backup og meta

4 Makanan Penyebab Gastrik Pedih Ulu Hati Berlaku! (Dan 2 Tip Untuk Elak)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 04/07/2022

    4 Makanan Penyebab Gastrik Pedih Ulu Hati Berlaku! (Dan 2 Tip Untuk Elak)

    Orang yang mengalami gastrik pedih ulu hati atau asid refluks mempunyai perasaan tidak selesa dan membakar di bawah dada.

    Kadang-kadang, keadaan ini disebabkan oleh tekanan dan kedudukan terbaring, namun, selalunya berlaku disebabkan diet.

    Makanan manakah penyebab gastrik pedih ulu hati?

    Makanan yang menyebabkan gastrik pedih ulu hati mungkin berbeza dengan orang yang berbeza.

    Walau bagaimanapun, secara amnya, anda harus menukar diet anda apabila ia termasuklah:

    1. Makanan berasid

    Oren, tomato atau anggur adalah makanan berasid tinggi dan perlu dielakkan apabila anda sering mengalami pedih ulu hati.

    Ia mencetuskan pedih ulu hati, terutama bila diambil semasa perut kosong.

    2. Makanan berlemak

    gastrik pedih ulu hati

    Makanan tinggi lemak bersama dengan hidangan besar juga penyebab asid fluks kembali daripada perut anda.

    Makanan berlemak biasanya mengambil masa yang lama untuk dicerna dan begitu juga makanan dalam posisi yang besar.

    Semakin lama ia di dalam perut anda, lebih banyak asid refluks yang dihasilkan oleh perut anda, menjadikannya cecair.

    3. Makanan panas dan pedas

    Makanan panas dan pedas juga punca pedih ulu hati.

    Makanan mengandungi lada, cili atau rempah lain perlu dielakkan, atau sekurang-kurangnya, diambil dalam jumlah yang kecil.

    Bawang putih dan merah juga mencetuskan pegih ulu hati bagi sesetengah kes.

    4. Minuman beralkohol dan berkafein

    Dua bahan mungkin menyebabkan pedih ulu hati kerana ia mengawal sfinkter, menjadikannya lebih tenang atau lemah, yang membolehkan asid perut mengalir kembali ke kerongkong anda.

    Bagaimana mengelak makanan gastrik pedih ulu hati?

    Dalam usaha mengelak gejala gastrik pedih ulu hati berlaku dan berulang pada anda, terdapat beberapa tip yang mungkin anda boleh cuba:

    1. Cari makanan yang tepat

    gastrik pedih ulu hati

    Makanan ini termasuk roti, buah segar, sayur hijau dan ikan.

    Pedih ulu hati disebabkan oleh tingginya jumlah asid dalam perut yang bergerak ke kerongkong anda.

    Asid termasuk makanan yang dihasilkan secara dalaman dan makan yang anda ambil, cuba kurangkannya dengan pengambilan makanan berasid dan berlemak rendah akan membantu mengurangkan simptom pedih ulu hati.

    2. Tambah beberapa herba

    gastrik pedih ulu hati

    Herba seperti pasli dan jintan hitam akan membantu mencegah fluks.

    Ia mudah dicampur dengan hidangan anda dan juga memberi banyak manfaat kesihatan termasuk meningkatkan penghadaman dan berfungsi sebagai rawatan untuk perut bermasalah.

    Aloe vera dan halia juga merupakan agen yang boleh membantu untuk mengelakkan pedih ulu hati.

    Selain itu, makanan seperti ayam panggang, kentang panggang, roti bakar, atau keju kotej, adalah selamat jika anda mengalami masalah pedih ulu hati.

    Berikan perhatian kepada plan diet anda dan mengawasinya kerana ia berbeza daripada orang lain apabila ia berkaitan dengan penyebab pedih ulu hati.

    Ambil perhatian dan elakkan makanan yang menyebabkan fluks asid, tambahkan lagi hidangan yang anda tahu ia selamat untuk anda.

    Perlu diingatkan bahawa menambahkan beberapa makanan selamat untuk diet anda tidak menunjukkan apa-apa yang baik jika anda terus memakan makanan yang tinggi asid dan lemak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan