Fakta Penting Mengenai Strok

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anda tidak mempunyai idea tentang apa itu strok? Atau anda rasa strok tidak penting dan tidak signifikan bagi diri anda? Artikel ini mungkin akan mengubah fikiran anda.

Strok merupakan sebab kematian nombor 3 di Malaysia

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, penyakit serebrovaskular atau strok merupakan sebab ketiga kematian di Malaysia pada tahun 2016 iaitu sebanyak 6.9%. Hampir 1 daripada 5 kematian di negara kita disebabkan oleh penyakit serebrovaskular.

Jadi, jangan terkejut jika ada ahli keluarga atau kenalan anda yang diberitakan menghidap penyakit ini.

Bukan semata-mata mulut senget

Karakter utama bagi strok ialah mulut senget seperti yang kerap dipaparkan dalam filem di televisyen. Namun, masalah utama daripada penyakit ini ialah kesukaran untuk bergerak dan makan. Ia akan menjejaskan kualiti hidup pesakit serta penjaganya.

Strok berpunca daripada kecederaan yang berlaku pada otak dan batang otak disebabkan salur darah yang tersumbat. Bergantung kepada bahagian otak yang terbabit, simptom yang boleh berlaku termasuk lumpuh tangan dan kaki, kebas, susah menelan, masalah penglihatan, dan percakapan.

Pemakanan dan gaya hidup sihat boleh mencegah kebanyakan strok

Sehingga 80% daripada serangan strok boleh dicegah melalui pemakanan dan gaya hidup sihat. Ini mungkin merupakan fakta paling penting yang harus masyarakat tahu. Penyakit ini tidak berlaku dalam satu malam. Ia adalah hasil daripada kumpulan lemak dan plak di dalam saluran darah selama bertahun-tahun.

Apabila berlaku serangan, lihat apa yang menjadi amalan harian anda dalam tempoh 10 hingga 20 tahun lalu. Adakah anda tidak merokok? Adakah anda mengambil makanan mengikut keperluan kalori yang betul? Adakah anda melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi?

Jika semua jawapan ialah tidak, ia bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana semua gaya hidup tersebut meningkatkan risiko serangan strok. Jika ingin mengelakkan penyakit ini, mulakan perubahan hari ini. Anda tak perlu melakukan satu perubahan terlalu drastik. Mulakan sedikit demi sedikit asalkan ada perkembangan positif.

Rawatan bukanlah satu cara yang terbaik dalam menguruskan penyakit ini walaupun terdapat banyak pilihan rawatan pada hari ini. Perkara terbaik anda boleh lakukan ialah dengan mencegahnya daripada berlaku. Strok bukan perkara yang asing dan boleh dipandang remeh. Selamatkan diri anda dan orang tersayang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Muda Yang Ada Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Cara Menurunkan Risiko Hipertensi!

    Buat orang muda yang menghidapi tekanan darah tinggi, ini merupakan cara menurunkan darah tinggi di usia muda untuk elak risiko hipertensi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 26/12/2019 . 3 minit bacaan

    Maut Diserang Strok Akibat Ketagihan Permainan Video

    Seorang remaja dari Thailand telah ditemui mati di biliknya selepas bermain permainan video sepanjang semalam ketika musim cuti sekolah. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/11/2019 . 2 minit bacaan

    Panduan Penjagaan Pesakit Strok di Rumah

    Penjagaan pesakit strok yang rapi adalah amat penting bagi memaksimakan proses penyembuhan mereka. Ikuti panduan penjagaan berikut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Pusat Kesihatan, Angin Ahmar/Strok 05/11/2019 . 3 minit bacaan

    Belia Dewasa Dengan PTSD Berisiko Alami Strok Di Usia Pertengahan

    Pernah dengar mengenai PTSD? Ada kajian mengatakan individu belia dengan PTSD berisiko alami strok usia pertengahan, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 22/10/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    angin ahmar

    Simptom Sama, Tapi Lain Penyakit! Ini Cara Nak Bezakan Strok dan Sklerosis Berbilang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    strok

    Muka Senget, Sebelah Badan Lemah Selepas Seks, Ini Punca Strok Selepas Bersenggama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kesihatan

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat-tidur-malam-wajib-anda-tahu

    Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/03/2020 . 3 minit bacaan