backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

7 Simptom Ini Petanda Anak Alami Masalah Pedih Ulu Hati

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 02/08/2023

    7 Simptom Ini Petanda Anak Alami Masalah Pedih Ulu Hati

    Pedih ulu hati yang merupakan sensasi terbakar atau ketidakselesaan pada bahagian dada biasanya berlaku pada orang dewasa terutamanya selepas makan hidangan dalam kuantiti banyak atau pedas. Namun, sakit ulu hati pada anak juga boleh terjadi.

    Menurut beberapa anggaran, kira-kira 2 peratus (%) kanak-kanak berusia 3 hingga 9 tahun dan 5% kanak-kanak berusia 10 hinggan 17 tahun mengalami pedih ulu hati.

    Simptom ini juga boleh bermula pada usia bayi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Punca sakit ulu hati pada anak

    Pedih ulu hati pada bayi dan kanak-kanak biasanya merupakan tanda refluks gastroesofagus yang juga dikenali sebagai GERD  atau refkuks. Keadaan ini berlaku apabila asid perut naik ke esofagus (tiub yang menghubungkan mulut ke perut). 

    Terdapat otot di bahagian bawah esofagus iaitu lower esophageal sphincter (LES) yang biasanya memelihara asid dalam perut.

    Tetapi jika LES melegakannya terlalu banyak, asid perut yang keras boleh naik dan merengsakan lapisan halus esofagus. Keadaan ini menyebabkan pedih ulu hati dan simptom lain.

    Bagi kanak-kanak kecil punca pedih ulu hati biasanya disebabkan saluran pencernaan yang tidak matang.

    Manakala bagi kanak-kanak dewasa, risikonya adalah berat badan berlebihan, pendedahan kepada asap rokok dan jenis makanan tertentu seperti makanan pedas.

    Kanak-kanak mempunyai keadaan neurologi seperti cerebral palsy juga berisiko tinggi mendapat pedih ulu hati.

    Baca juga:

    Simptom pedih ulu hati bayi dan kanak-kanak

    Sakit ulu hati pada anak ini melibatkan sensasi terbakar dibahagian dada, leher dan tekak. Ia boleh bertahan sehingga 2 jam dan cenderung menjadi lebih teruk selepas makan.

    Bagi bayi dan kanak-kanak, GERD boleh menyebabkan masalah semasa dan selepas makan, termasuk:

    • Kerap regurgitasi atau muntah terutamanya selepas makan
    • Tersedak atau berdehit (jika kandungan refluks masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru)
    • Sendawa atau sedu yang basah
    • Meludah yang berterusan melebihi tahun pertama kanak-kanak (apabila ia berhenti untuk kebanyakan bayi)
    • Kerengsaan atau menangis yang tidak dapat dipujuk selepas makan
    • Enggan makan atau hanya makan sedikit
    • Kegagalan menambahkan berat badan

    sakit ulu hati pada anak

    Komplikasi GERD

    Sesetengah kanak-kanak mengalami komplikasi daripada GERD. Refluks asid perut yang berterusan boleh menyebabkan:

    • Masalah pernafasan (jika kandungan perut memasuki trakea, paru-paru atau hidung)
    • Kemerahan dan kerengsaan di esophagus, keadaan yang dipanggil esophagitis
    • Pendarahan di kerongkong
    • Tisu parut di esophagus, yang menyebabkan kesukaran menelan

    Komplikasi ini boleh menyebabkan kesakitan ketika makan. GERD boleh mengganggu pemakanan yang betul. Jadi, jika anak anda tidak mendapat berat badan seperti yang dijangkakan atau kehilangan berat badan, penting untuk berbincang dengan doktor anda.

    Diagnosis sakit ulu hati pada anak

    Ia selalunya sukar untuk mendiagnosis pedih ulu hati dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Ini kerama mereka mempunyai kesukaran untuk mengenal pasti simptomnya berbanding dewasa.

    Sekiranya anak anda menunjukkan sebarang simptom GERD, segera berjumpa doktor untuk rawatan. Ujian untuk pedih ulu hati yang disebabkan oleh GERD termasuk:

    • Suntikan atas GI (gastrousus). Setelah anak anda minum cecair kapur yang mengandungi bahan kontras (barium), sinar-X akan diambil dari esofagus, perut, dan sebahagian usus.
    • Endoskopi. Ketika kanak-kanak sedang sedasi, tiub fleksibel dengan kamera dimasukkan melalui mulut ke dalam esofagus dan perut. Ia membolehkan doktor melihat kawasan berkenaan dan mengeluarkan sampel tisu (biopsi) jika perlu.
    • Probe pH esophageal. Doktor memasukkan tiub fleksibel nipis melalui hidung kanak-kanak dan masuk ke esofagus untuk menguji tahap asid di esofagus.
    • Kajian pengosongan gastrik. Selepas anak anda meminum susu yang mengandungi bahan radioaktif khas, doktor menggunakan kamera untuk melihat bahan bergerak melalui saluran pencernaan.

    Merawat sakit ulu hati pada anak

    Rawatan bergantung kepada usia kanak-kanak dan punca berlakunya pedih ulu hati.

    sakit ulu hati pada anak

    Bagi bayi, kadang-kadang doktor mencadangkan pemekatan formula atau susu ibu dengan satu sudu oat atau bijirin bagi mengurangkan refluks. Kedudukan bagi dalam keadaan menegak (duduk atau dipegang tegak) semasa penyusuan juga boleh membantu.

    Sakit ulu hati pada anak dapat dilegakan dengan mengelakkan makanan dan minuman yang mencetuskan gejala GERD, termasuk:

    • Buah-buahan sitrus
    • Coklat
    • Makanan dan minuman berkafein
    • Makanan berlemak dan goreng
    • Bawang putih dan bawang
    • Makanan pedas
    • Makanan berasaskan tomato dan sos
    • Peppermint

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 02/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan