Pernah tak anda mengalami sakit kaki kiri atau kanan? Tahu tak apa sebabnya? Ini kerana ramai pesakit yang mengalaminya tidak segera mendapatkan rawatan profesional hingga ia melumpuhkan pergerakan mereka.
Menurut laporan kajian Understanding the nature and mechanism of foot pain, Garrow et al. mendapati bahawa kesakitan kaki yang paling kerap dilaporkan adalah melibatkan bahagian:
- tengah kaki/lengkung (25.6%)
- kepala metatarsal pertama (20.2%)
- jari kaki (15.9%)
- permukaan tumit (15.5%)
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang/Otot, sila dapatkannya di sini.
Sakit kaki kiri dan kanan- Ini yang biasa terjadi
Kenapa kaki kita rasa sakit? Anda boleh lihat simptom sakit saraf kaki di bawah ini:
Sakit kaki atau ketegangan lengkung (arch)
Istilah sakit lengkung atau tengah kaki sering disebut sebagai ketegangan lengkung yang mana merujuk kepada keradangan atau rasa terbakar di kawasan itu.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kesakitan seperti ketidakseimbangan struktur atau kecederaan kaki mungkin menjadi salah satu faktor.
Fasciitis plantar
Fasciitis plantar adalah salah satu penyebab sakit kaki kiri dan sakit kaki sebelah kanan yang paling biasa terjadi. Ia berikutan kerengsaan tisu tebal yang dipanggil plantar fascia, di bahagian bawah kaki.
Ia menghubungkan tulang tumit ke jari kaki anda. Orang dengan fasciitis plantar mengalami kesakitan di bahagian bawah kaki, biasanya berhampiran bahagian dalam tumit.
Ketidakselesaan dengan plantar fasciitis adalah lebih biasa pada waktu pagi dan semasa melakukan senaman ringan seperti berjalan.
Metatarsalgia
Metatarsalgia adalah keadaan yang digunakan untuk menggambarkan keadaan kaki yang menyakitkan di kawasan metatarsal, atau ball-of-the-foot. Ia dipanggil metatarsalgia kerana tulang di kawasan kaki ini dinamakan metatarsal.
Dengan melompat atau menjalankan aktiviti berat, maka ia punca tulang metatarsal menjadi bengkak dan sakit.
Tarsal Tunnel Syndrome
Keadaan ini berlaku apabila saraf utama yang pergi ke kaki ditekankan oleh tulang atau tisu.
Keadaan ini sama seperti di pergelangan tangan yang disebut “scarpal tunnel syndrome.”
Turf Toe
Turf toe adalah lekuk di pangkal jari kaki. Ia berlaku apabila kaki besar membongkok di luar jangkauan gerakan normalnya. Ini sering terjadi ketika menendang bola.
Fakta
Sakit kaki ini boleh menyebabkan koyakan dalam ligamen yang menyokongnya.
Sakit dengan turf toe dialami semasa berjalan atau semasa melakukan aktiviti tertentu. Anda juga mungkin mengalami kekejangan kaki dengan turf toe.