Definisi
Apa itu Patah Jari Kaki?
Jari kaki patah biasanya berlaku apabila anda menjatuhkan sesuatu di kaki anda atau apabila jari kaki anda tersadung pada sesuatu.
Dalam kebanyakan kes, jari kaki patah boleh dihalang pergerakannya dengan melekatkannya dengan pita pelekat pada jari kaki di sebelah. Tetapi jika keretakannya teruk – terutamanya jika ia melibatkan ibu jari kaki anda – anda mungkin memerlukan kas plaster atau mungkin pembedahan untuk memastikan jari kaki anda yang patah sembuh dengan betul.
Rawatan jari kaki patah kebanyakannya boleh sembuh dengan baik, biasanya dalam tempoh empat hingga enam minggu. Kadangkala, bergantung kepada lokasi tepat kecederaan dan keterukannya, jari kaki yang patah mungkin dijangkiti atau menjadi lebih terdedah kepada osteoartritis pada masa akan datang.
Apakah kebarangkalian Patah Jari Kaki?
Keadaan ini adalah lazim. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Patah Jari Kaki?
Tanda-tanda umum bagi jari kaki patah adalah:
- Rasa sakit
- Bengkak
- Warna menjadi pucat
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Punca
Apakah punca Patah Jari Kaki?
Dalam kebanyakan kes, jari kaki patah berlaku apabila anda menjatuhkan sesuatu yang berat pada kaki anda atau apabila jari kaki anda tersadung pada sesuatu yang tetap dan keras.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Patah Jari Kaki?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Patah Jari Kaki didiagnosis?
Seorang doktor akan bertanyakan beberapa soalan untuk menentukan bagaimana jari kaki itu cedera. Kemudian doktor akan memeriksa kaki yang cedera serta memastikan tiada kecederaan lain.
Adalah terbaik untuk segera mendapatkan perhatian perubatan, tidak lama selepas kecederaan berlaku untuk memastikan rawatan dan penyembuhan yang betul boleh berlaku.
Seorang doktor boleh mengambil x-ray untuk melihat jika jari kaki yang tercedera itu retak atau patah.
X-ray tidak semestinya diperlukan untuk membuat diagnosis jari kaki patah, terutamanya jika kecederaan berlaku pada salah satu jari kaki yang lebih kecil.
Bagaimana pesakit Patah Jari Kaki dirawat?
Ubat-ubatan
Kesakitan yang berkaitan dengan keretakan jari kaki yang sedikit biasanya boleh dilegakan dengan ubat-ubatan belian kaunter seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB, dan lain-lain), naproxen sodium (Aleve) atau acetaminophen (Tylenol, dan lain-lain). Ubat penahan sakit yang lebih kuat boleh ditetapkan oleh doktor jika kesakitan dari keretakan anda menjadi lebih teruk.
Pengurangan
Sekiranya fragmen tulang anda yang pecah/patah tidak dapat disesuaikan semula dengan baik, doktor anda mungkin perlu memanipulasi serpihan-serpihan itu semula ke dalam kedudukan yang sepatutnya – suatu proses yang disebut reduksi (reduction). Dalam kebanyakan kes, ini boleh dilaksanakan tanpa membuat potongan pada kulit anda. Pek ais atau anestetik yang disuntik boleh digunakan untuk melalikan jari kaki anda.
Menghalang pergerakan
Untuk sembuh dengan baik, tulang yang patah mesti dihalang pergerakannya supaya kedua-dua bahagian hujungnya dapat bersatu kembali. Contohnya termasuklah:
- Buddy taping. Sekiranya anda mengalami jari kaki patah yang sedikit di mana-mana jari kaki anda yang lebih kecil, doktor anda hanya boleh membalut jari kaki yang cedera ke jari kaki lain di sebelahnya. Jari yang tidak tercedera akan bertindak seperti penyangga. Sentiasa letakkan beberapa kain kasa di antara jari kaki sebelum merapatkannya bersama-sama untuk mengelakkan kerengsaan kulit.
- Memakai kasut bertapak keras. Doktor anda mungkin akan memberi preskripsi untuk kasut pasca pembedahan, yang mempunyai bahagian bawah tapak yang kaku dan bahagian atas tapak lembut, yang ditutup dengan jalur pengikat fabrik. Ini boleh menghalang kaki anda dari melentur dan memberikan lebih banyak ruang untuk menampung bahagian yang bengkak.
- Sekiranya serpihan jari kaki anda yang patah tidak akan melekat bersama, anda mungkin memerlukan kas pendakap kaki.
Pembedahan
Dalam sesetengah kes, pakar bedah mungkin perlu menggunakan pin, plat logam atau skru untuk mengekalkan kedudukan tulang anda semasa penyembuhan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Patah Jari Kaki?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani jari kaki patah:
- Menaikkan posisi kaki dan pek ais boleh membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan.
- Tampung kaki anda meninggi ke atas jika boleh supaya bahagian kecederaan anda lebih tinggi daripada jantung anda.
- Jika anda menggunakan pek ais, balutkannya dengan tuala supaya ia tidak bersentuh langsung dengan kulit anda, dan gunakannya hanya selama 20 minit dalam satu masa.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.