backup og meta

Sembelit Akibat Pengambilan Suplemen Zat Besi? Ketahui Cara Tepat Untuk Atasi!

Sembelit Akibat Pengambilan Suplemen Zat Besi? Ketahui Cara Tepat Untuk Atasi!

Kadangkala, pengambilan zat besi yang berlebihan boleh menyebabkan masalah sembelit. Jadi, bagaimana cara untuk mengelakkan atau melegakan isu ini? Jom baca artikel untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Minum air pada kadar mencukupi

Jika pengambilan zat besi sudah terlalu banyak, perbanyakkan minum air sepanjang hari.

Anda disarankan untuk minum sebanyak enam hingga lapan gelas sehari. Sebaiknya elakkan minuman yang mengandungi kafein boleh menyebabkan dehidrasi, yang boleh memburukkan sembelit anda.

Perbanyakkan lagi pengambilan serat

pengambilan zat besi

Amalkan diet yang seimbang termasuklah dengan elakkan makanan tinggi zat besi dan banyakkan makanan tinggi serat.

Kanak-kanak, remaja dan orang dewasa harus mengambil 20 hingga 35 gram serat setiap hari.

Tingkatkan pengambilan serat anda secara beransur-ansur kerana memakan sejumlah besar serat sekaligus boleh menyebabkan perut berangin, kembung dan sakit perut kronik.

Makanan yang tinggi serat termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran mentah, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang kering.

Sementara makanan yang memperburukkan sembelit termasuklah ais krim, keju dan makanan yang diproses.

Bersenam selalu demi usus yang sihat

Senaman sekurang-kurangnya 30 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu terutama jika pengambilan zat besi sudah berlebihan. Senaman yang kerap dapat meningkatkan fungsi pencernaan anda.

Jangan tahan pergerakan usus anda

Gunakan tandas sebaik sahaja anda merasakan dorongan untuk membuang air besar.

Jika anda menahan diri daripada membuang air pada waktunya, tubuh anda dapat menyerap kandungan air dalam najis anda, menjadikan najis lebih keras.

Ambil suplemen serat jika sembelit

Jika anda kurang mengambil serat dalam diet, ambil suplemen serat setiap hari, yang boleh membuatkan najis anda lembut dan memudahkan proses membuang air besar.

Pun begitu, suplemen serat boleh memburukkan lagi sembelit jika anda tidak minum air yang mencukupi setiap hari.

Bincang dengan doktor anda sebelum mengambil suplemen serat jika anda mengalami masalah usus.

Suplemen ini boleh mengganggu penyerapan ubat-ubatan seperti aspirin, warfarin dan carbamazepine.

Sekiranya anda menghidap kencing manis, semak paras gula dalam darah anda dengan teliti semasa mengambil suplemen serat kerana suplemen ini dapat menyebabkan paras gula dalam darah rendah.

Ambil ubat julap jika sembelit

pengambilan zat besi

Gunakan julap seperti susu magnesia, untuk melegakan sembelit sekali-sekala.

Penggunaan jenis julap tertentu secara kerap boleh mengganggu fungsi normal usus dan menjadikan tubuh anda bergantung kepada julap untuk pergerakan usus.

Hubungi doktor anda jika anda mengalami sembelit selama lebih daripada tiga minggu, jika simptom anda teruk dan jika anda hanya membuang air besar selepas tiga hari walaupun telah mengubah diet.

Maklumkan doktor anda juga jika anda mengalami sakit perut yang teruk, darah dalam najis anda, sembelit yang berselang-seli dengan cirit-birit, sakit pada lubang dubur, kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan atau jika najis anda tipis dan berbentuk seperti pensil.

Jadi, memang benar pengambilan zat besi yang berlebihan boleh menyebabkan sembelit. Maka, sila lebih berwaspada dan berbincang dengan doktor untuk tahu lebih lanjut!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Constipation, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4059-constipation, Accessed Dec 1 2019.
  2. Constipation, https://www.ucsfhealth.org/education/constipation, Accessed Dec 1 2019.
  3. Constipation: Causes and Prevention Tips, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/constipation-causes-and-prevention-tips, Accessed Dec 1 2019.
  4. Treatment of Constipation in Older Adults, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2005/1201/p2277.html, Accessed Dec 1 2019.
  5. Caregiver Guide: Constipation Problems, https://www.healthinaging.org/tools-and-tips/caregiver-guide-constipation-problems, Accessed Dec 1 2019.

Versi Terbaru

28/06/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selalu Rasa Pedih Ulu Hati? Ini 7 Cara Cepat Legakannya Guna Rawatan Rumah & Ubat

Perut Berangin Petanda Gastrik! Ikut 5 Petua Ini Untuk Elak Gastrik Angin


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 28/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan