Definisi
Apa itu Disfagia?
Esofagus adalah tiub berotot yang menghubungkan tekak (farinks) dengan perut. Panjang esofagus adalah kira-kira 20 cm, dan dilapik oleh tisu merah jambu lembab yang dipanggil mukosa. Esofagus berada di belakang salur udara (trakea) dan jantung, dan di depan tulang belakang. Sebelum memasuki perut, esofagus melalui diafragma.
Disfagia (kesukaran menelan) bermakna memerlukan lebih banyak masa dan usaha untuk mengerakkan makanan atau cecair dari mulut ke perut anda. Ia biasanya menandakan adanya masalah dengan kerongkong atau esofagus – tiub berotot yang menggerakkan makanan dan cecair dari belakang mulut ke perut anda, yang berlaku apabila anda makan terlalu cepat atau tidak mengunyah makanan anda dengan cukup baik, biasanya ianya tidak perlu dibimbangkan. Walau bagaimanapun, disfagia yang berterusan mungkin menunjukkan keadaan perubatan yang serius yang memerlukan rawatan.
Apakah kebarangkalian Disfagia?
Disfagia adalah perkara biasa. Walaupun masalah disfagia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, ia adalah yang paling biasa di kalangan orang dewasa, bayi, dan orang yang mempunyai masalah otak atau sistem saraf. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Disfagia?
Tanda-tanda dan simptom-simptom disfagia adalah:
- Merasa sakit ketika menelan (odinofagi);
- Tidak dapat menelan;
- Mempunyai rasa makanan yang tersangkut dalam tekak atau dada anda atau di belakang tulang dada anda (sternum);
- Air liur meleleh;
- Menjadi garau;
- Makanan naik ke atas kembali (regurgitasi);
- Mengalami pedih ulu hati yang kerap;
- Makanan atau asid perut naik kembali ke kerongkong anda;
- Kehilangan berat badan secara mendadak;
- Batuk atau gatal ketika menelan;
- Perlu memotong makanan menjadi kepingan yang lebih kecil atau mengelakkan makanan tertentu kerana masalah menelan.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sebarang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen