backup og meta

Ruptur Tendon Achilles

Definisi

Apakah itu ruptur tendon achilles?

Ruptur tendon achilles merupakan kecederaan yang lazim berlaku kepada tendon yang menghubungkan otot betis ke tulang tumit.

Tendon achilles membantu anda menolak tumit daripada lantai dan menunjukkan ibu jari ke lantai supaya anda boleh melompat, berlari dan berjalan. Walaupun ia adalah jaluran tisu yang kuat, tendon achilles anda boleh terkoyak atau ruptur sekiranya anda terlebih merenggangkannya.

Anda mungkin atau tidak memerlukan pembedahan bergantung pada tahap kecederaan anda.

Apakah kebarangkalian ruptur tendon achilles?

Ruptur tendon achilles selalunya berlaku kepada ahli sukan, sama ada profesional ataupun amatur. Secara umumnya, kecederaan ini lazimnya berlaku kepada lelaki berusia 40 ke 50 tahun. Pesakit lelaki adalah lima kali ganda ramai berbanding wanita.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom ruptur tendon achilles?

Sekiranya tendon achilles anda ruptur, anda mungkin atau tidak mempunyai simptom di bawah ini:

  • Dengar bunyi meletup atau patah
  • Sakit atau bengkak di belakang kaki atau buku lali. Ia adalah simptom yang paling biasa terjadi apabila berlakunya kecederaan
  • Tidak boleh berjalan tanpa rasa sakit, terutamanya apabila anda cuba untuk menekan jari kaki
  • Tidak boleh menjengket
  • Otot betis membengkak

Mungkin terdapat simptom atau tanda yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang tanda tersebut, sila berhubung dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Hubungi doktor anda secepat mungkin sekiranya anda berasa sakit yang mencucuk di bahagian bawah betis, terutamanya jika anda tidak boleh berjalan dengan sempurna atau menolak jari kaki anda.

Punca

Apakah punca berlakunya ruptur tendon achilles?

Tendon Achilles terlibat di dalam setiap pergerakan kaki anda seperti berjalan, melompat, berlari, menjengket, dan sebagainya.

Jika tendon ini menerima stres yang banyak secara tiba-tiba, ia mungkin akan terkoyak sedikit atau sepenuhnya. Di dalam aktiviti harian anda, anda mungkin memaksa untuk membengkokkan kaki ke arah tulang kering atau dipukul pada tumit secara terus yang boleh mencederakan tendon achilles anda.

Kecederaan mungkin akan bertambah buruk sekiranya anda:

  • Tidak menghiraukan simptom atau lewat berjumpa doktor
  • Tidak mengikut arahan dan peringatan oleh doktor
  • Sambung bersukan atau aktiviti sukan sebelum habis waktu yang diberikan oleh doktor
  • Mengambil suntikan cortisone atau steroid pada sekitar tendon
  • Membuang atau merosakkan tuangan anda

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap ruptur tendon achilles?

Sekiranya anda menyertai sukan rekreasi yang memerlukan pergerakan kaki yang intensif selepas berehat panjang pada usia tersebut, anda mungkin akan mengoyakkan tendon Achilles anda.

Faktor lain yang boleh meningkatkan risiko ruptur tendon achilles termasuklah:

  • Suntikan melegakan kesakitan. Jika anda menyuntik steroid pada buku lali untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan, steroid boleh melemahkan tendon di sekitarnya
  • Preskripsi antibiotik. Jika anda menggunakan ubat tertentu seperti antibiotik quinolone, kesan sampingannya mungkin boleh menjadikan tendon achilles anda berisiko untuk tercedera

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah ruptur tendon achilles didiagnosis?

Doktor akan menggunakan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal untuk mendiagnosis ruptur tendon Achilles. Ujian lain yang dilakukan adalah ujian Thompson, atau ujian memicit. Jika tendon Achilles anda ruptur, buku lali anda tidak akan bertindak balas seperti biasa apabila doktor memicit otot betis anda.

Bagaimanakah ruptur tendon achilles dirawat?

Pembedahan adalah rawatan yang lazim dilakukan kepada ruptur tendon Achilles. Pembedahan ini akan menjahit tendon yang cedera bersama-sama. Kemudian, doktor anda akan membendung kaki dengan tuangan dalam beberapa posisi.

Walaupun begitu, sekiranya kecederaan anda tidak terlalu serius dan tendon boleh sembuh dengan sendirinya tanpa perlu dibedah, doktor mungkin akan mencadangkan tuangan untuk tiga bulan, dengan dua kali tukaran tuangan.

Dalam kedua-kedua rawatan, anda mungkin perlu memakai pelapik tumit atau kasut tumit tinggi buat seketika selepas tuangan dibuang.

Ia mengambil masa sehingga enam bulan untuk tendon anda sembuh sepenuhnya. Anda tidak boleh memaksanya, tetapi terapi fizikal dan senaman adalah pilihan yang bagus untuk memendekkan masa penyembuhan.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani ruptur tendon achilles?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan ini mungkin boleh membantu anda menangani ruptur tendon achilles:

  • Mengambil ubat tahan sakit mengikut arahan
  • Melindungi tuangan anda
  • Mengikuti terapi fizikal dan senaman yang diarahkan untuk memulihkan kekuatan otot dan julat pergerakan buku lali anda
  • Menghubungi doktor anda jika anda mempunyai sakit yang teramat pada betis atau sebarang masalah pada buku lali
  • Jika anda mempunyai koyak yang sedikit, anda harus mengikuti program rehabilitasi dengan sepenuhnya. Koyak sepenuhnya pada tendon adalah berkemungkinan sekiranya ia mempunyai stres yang melampau

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kerap Diserang Sakit Belakang Selepas Bangun Tidur? Pakar Kongsi Petua Atasinya!

Untuk Ibu-Ibu Yang Selalu Alami ‘Demam Urat’, Buat 6 Petua Ini Untuk Legakannya!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan