beragama Islam).

Mereka juga boleh melakukan pemeriksaan setiap 3 hingga 6 bulan untuk sebarang rawatan peringkat awal.

penyakit hiv

Maklumat yang sesuai untuk dikongsi bersama remaja tentang penyakit HIV juga bergantung kepada usia mereka, personaliti dan pengetahuan mereka mengenai penyakit ini.

Sebagai ibu bapa, anda perlu membuat perancangan dan mendapatkan maklumat penting tentang HIV sebelum berkongsi bersama mereka agar anda boleh mendidik mereka dengan lebih berkesan.

Anda mungkin berminat untuk membaca mengenai:

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. http://www.voicesofyouth.org/sections/hiv-and-aids/pages/10-things-you-should-know
  2. https://www.cdc.gov/hiv/group/age/youth/
  3. https://www.fairview.org/patient-education/83987
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3140141/
  5. https://www.thewellproject.org/hiv-information/what-parents-and-providers-need-know-about-hiv-risk-and-teens

Versi Terbaru

20/06/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

'Main' Guna Lidah & Mulut? Hati-Hati Ada Bahaya Seks Oral Yang Anda Tidak Tahu!

Selain HIV Dan HPV, Ada Lagi Jangkitan Kelamin Yang Tidak Boleh Sembuh, Menakutkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan