Definisi
Apa itu Kecederaan Hamstring?
Kecederaan hamstring berlaku apabila otot hamstring (kumpulan otot di belakang peha) ditarik atau ditegangkan. Bergantung kepada tahap kerosakan hamstring, kecederaan dibahagikan kepada 3 gred:
- Gred 1: ketegangan ringan pada otot;
- Gred 2: koyak pada sebahagian otot;
- Gred 3: koyak pada keseluruhan otot.
Apakah kebarangkalian Kecederaan Hamstring?
Kecederaan hamstring sangat kerap berlaku dalam atlet yang melakukan aktiviti sukan lasak seperti berlari, bola sepak dan bola keranjang. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Kecederaan Hamstring?
Simptom kecederaan hamstring berbeza bergantung kepada tahap atau gred kecederaan:
- Gred 1: anda akan merasa sedikit sakit dan nyeri pada belakang peha atau sukar menggerakkan kaki.
- Gred 2: anda akan merasa lebih sakit dan nyeri, serta belakang peha mungkin menjadi bengkak dan lebam dalam kes tertentu.
- Gred 3: anda mungkin merasa sangat sakit dan nyeri dengan bengkak dan lebam, di samping rasa pantulan (bouncing) pada kaki yang tercedera dan tidak dapat menggunakannya.
Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Kecederaan hamstring yang ringan boleh disembuhkan dengan rawatan di rumah. Bagaimanapun, anda perlu mendapatkan bantuan perubatan jika anda tidak boleh meletakkan sebarang beban pada kaki atau tidak dapat melangkah tanpa rasa sakit.
Punca
Apakah Punca Kecederaan Hamstring?
Kecederaan hamstring berlaku apabila otot hamstring ditarik dan direnggangkan melebihi hadnya.
Atlet lebih cenderung mengalami kecederaan hamstring, tetapi ia boleh berlaku kepada sesiapa pun. Anda mungkin mengalami kecederaan hamstring jika melakukan pergerakan mengejut pada otot, seperti melompat atau sebarang aktiviti yang boleh merenggangkan otot tersebut secara berlebihan.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kecederaan Hamstring?
Terdapat banyak faktor risiko bagi kecederaan hamstring, seperti:
- Bermain sukan yang boleh merenggangkan otot hamstring secara berlebihan.
- Pernah mengalami kecederaan hamstring sebelum ini.
- Otot yang kurang fleksibel mempengaruhi respon otot kepada pergerakan ketika aktiviti.
- Ketidakstabilan antara depan dan belakang otot boleh menyebabkan kecederaan hamstring.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Kecederaan Hamstring didiagnosis?
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk menguji pergerakan dan mencari sebarang bengkak atau lebam pada peha. Anda juga mungkin diminta melakukan pergerakan tertentu untuk mengenal pasti kawasan otot atau sendi yang cedera.
Jika kecederaan hamstring tersebut teruk, ujian pengimejan dapat membantu doktor untuk mengenal pasti sebarang kerosakan dalam tulang dan otot.
Bagaimana pesakit Kecederaan Hamstring dirawat?
Doktor akan membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak dengan saranan berikut:
- Rehatkan kaki yang cedera;
- Sediakan tongkat atau topang untuk mengelakkan kaki yang cedera menanggung berat anda:
- Mengenakan pek ais untuk meredakan sakit dan bengkak;
- Balut kaki yang cedera untuk mengurangkan bengkak
- Sediakan ubat tanpa preskripsi untuk mengurangkan sakit dan keradangan.
Jika otot anda didapati telah beralih daripada posisinya, pembedahan akan diperlukan untuk menggantikan otot tersebut dan membetulkan otot yang terkoyak.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecederaan Hamstring?
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani kecederaan hamstring:
- Rehatkan otot hamstring selepas mengambil bahagian dalam aktiviti untuk mengelakkan sakit dan bengkak;
- Segera mengenakan pek ais pada bahagian yang sakit;
- Balut kaki anda dengan kain pembalut untuk mengurangkan bengkak;
- Tinggikan kaki sewaktu berehat, angkat kaki lebih tinggi daripada jantung jika mungkin;
- Gunakan ubat penahan sakit tanpa preskripsi seperti ibuprofen dan acetaminophen.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.