backup og meta

Kecederaan tendon Achilles

Definisi

Apa itu Kecederaan tendon Achilles?

Tendon Achilles ialah sebahagian daripada badan yang menghubungkan otot betis pada tulang tumit. Ia membolehkan anda untuk berdiri dan membantu anda berjalan atau berlari.

Dua kecederaan utama tendon ini ialah:

Achilles tendinopathy

Ini merujuk kepada koyakan kecil (microtear) pada tisu di dalam dan sekeliling tendon. Koyakan ini adalah berpunca daripada penggunaan berlebihan. Achilles tendinopathy juga dikenali sebagai Achilles tendinitis (radang tendon).

Tendon Achilles koyak

Tendon Achilles boleh koyak separuh atau koyak secara keseluruhan. Separa koyak boleh menyebabkan simptom sederhana atau tiada simptom yang muncul. Tetapi koyak keseluruhan akan menyebabkan kesakitan dan hilang kekuatan dan pergerakan secara tiba-tiba.

Kecederaan  berkaitan tendon Archilles ini sering berlaku secara tiba-tiba. Tetapi kebiasannya ia berpunca daripada koyakan kecil berulang kali yang berlaku dari semasa ke semasa.

Apakah kebarangkalian Kecederaan tendon Achilles?

Achilles tendinopathy lazim berlaku dalam kalangan lelaki yang berusia lebih 30 tahun. Kebanyakan kes koyak tendon Achilles berlaku dalam kalangan atlet berusia 30-50 tahun. Koyakan ini juga mungkin berlaku kepada orang tua. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kecederaan tendon Achilles?

Tanda-tanda dan simptom Achilles tendinopathy ialah:

  • Sakit tumit, pada bahagian tendon Achilles. Sakit sederhana atau sakit teruk.bengkak juga boleh terjadi pada bahagian tendon.
  • Berasa sakit apabila dipegang pada bahagian tendon. Sakit tersebut lebih ketara pada waktu pagi.
  • Kekakuan hilang apabila tendon digerakkan
  • Kekuatan dan pergerakan kaki

Tanda-tanda dan simptom Achilles koyak ialah

  • Sakit secara tiba-tiba, seperti pukulan secara terus pada tendon Achilles. Terdapat bunyi “pop” semasa tendon koyak. Kenudian diikuti dengan bengkak dan lebam.
  • Sakit tumit. (boleh menjadi teruk)
  • Tidak boleh memijak hujung jari pada kaki yang tercedera.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas, atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.

Punca

Apakah punca Kecederaan tendon Achilles?

Achilles tendinopathy lazimnya adalah kerana penggunaan berlebihan atau pergerakan berulang semasa bersukan, bekerja atau aktiviti-aktiviti lain.  

Tendon Achilles terkoyak pula biasanya disebabkan pergerakan kuat, secara tiba-tiba yang memberi tekanan kepada otot betis. Ini berlaku semasa aktiviti berlebihan atlet atau semasa larian atau lompatan biasa.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada kecederaan tendon Achilles?

Terdapat banyak faktor risiko bagi kecederaan tendon Achilles seperti:

Sukan dan aktiviti fizikal

Pergerakan berlebihan atau berulang kali boleh menyebabkan kecederaan dan melemahkan tendon Achilles. Bermain sukan meningkatkan risiko berlakunya kecederaan. Aktiviti- aktivit di tempat kerja (seperti pembinaan) dan di rumah (seperti berkebun) juga meningkatkan risiko anda untuk mendapat kecederaan tendon tersebut.

Kesalahan latihan sukan

Not warming up before running or other activities or suddenly changing your training program can increase your risk for injury.

Tidak memanaskan badan sebelum berlari atau melakukan aktiviti lain atau mengubah program latihan secara tiba-tiba boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat kecederaan.

Usia

Semakin anda bertambah umur, aliran darah ke bahagian tendon berkurang. Kebanyakan kes Achilles tendinopathy atau tendon terkoyak berlaku dalam kalangan individu berusia lebih daripada 30 tahun.

Berat badan

Risiko anda meningkat jika berat badan anda bertambah

Lelaki

Lelaki lebih cenderung untuk mengalami kecederaan pada tendon Achilles berbanding wanita.

Kasut

And berisiko tinggi untuk mendapat kecederaan apabila anda memakai kasut yang telah rosak, dan tidak menyokong kaki anda. Atau tidak melindungi tumit anda.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kecederaan tendon Achilles didiagnosis?

Jika doktor mengesyaki anda mengalami kecederaan tendon Achilles, mereka akan melakukan pemeriksaan dengan teliti untuk menentukan keadaan ini.

Ujian lain mungkin dilakukan untuk menjelaskan diagnosis atau sebagai persediaan sebelum pembedahan. Ujian -ujian ini antaranya ialah:

Ultrasound

It may be used to check whether there is a rupture of the tendon or signs of tendinopathy.

Ia mungkin digunakan untuk memeriksa jika terdapat tendon yang koyak atau tanda-tanda tendinopathy.

X-rays

Ia dapat membantu memeriksa tulang tumit.

Imbasan MRI

Ia boleh digunakan untuk memeriksa tendon jika terdapat tanda-tanda tendinopathy atau tendon yang terkoyak. MRI juga digunakan untuk menilai status tulang tumit anda.

Bagaimana pesakit Kecederaan tendon Achilles dirawat?

Rawatan untuk kecederaan tendon Achilles sederhana ialah rehat, ubat tahan sakit di luar kaunter (over-the-counter) dan senaman regangan. Anda juga memerlukan kasut yang selesa dan anda perlu mengubah cara anda bersukan  untuk mengurangkan tekanan pada tendon tersebut. Rawatan awal sangat berkesan dan boleh mencegah berlaku kecederaan lanjut. Kasut ortotik juga dapat membantu mengurangkan tekanan pada tendon anda.

Walaupun kes sederhana, ia mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk berehat supaya tendon tersebut sembuh. Adalah penting untuk bersabar dan tidak tergesa-gesa kembali melakukan aktiviti sukan yang akan memberi tekanan kepada tendon tersebut.

Rawatan untuk masalah teruk, seperti tendon terkoyak, melibatkan pembedahan atau penggunaan cast, penganduh, kekuda, boot berjalan, atau alat lain untuk menyokong kaki dan buku lali daripada bergerak. Senaman, sama ada di dalam terapi fizikal atau program pemulihan, boleh membantu kaki dan buku lali menjadi kuat dan fleksibel semula. Tendon tersebut mengambil masa selama beberapa minggu atau bulan untuk pulih semula.

Walaupun rawatan untuk kecederaan tendon Achilles mengambil masa yang agak lama, ia biasanya akan pulih sepenuhnya. Kebanyakan individu boleh kembali bermain dan melakukan aktiviti lain.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecederaan tendon Achilles?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani  kecederaan tendon Achilles:

Panaskan badan dan lakukan regangan

Sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan atau aktiviti lasak, panaskan badan secara perlahan-lahan selama 5 hingga 10 minit dengan berjalan atau berbasikal, kemudian lakukan senaman regangan

Sejukkan badan dan lakukan regangan

Selepas melakukan aktiviti lasak, sejukkan badan anda secara perlahan-lahan selama 5 minit dengan joging, berjalan atau berbasikal dan 5 minit untuk regangan.

Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti sukan atau aktiviti lasak yang anda tidak mampu

Pakai kasut yang melindungi tumit anda semasa melakukan aktivit sukan atau sebarang aktiviti berat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Achilles tendon problems.     http://www.webmd.com/a-to-z-guides/tc/achilles-tendon-problems-topic-overview#2. Accessed June 10, 2017.

Achilles tendon problems.  http://www.healthline.com/health/achilles-tendinitis. Accessed June 10, 2017.

Achilles tendon problems.  https://www.foothealthfacts.org/conditions/achilles-tendon-disorders. Accessed June 10, 2017

Versi Terbaru

19/10/2022

Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kerap Diserang Sakit Belakang Selepas Bangun Tidur? Pakar Kongsi Petua Atasinya!

Untuk Ibu-Ibu Yang Selalu Alami ‘Demam Urat’, Buat 6 Petua Ini Untuk Legakannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 19/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan