backup og meta

Kebajikan Terjaga, Pesakit Kronik Usah Risau! Ada Sokongan Fizikal, Mental & Moral Tersedia Di Hospital

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    Kebajikan Terjaga, Pesakit Kronik Usah Risau! Ada Sokongan Fizikal, Mental & Moral Tersedia Di Hospital

    Ketika berada di dalam hospital, pernahkah kalian terbaca papan tanda yang menunjukkan arah ke unit penjagaan paliatif atau unit penjagaan hospis?

    Buat anda yang mungkin belum tahu, kedua-duanya adalah tempat atau wad untuk menjaga pesakit kronik namun terdapat perbezaan yang ketara tentangnya!

    Jom belajar, faham dan cakna perbezaan 2 terma ini. Teruskan pembacaan anda.

    Ketika di hujung nyawa…

    Setiap kali berbicara mengenai 2 terma ini, ramai yang akan mengaitkannya dengan penjagaan pesakit ketika di hujung nyawa mereka.

    Ya, perkaitan ini mungkin ada logiknya kerana penjagaan paliatif dan hospis ini adalah untuk mereka yang sedang menghidapi penyakit kronik.

    Antara penyakit-penyakit kronik yang memerlukan rawatan seperti ini adalah:

    • Kanser
    • Penyakit jantung
    • Penyakit hati
    • Penyakit paru-paru
    • Penyakit buah pinggang
    • Kegagalan organ
    • Demensia
    • Strok
    • HIV/AIDS
    • ALS (amyotrophic lateral sclerosis)
    • Parkinson
    • Huntingdon

    Dalam erti kata yang lebih mudah, terma penjagaan paliatif dan hospis adalah buat mereka yang menderita penyakit kronik tidak kira apa jenis penyakit apapun.

    Kedua-duanya adalah bertujuan untuk memastikan pesakit mampu mendapatkan perkara seperti berikut:

    • Menambahbaik kualiti hidup pesakit
    • Membantu pesakit membuat keputusan penting
    • Meningkatkan keselesaan pesakit secara total
    • Menyediakan sokongan fizikal, mental dan moral untuk pesakit

    Penyebab penyakit hati

    Namun, terdapat perbezaan di antara kedua-duanya! Apakah ia?

    Apa itu penjagaan paliatif?

    Untuk pengetahuan anda, apa itu penjagaan paliatif adalah terma bagi menjaga pesakit kronik yang tidak dikategorikan akan mengancam nyawa.

    Ia menyasarkan untuk memberi individu kemudahan bagi menjalani kehidupan dengan simptom-simptom penyakit kronik yang dihidapi.

    Jangan salah sangka kerana ia tidak akan menggantikan rawatan untuk penyakit tertentu itu sendiri sebaliknya ia adalah penambahan yang penting.

    Sekiranya penyakit itu membuat kalian sukar untuk menjalani kehidupan seharian seperti biasa, maka penjagaan paliatif mungkin boleh membantu.

    Walaupun ada sesetengah kes di mana penyakit kronik tersebut dijangka akan membawa maut, namun penjagaan ini mampu memberikan kehidupan yang lebih baik.

    Apa itu penjagaan hospis?

    Untuk pengetahuan anda, apa itu penjagaan hospis adalah terma penjagaan pesakit kronik yang boleh dikategorikan akan mengancam nyawa.

    Ia menyasarkan bagi memberikan individu keselesaan menjalani sisa baki kehidupan ekoran sudah tahu bahawa penyakit kronik itu akan meragut nyawa.

    Kebiasaannya, individu yang perlu berada dalam penjagaan hospis adalah mereka yang mempunyai masa kurang dari 6 bulan untuk meneruskan kehidupan.

    Kelazimannya, mereka ini akan ditempatkan di rumah sendiri dan ahli keluarga serta profesional akan menjaga mereka sehingga ke akhir hayat.

    Ini bermakna penjagaan hospis adalah untuk mereka yang sudah berada di ambang maut dan memerlukan sokongan terutamanya dari aspek rohani.

    Apa beza di antara kedua-duanya?

    Baiklah, sekarang kita semua mungkin sudah cakna mengenai apa itu penjagaan paliatif serta penjagaan hospis.

    Buat anda yang mungkin masih belum dapat tahu beza di antara kedua-duanya ini, sila teruskan membaca penerangan kami di bawah.

    Perbezaan yang paling ketara di antara kedua kaedah penjagaan ini adalah pada waktu ia boleh diterima oleh penderita penyakit kronik.

    Penjagaan paliatif

    Ia akan boleh diterima pada saat anda sedang atau telah didiagnosis penyakit kronik itu sendiri.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, ia tidak langsung bergantung kepada tahap keterukan penyakit kronik yang dihadapi oleh anda.

    Penjagaan hospis

    Ia hanya boleh diterima pada ketika anda berada pada ambang maut akibat penyakit kronik itu sendiri.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, ia adalah pilihan yang boleh dibuat apabila tiada lagi sebarang penawar atau rawatan untuk dicuba.

    Konklusinya, penjagaan paliatif akan boleh diterima pada saat anda tahu kewujudan penyakit kronik manakala penjagaan hospis hanya boleh diterima pada saat anda tahu ia sudah tidak boleh dirawat lagi.

    Penjagaan ini adalah cara meredakan kesakitan

    Walaupun terdapat perbezaan yang ketara, objektif kedua-dua penjagaan ini adalah sebagai cara meredakan kesakitan yang dialami penderita.

    Kedua-duanya akan memberikan pesakit rawatan atau ubatan untuk meredakan kesakitan contohnya ibuprofen, oxycodone atau morfin.

    Pun begitu, ubatan terkawal seperti opioids akan menjadi satu kebimbangan kerana pakar mengesyaki ia boleh mendatangkan ketagihan.

    Namun ketahuilah bahawa ia mempunyai kesan sampingan yang agak teruk seperti pening kepala, sembelit, cirit-birit atau muntah-muntah.
    Disebabkan itu, sila berbincang dengan doktor anda sebelum meminta untuk mengguna sebarang rawatan atau ubatan bagi elak sebarang komplikasi ya?Kesimpulannya, apa itu penjagaan paliatif dan penjagaan hospis adalah dua perkara yang hampir sama namun ternyata berbeza.Kedua-duanya adalah berkaitan dengan penjagaan pesakit yang sedang menderita penyakit kronik seperti yang kami nyatakan di atas.

    Perbezaannya adalah pada ketika bila kalian menerima sebarang rawatan tersebut demi keselesaan dan kehidupan yang lebih baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan