backup og meta

Apa Anda Perlu Tahu Mengenai HIV & AIDS

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/07/2022

    Apa Anda Perlu Tahu Mengenai HIV & AIDS

    Boleh berjangkit melalui darah atau hubungan seks, HIV adalah satu penyakit berbahaya yang telah merosakkan kehidupan ramai individu di seluruh dunia. Ingin tahu apa itu HIV dan AIDS?

    Artikel ini akan memberikan maklumat lanjut mengenai penyakit HIV dan Aids.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu HIV dan AIDS?

    HIV adalah virus yang sekali menjangkiti tubuh seseorang, ia akan membuatkan kemerosotan tahap kesihatan.

    Ini kerana virus tersebut akan menyerang sistem imunisasi tubuh, melemahkan keupayaan untuk melawan kembali jangkitan dan penyakit sama ada demam biasa hinggalah demam panas.

    HIV biasanya akan menjangkiti individu ketika melakukan hubungan seks tanpa perlindungan kondom.

    Malahan seorang wanita hamil yang mempunyai HIV kemungkinan besar anaknya juga akan dijangkiti. Sementara itu, AIDS adalah peringkat akhir HIV.

    hiv dan aids

    Bagaimana ujian HIV dan AIDS dilakukan?

    Jika anda mengesyaki kemungkinan menghidap HIV, datang ke klinik secepat mungkin untuk mendapatkan pemeriksaan.

    Semakin lama anda menunggu, semakin tinggi anda mempertaruhkan nyawa sendiri dan orang di sekeliling, terutama pasangan.

    Ujian HIV adalah cara untuk mengetahui sama ada anda dijangkiti HIV atau tidak. Sampel darah atau air liur anda akan diambil untuk pemeriksaan.

    Seandainya keputusan negatif, tahniah, anda bebas HIV. Tetapi jika sebaliknya, anda mungkin mempunyai HIV, maka ujian darah lebih lanjut akan dilakukan sebagai pengesahan keputusan.

    Jika memang disahkan sebagai positif, lebih banyak ujian dan perbincangan dengan pakar HIV, doktor atau pakar penjagaan kesihatan diperlukan.

    Rawatan & hidup dengan HIV dan AIDS

    Buat masa ini, tiada ubat untuk mengubati HIV dan AIDS. Namun pada masa kini, rawatan yang ditawarkan agak berkesan untuk membantu mereka yang dijangkiti HIV, hidup lebih lama dan sihat.

    Sekiranya anda mempunyai HIV atau AIDS, anda perlu mengambil ubat dalam bentuk tablet setiap hari.

    Kebiasaannya, sejenis ubat tidak akan mencukupi. Oleh itu, gabungan ubat-ubatan yang berlainan akan ditetapkan.

    Selain itu, mengamalkan gaya hidup yang sihat juga penting untuk menjamin jangka hayat hidup ‘lebih lama’.

    Bagi mereka yang hidup dengan HIV, mengambil rawatan antiretroviral dalam bentuk terapi akan mengurangkan risiko penyebaran HIV kepada pasangan seksual.

    Terapi ini sangat penting kerana ia mempunyai keupayaan mengesan virus HIV, di mana ujian darah tidak mampu mengesannya.

    Walaupun peratusan untuk wanita hamil dengan HIV akan menyebabkan bayinya dijangkiti HIV adalah kecil, namun peluang dijangkiti tetap ada.

    Ini cara mencegah HIV/AIDS

    hiv dan aids

    Mereka yang berkongsi jarum suntikan atas apa jua alasan, atau melakukan hubungan seks tanpa perlindungan kondom adalah berkemungkinan besar untuk mendapat HIV.

    Yang pastinya, untuk menghindari HIV dan AIDS, pastikan anda menggunakan kondom setiap kali melakukan hubungan seks sekiranya anda mengamalkan hubungan seksual secara aktif.

    Jangan berkongsi jarum, peralatan suntikan seperti jarum suntikan, sudu dan kapas ujian (swab) dengan individu lain.

    Mengetahui tahap kesihatan pasangan seks anda sebelum melakukan rangsangan seksual juga sangat penting.

    Jika anda mengesyaki bahawa anda mungkin mempunyai HIV, datang ke klinik secepat mungkin untuk mendapatkan diagnosis, rawatan dan ubat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan