Bagi sesetengah pesakit kolostomi atau ileostomi, stoma mungkin bersifat sementara yang membolehkan usus sembuh sebelum stoma diterbalikkan ke dalam badan. Tempoh masa sebelum pembalikan berbeza tetapi kebanyakan selepas tiga bulan.
Bolehkah Pesakit yang Memakai Stoma Berpuasa?
Pesakit yang memakai stoma mungkin berasa was-was melaksanakan ibadah disebabkan keadaan mereka yang sentiasa memakai beg stoma yang menjadi saluran keluar najis.
Dari segi hukum agama, fatwa yang dikeluarkan Jawatan Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam pada tahun 2007 sendiri sudah mengesahkan bahawa pesakit stoma boleh melaksanakan solat dengan beg stoma asal sahaja najis tidak terkeluar dari beg stoma dan mengenai pakaian. Mereka dianggap mengalami masalah darurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosongkan atau membersihkan beg stoma setiap kali berwudhu’ atau menunaikan solat.
Dari segi kesihatan pula, kajian pada terhadap kualiti hidup dan status nutrisi pesakit memakai stoma yang berpuasa mendapati bahawa Puasa Ramadan tidak menjejaskan kualiti hidup mereka. Kajian yang dilakukan ke atas pesakit kanser yang perlu memakai stoma ini mendapati, berpuasa mungkin menurunkan tahap prealbumin (protein) dalam darah tetapi tidak menjejaskan status nutrisi pesakit dengan ketara. Kebanyakan pesakit yang memilih untuk berpuasa juga menyatakan mereka akan berasa sedih jika tidak diizinkan berpuasa. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa walaupun puasa mungkin menurunkan kadar prealbumin, mereka yang mempunyai stoma dan status pemakanan yang baik boleh menentukan sendiri sama ada mahu berpuasa atau tidak.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen