backup og meta

Perut Rasa Senak Kerana Angin Tak Nak Keluar? Cuba Buat 7 Cara Mudah Ini!

Perut Rasa Senak Kerana Angin Tak Nak Keluar? Cuba Buat 7 Cara Mudah Ini!

Semua benda pasti akan jadi serba tidak kena jika mengalami perut kembung yang menjadi masalah besar. Ini kerana masih ramai orang yang belum tahu cara buang angin dalam perut.

Mungkin ada yang akan mencadangkan untuk cuba mengeluarkan angin dalam perut itu dengan sendawa atau kentut namun ia tidak semudah disangka.

Kenapa ada angin dalam perut? Kenapa kentut tak lawas? Kenapa perut jadi sebu?

Sebenarnya, terdapat beberapa tip yang boleh anda cuba sebagai cara buang angin dalam perut. Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu tentangnya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Angin membuat perut anda merana!

Kenapa ada angin dalam perut? Kenapa kentut tak lawas? Kenapa perut jadi sebu?

Gejala perut kembung angkara angin adalah antara keadaan kesihatan yang biasa dialami oleh individu ekoran terlalu banyak angin di dalam perut.

Ia akan menyebabkan kekembungan, kesakitan atau ketidakselesaan gara-gara angin yang terperangkap di dalam perut dan tidak mampu untuk keluar.

cara buang angin dalam perut
Sakit perut berangin.

Antara punca yang menyebabkan angin terperangkap di dalam perut adalah seperti berikut:

  • Diet: Makanan dan minuman yang terlalu banyak gula, garam, gas dan kurang serat boleh jadi punca perut kembung
  • Hormon: Bagi kaum wanita, hormon ketika sedang dalam proses datang haid juga boleh jadi punca perut kembung
  • Sistem penghadaman: Isu berkaitan seperti sembelit, intoleransi dan alahan makanan akan menyebabkan najis tersekat di usus besar lalu membawa masalah perut kembung

Mungkin kita semua sudah biasa dengar tentang cara untuk buang angin dalam perut ini namun tidak semuanya sesuai buat setiap orang. Jadi, apa alternatif yang lain?

Apa cara buang angin dalam perut?

Dalam usaha untuk mengeluarkan angin dalam perut melalui kentut atau sendawa, ada beberapa tip yang mungkin boleh membantu anda termasuklah:

#1. Cuba bergerak atau berjalan lebih banyak

Aktiviti fizikal boleh membantu melancarkan pergerakan dalam sistem penghadaman anda lantas memudahkan pengeluaran najis serta angin dalam perut.

Ia sangat bagus dibuat lebih-lebih lagi buat anda yang mengalami masalah sembelit untuk membantu anda melegakan simptom-simptom akibat perut kembung.

#2. Sapu minyak angin atau pati pada perut

Kajian pada tahun 2016 menunjukkan bahawa gabungan sapuan ekstrak fennel dan curcumin pada perut kembung adalah berkesan untuk melegakan gejala-gejalanya.

Pun begitu, individu dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum menyapu apa jenis minyak kerana khuatir akan toksik di dalamnya.

#3. Mandi dengan air suam atau panas

Haba yang anda boleh dapat daripada mandi air suam atau panas dipercayai mampu melegakan rasa tidak selesa pada perut dan abdomen angkara angin.

Selain itu, mandian sebegini juga sangat bagus untuk membuat tubuh badan lebih relaks dan kurang stres, lantas membuat sistem penghadaman lebih baik.

cara buang angin dalam perut
Yoga boleh bantu buang angin perut.

Cara buang angin dalam perut #4. Yoga

Aktiviti fizikal memang sangat bagus sebagai cara buang angin dalam perut dan yoga adalah antara aktiviti tersebut yang terbaik buat kesihatan secara keseluruhan.

Oleh itu, anda mungkin boleh cuba beberapa teknik yoga seperti Child Pose, Happy Baby Pose atau Squat yang dipercayai mampu membantu anda membuang angin.

#5. Urut perlahan perut dan abdomen anda

Anda juga boleh cuba mengurut perut serta abdomen anda dengan perlahan bagi memastikan sistem penghadaman lebih lancar dan ia boleh dibuat dengan cara:

  • Letakkan tangan pada atas tulang pinggang
  • Sapukan sedikit minyak agar ia lebih licin
  • Urutkan dengan gerakan membulat dengan tekanan yang ringan pada sebelah kanan dan kiri tulang rusuk

Namun jika sebarang urutan ini mendatangkan rasa sakit pada anda, adalah lebih baik untuk berhenti dan dapatkan khidmat pakar urut atau doktor berdekatan.

Cara buang angin dalam perut #6. Probiotik

Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang hidup dalam usus dan perut yang boleh membantu anda meregulasikan bakteria kolon yang membawa angin.

cara buang angin dalam perut
Contoh makanan yang kaya probiotik.

Untuk mendapatkan sumber probiotik ini, anda boleh membeli suplemen daripada klinik, farmasi ataupun mengambil makanan dan minuman yang mengandunginya.

#7. Elak tabiat mengunyah gula-gula getah

Akhir sekali, cara membuang angin dalam perut ini mungkin nampak remeh namun ketahuilah bahawa gula-gula getah juga adalah punca utama angin dalam perut.

Ini disebabkan oleh kandungan gula alkohol yang wujud di dalamnya serta angin yang boleh masuk dalam perut tanpa sedar di saat anda mengunyah gula-gula ini.

Kesimpulan


Jadi, jika anda ada masalah angin dalam perut, cuba ikuti 7 cara mudah yang kami cadangkan ini.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Remedies for bloating and wind. https://www.nhs.uk/live-well/eat-well/remedies-for-bloating-and-wind/Accessed 30 July 2021.
  2. Bloating. https://familydoctor.org/condition/bloating/Accessed 30 July 2021.
  3. Bloating causes and prevention tips. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/bloating-causes-and-prevention-tips. Accessed 30 July 2021.
  4. Gas and gas pains. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gas-and-gas-pains/in-depth/gas-and-gas-pains/art-20044739. Accessed 30 July 2021.
  5. Bloating causes relieve discomfort at home. https://www.templehealth.org/about/blog/5-bloating-causes-relieve-discomfort-at-home. Accessed 30 July 2021.

Versi Terbaru

29/04/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ada Banyak Punca Perut Kerap Masuk Angin? Lakukan 7 Cara Ini, Gerenti Berkesan!

Kentut Busuk Seperti Bau Telur Tembelang? Ini Mungkin Tanda Penyakit


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan