Strok Tingkatkan Risiko Demensia (Nyanyuk)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko demensia atau nyanyuk. Walau bagaimanapun, pesakit strok atau angin ahmar didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya, berdasarkan laporan kajian terbaru.

Kaitan strok dan demensia

Penyelidik dari Universiti Exeter baru-baru ini menjalankan kajian yang diterbitkan dalam Alzheimer & Dementia: Journal of the Alzheimer’s Association, untuk meneroka hubungan antara masalah nyanyuk dan strok. Mereka melakukan perbandingan yang melibatkan 48 kajian terdahulu yang memeriksa hampir 2 juta pesakit dengan sejarah strok.

Setelah menganalisis hasilnya, mereka mendapati bahawa pesakit strok lebih berisiko didiagnosis dengan demensia. Malah, sejarah strok menimbulkan risiko sebanyak 70 peratus. Bagi mereka yang baru mengalami strok, kemungkinan mengalami masalah nyanyuk adalah dua kali ganda.

Walaupun saintis tidak memahami sepenuhnya hubungan antara kedua-dua masalah kesihatan tersebut, mereka percaya ciri-ciri strok, seperti kerosakan otak, boleh menjadi penyebab.

Pencegahan demensia

Memandangkan kedua-dua masalah nyanyuk dan strok ini biasa berlaku, kaitan antara keduanya ini adalah penemuan penting. Oleh itu, penambahbaikan pencegahan dan rawatan selepas strok mungkin memainkan peranan penting dalam pencegahan demensia, menurut saintis yang terlibat.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 15 juta orang mengalami strok setiap tahun. Sementara itu, kira-kira 50 juta orang di seluruh dunia mengalami demensia, jumlah yang dijangka akan menjadi hampir dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun akan datang, mencapai 131 juta menjelang 2050, laporan penyelidik.

Ciri-ciri strok, seperti lokasi dan tahap kerosakan otak, boleh membantu menjelaskan perubahan dalam risiko demensia yang diperhatikan dalam kajian-kajian yang dianalisis, kata para penyelidik. Mereka juga menyatakan bahawa terdapat beberapa kemungkinan bahawa risiko demensia mungkin lebih tinggi terhadap lelaki selepas strok.

Pun begitu, kebanyakan orang yang mengalami strok tidak mengalami masalah nyanyuk, jadi penyelidikan lanjut juga diperlukan untuk menentukan sama ada perbezaan dalam penjagaan dan gaya hidup selepas strok boleh mengurangkan risiko demensia. Begitu juga kajian terhadap faktor seperti etnik dan tahap pendidikan terhadap risiko demensia berikutan strok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Apa yang menarik dengan minuman kopi? Tahukah anda, jika datuk dan nenek anda minum kopi, ia mungkin membantu mengurangkan risiko nyanyuk dan parkinson!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Ramai yang sangka nyanyuk hanya terjadi kepada orang tua sahaja. Namun anda juga perlu tahu penyebab alzheimer di usia muda. Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kencing Manis Bukan Hanya 2 Jenis Saja, Diabetes Ke-3 Lagi Bahaya, Boleh Hilang Ingatan!

    Kajian membuktikan gejala diabetes ketiga memudaratkan fungsi otak anda. Adakah ia berkait dengan penyakit Alzheimer? Mari baca untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diabetes, Pusat Kesihatan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Simptom Sama, Tapi Lain Penyakit! Ini Cara Nak Bezakan Strok dan Sklerosis Berbilang!

    Simptom sklerosis berbilang dan angin ahmar sukar dibezakan dan hampir sama. Namun, strok merupakan penyakit yang lebih bahaya dan perlu rawatan awal!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Angin Ahmar/Strok, Pusat Kesihatan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit strok

    Kenali Penyakit Strok Dengan Lebih Mendalam- Ini Jenis, Penyebab & Rawatan Angin Ahmar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 5 minit bacaan
    maksud deja vu

    Selalu Alami Deja Vu? Jaga-Jaga, Ini Mungkin Tanda Demensia Atau Sawan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 04/11/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit strok

    BAHAYA! Ada Orang Boleh Alami Strok Senyap Tanpa Disedari, Boleh Sebabkan Masalah Kekal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit gusi

    Pernah Ada Masalah Gusi? JAGA-JAGA! Risiko Untuk Anda Terkena Penyakit Strok TINGGI

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan