backup og meta

Petua Kecutkan Buasir Yang Popular, Sapu Minyak Gamat, Berkesan Ke?

Petua Kecutkan Buasir Yang Popular, Sapu Minyak Gamat, Berkesan Ke?

Jika anda perasan di enjin carian Google, ada banyak iklan-iklan yang menjual minyak atau krim gamat untuk rawatan kecutkan buasir. Minyak gamat ini dikatakan sebagai salah satu petua kecutkan buasir.  

Persoalannya, adakah kegunaan minyak gamat benar-benar boleh mengecutkan buasir anda?

Kenapa boleh kena buasir? Berapa lama buasir akan kecut? Adakah buasir boleh hilang?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Apa itu buasir?

Kenapa boleh kena buasir? Berapa lama buasir akan kecut? Adakah buasir boleh hilang?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut berkenaan keberkesanan minyak gamat dalam rawatan kecutkan buasir, kita mestilah memahami apakah maksud buasir itu sendiri.

Buasir adalah urat bengkak yang terletak di sekitar dubur atau di rektum bawah. Kira-kira 50% orang dewasa akan mengalami gejala buasir pada usia 50 tahun.

Buasir boleh terdiri daripada buasir dalaman atau luaran. Buasir dalaman berkembang di dalam dubur atau rektum. Buasir luaran pula terjadi di luar kawasan dubur. 

Buasir luar adalah yang paling biasa berlaku dan paling menyakitkan. Buasir yang terbentuk boleh menyebabkan rasa sakit, gatal yang teruk, dan sukar untuk duduk.

Namun, anda tidak perlu risau kerana keadaan buasir ini masih lagi boleh dirawat.

Apakah puncanya?

Punca sebenar yang menyebabkan terjadinya buasir masih tidak dapat dikenal pasti secara tepat. Namun, terdapat beberapa faktor yang memungkinkannya untuk terjadi, antaranya:

Petua kecutkan buasir luar melalui minyak gamat berkesan?

Adakah buasir boleh hilang?

Produk berasaskan gamat telah lama bertapak dan diguna pakai oleh masyarakat di negara ini untuk pelbagai tujuan. Ia lebih sinonim dengan fungsinya sebagai penyembuh luka selain memulihkan kesihatan tubuh badan.

Kajian ada menyatakan gamat mempunyai kandungan nutrisi yang bertindak sebagai antibakteria, antikulat dan antiradang.

petua kecutkan buasir
Beza jenis dan tahap buasir.

Namun, masih banyak kajian mendalam diperlukan untuk memastikan bahawa gamat ini mempunyai nilai perubatan seperti yang sering didakwa.

Timbul juga beberapa persoalan berkenaan petua kecutkan buasir melalui penggunaan minyak gamat.

Untuk pengetahuan anda, sehingga hari ini, tiada kajian yang boleh mengesahkan berkenaan petua kecutkan buasir melalui penggunaan minyak gamat.

Tidak terdapat kajian yang benar-benar membuktikan keberkesanan kegunaan minyak gamat atau krim gamat dalam merawat buasir, terutamanya buasir luaran.

Petua kecutkan buasir melalui kegunaan minyak gamat ini hanyalah berdasarkan kepada testimoni pengguna semata-mata, bukanlah kajian analisis secara mendalam berkenaan keberkesanannya secara khusus terhadap buasir. 

Petua kecutkan buasir luar, apa boleh dilakukan? 

petua kecutkan buasir
Tuala basah boleh digunakan untuk legakan buasir luar.

Sekiranya anda berada di rumah, ini beberapa perkara yang boleh dilakukan jika berlakunya buasir:

  • Mandi sitz. Ini melibatkan mandian dengan merendam kawasan daripada pinggang hingga dubur ke dalam air suam. Untuk lebih melegakan keadaan buasir yang dialami, anda boleh menambahkan sedikit garam Epsom ke dalam air
  • Gunakan tisu basah untuk mengelap dubur. Tisu tandas mempunyai tekstur yang agak kasar dan boleh menyebabkan iritasi pada buasir luar. Cuba gunakan tuala lembap atau tisu basah sebagai ganti 
  • Gunakan pek sejuk atau pek ais. Balut pek sejuk dengan tuala dan duduk di atasnya untuk mengurangkan keradangan dan memberikan kelegaan pada kawasan tersebut. Lakukannya tidak lebih daripada 20 minit dalam satu-satu masa
  • Elakkan meneran atau duduk di tandas dalam jangka masa yang lama. Ini boleh memberi lebih banyak tekanan pada buasir
  • Gunakan produk daripada farmasi. Anda juga boleh menggunakan krim topikal untuk buasir luaran

Anda juga perlu melakukan beberapa perkara untuk melembutkan najis anda. Najis yang keras hanya akan menyebabkan iritasi atau keradangan yang berpanjangan pada buasir, lalu menyebabkan pendarahan.

Antara cara untuk melembutkan najis anda ialah:

  • Kekal hidrat. Minum banyak air sepanjang hari untuk mengelakkan sembelit
  • Makan lebih banyak serat. Cuba secara beransur-ansur menambahkan lebih banyak makanan berserat tinggi ke dalam makanan anda, seperti biji-bijian, sayur-sayuran, dan buah-buahan segar. Ini dapat membantu mencegah sembelit dan najis tidak teratur
  • Ambil pelembut najis. Sekiranya anda mengalami sembelit, cubalah mengambil pelembut najis yang boleh didapati di farmasi
  • Gunakan suplemen serat. Sekiranya anda memerlukan bantuan tambahan untuk memastikan anda tidak mengalami sembelit, anda juga boleh mengambil suplemen serat, seperti metilselulosa atau sekam psyllium. Anda boleh membeli suplemen serat ini di kaunter farmasi
  • Melakukan aktiviti fizikal setiap hari. Kekal aktif setiap hari boleh mengurangkan kadar sembelit yang dialami

Dapatkan rawatan di hospital

Sekiranya rawatan di rumah tidak memberikan kelegaan kepada anda, terdapat beberapa rawatan pembedahan yang dapat membantu anda mengatasi masalah buasir ini.

Ini termasuklah kaedah ligasi gelang getah (rubber band ligation).

Ligasi gelang getah melibatkan penggunaan gelang getah kecil ke pangkal buasir dalaman. Ia akan menyekat aliran darah, yang pada akhirnya menyebabkan buasir mengecut dan mengecil.

Kesimpulan


Kini anda telah tahu kaedah atau petua kecutkan buasir yang sebenar. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hemorrhoids and what to do about them. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/hemorrhoids_and_what_to_do_about_them. Accessed Aug 3, 2021.

Hemorrhoids. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hemorrhoids/symptoms-causes/syc-20360268. Accessed Aug 3, 2021.

Treatment of Hemorrhoids. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/hemorrhoids/treatment. Accessed Aug 3, 2021.

Hemorrhoids: Diagnosis and Treatment Options. https://www.aafp.org/afp/2018/0201/p172.html. Accessed Aug 3, 2021.

Gamat. http://www.myhealth.gov.my/gamat/. Accessed Aug 3, 2021.

5 Simple Ways You Can Prevent Hemorrhoids. https://health.clevelandclinic.org/5-simple-ways-you-can-prevent-hemorrhoids/. Accessed Aug 3, 2021.

Versi Terbaru

20/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Selain Tanda Lapar, Ada 4 Lagi Sebab Lain Perut Anda Tiba-Tiba Berbunyi!

Ada Banyak Punca Perut Kerap Masuk Angin? Lakukan 7 Cara Ini, Gerenti Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan