Sakit perut sekejap datang sekejap hilang boleh buatkan sesiapa sahaja jadi stres! Tetapi, apakah cara hilangkan sakit perut mencucuk yang terbaik, jika anda tidak pasti puncanya?
Sakit perut mencucuk dan cirit birit boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Ia boleh berpunca daripada masalah penghadaman, perut kembung, sembelit atau sebagai simptom penyakit lain.
Sebab itulah, anda perlu berjumpa doktor jika mengalami sakit perut yang serius.
Namun, jika anda perlu ‘bertahan’ seketika dan tidak boleh berjumpa doktor dengan serta-merta, ada beberapa cara hilangkan sakit perut mencucuk yang pantas dan berkesan. Jom ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Tanda perut anda kembung
Ada beberapa simptom yang menandakan anda mempunyai masalah perut kembung. Selalunya, pesakit akan mengalami masalah sakit perut, ketidakhadaman dan juga penghasilan gas yang lebih banyak daripada biasa.
Mereka yang mengalami masalah sakit perut yang serius selalunya akan turut berdepan dengan simptom lain seperti:
- Pendarahan dalam tinja
- Penurunan berat badan yang ketara
- Mual-mual
- Muntah-muntah
- Pedih ulu hati
- Demam (jangkitan)
Jika ini yang berlaku, jumpa doktor secepat mungkin!
5 cara hilangkan sakit perut mencucuk
Sakit perut merupakan sesuatu yang normal. Kadangkala, anda tersalah makan, atau terlebih makan sehingga menyebabkan perut menjadi sakit.
Namun, jangan risau. Jika anda inginkan kelegaan pantas, anda berada di tempat yang betul untuk tahu cara hilangkan sakit perut masuk angin, cara hilangkan sakit perut salah makan dan sebagainya.
Masalah sakit perut ini boleh diselesaikan dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Antaranya:
1. Makan makanan yang kaya dengan potassium
Jika anda selalu mengambil makanan yang masin, besar kemungkinan masalah perut kembung akan berlaku dengan lebih kerap.
Jadi, sebagai cara hilangkan sakit perut mencucuk, cuba tambahkan makanan yang kaya dengan potassium seperti pisang, avokado dan ubi keledek. Selain itu, pastikan anda minum air dengan banyak untuk memastikan lebihan garam dapat dikeluarkan dari badan.
2. Asparagus, makanan terbaik untuk mengubat perut kembung
Tahukah anda, asparagus merupakan antara diuretik semula jadi yang terbaik?
Jika anda ingin mengurangkan sakit perut, cuba tambahkan asparagus ke dalam diet harian anda bersama sebiji telur rebus atau ikan kukus sebagai hidangan sampingan.
3. Cuba jalan kaki sebagai cara hilangkan sakit perut mencucuk
Selalunya, individu yang sakit perut akan berehat dan berbaring sepanjang hari. Sebenarnya, ini akan membuatkan perut lebih sakit! Sebagai perubahan, cuba lakukan senaman ringan dengan cara berjalan kaki.
Berjalan dapat merangsang sistem pencernaan badan untuk berfungsi dengan lebih baik. Malah, usus juga akan mengecut dan menggalakkan pengeluaran gas dari badan. Jadi, jika anda rasa tak sedap perut, cuba sarungkan sneakers dan keluar berjalan! Pasti menjadi.
4. Tambahkan serat dalam diet
Serat merupakan makanan utama yang perlu pesakit ambil untuk elakkan masalah pencernaan atau perut kembung.
Tetapi, apakah kepentingan serat untuk badan? Sebenarnya, serat membantu badan menolak makanan melalui sistem pencernaan secara efektif. Tanpanya, tinja akan menjadi keras dan menyebabkan masalah sembelit.
Bukan itu sahaja, mereka yang tidak makan serat dengan mencukupi juga boleh mempunyai masalah cirit-birit!
5. Minum teh kamomil
Teh kamomil atau peppermint sangat berkesan untuk membantu masalah kembung perut. Kedua-duanya telah digunakan secara turun-temurun untuk mengubati masalah sakit perut dan ketidakhadaman.
Cuba minum secawan teh kamomil atau peppermint setiap hari jika anda kerap alami sembelit. Anda pasti dapat lihat perbezaannya dalam masa beberapa minggu!
Jangan lupa lakukan ‘self-care’ sebagai cara hilangkan sakit perut mencucuk
Jika anda sakit perut, penting untuk anda melakukan ‘self-care’ di rumah. Ini merupakan salah satu cara hilangkan sakit perut mencucuk, terutamanya ketika anda berseorangan di rumah.
Antara langkah dalam cara hilangkan sakit perut mencucuk:
- Letakkan sebotol air hangat di atas perut.
- Berendam di dalam air hangat.
- Minum banyak air kosong.
- Kurangkan pengambilan kopi, teh dan alkohol. Semua minuman ini akan membuatkan kesakitan menjadi semakin serius.
- Dapatkan rehat yang mencukupi.
- Ambil antasid untuk kurangkan masalah perut kembung.
- Makan ubat tahan sakit seperti paracetamol untuk kurangkan kesakitan. Elakkan mengambil aspirin kerana ia boleh buatkan sakit perut bertambah serius.
- Jika anda boleh makan, makan dengan perlahan-lahan. Minum banyak air dan tambah makanan yang tawar seperti nasi kosong, biskut, pisang atau roti bakar.
[embed-health-tool-bmr]