Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Dispepsia?
Tabiat harian anda boleh mempengaruhi dispepsia. Selain penyakit tertentu dan punca yang disebutkan, beberapa perkara lain boleh meningkatkan risiko anda mendapat dispepsia, seperti:
- Merokok;
- Pengambilan alkohol;
- Makan terlalu banyak dan terlalu cepat;
- Stres dan penat.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Dispepsia didiagnosis?
Doktor akan bertanya beberapa soalan mengenai simptom, sejarah kesihatan dan mungkin akan memeriksa perut dan dada anda.
Beberapa ujian juga mungkin akan dijalankan untuk memahami lebih lanjut tentang keadaan anda serta menolak kemungkinan sebarang penyakit lain yang menyebabkan masalah pencernaan.
- Endoskopi: Ujian ini dilakukan pada pesakit yang tidak memberi respon kepada rawatan dengan cara memasukkan tiub panjang yang mempunyai kamera ke dalam perut untuk mengetahui masalah secara terperinci.
- Ujian H pylori: Sekumpulan ujian yang digunakan untuk mengesan H pylori bergantung kepada tahap simptom anda dan faktor-faktor lain. Ini termasuklah ujian antigen najis, ujian nafas atau ujian darah.
- Ujian fungsi hati: Hati menghasilkan hempedu – cecair gastrousus yang digunakan untuk memecah lemak. Masalah dengan hati dapat mengurangkan penghasilan hempedu yang membawa kepada pencernaan.
- X-ray dan ultrabunyi abdomen: Untuk memeriksa sama ada terdapat sebarang sumbatan pada perut anda.
Bagaimana pesakit Dispepsia dirawat?
Rawatan yang diterima bertujuan untuk mengurangkan simptom dispepsia, membantu anda merasa lebih baik dan untuk merawat punca masalah. Ubat yang ditetapkan doktor dan terapi bantuan lain akan bergantung kepada punca dispepsia.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Dispepsia?
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani dispepsia:
- Makan makanan dengan kuantiti yang berpatutan.
- Elakkan makan pada lewat malam jika anda mengalami masalah pencernaan pada waktu tidur.
- Elakkan makanan pedas dan makanan berlemak yang boleh menyebabkan pedih ulu hati.
- Cuba makan dengan perlahan.
- Cuba berhenti atau kurangkan merokok.
- Kekalkan berat badan yang sihat.
- Kurangkan pengambilan kopi, minuman ringan, dan alkohol.
- Bincangkan dengan doktor anda untuk menggantikan ubat-ubatan yang menyebabkan perengsaan lapisan perut, seperti NSAIDs dan aspirin.
- Kurangkan stres dalam kehidupan seharian.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen