backup og meta

Jenis Kasut Berbeza yang Menjejaskan Kesihatan

Jenis Kasut Berbeza yang Menjejaskan Kesihatan

Anda mungkin tidak memberikan perhatian yang banyak kepada kasut anda, sekurang-kurangnya dari aspek kesihatan. Namun begitu, kasut yang kurang sesuai boleh menyebabkan banyak masalah yang tidak terhad kepada kaki anda.

Kasut tumit tinggi ultra-high

Kasut tumit tinggi ultra-high boleh menyebabkan buku lali terseliuh dan sakit kronik. Kasut tumit tinggi, sama ada sky high atau stail medium, diketahui menyebabkan benjolan yang menyakitkan di bahagian belakang tumit. Tekanan tumit tinggi yang diletakkan pada tempat ini menyebabkannya lebam, bengkak, lepuhan dan juga sakit Achilles.  Dengan menukar kasut dan memakai pad tumit mungkin dapat membantu melegakan kesakitan, namun benjolan ini berkekalan.

Masalahnya adalah pada posisi kasut tumit tinggi ultra-high yang meletakkan kaki di dalamnya. Kesemua tekanan diletakkan pada tapak kaki bahagian depan. Ini merupakan lokasi kritikal di mana tulang metatarsus yang panjang bertemu dengan tulang sesamoid yang bersaiz kacang pid dan tulang kaki (phalanges). Tekanan yang berlebihan boleh merosakkan tulang dan saraf. Dalam sesetengah keadaan, tekanan dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan fraktur halus. Satu-satunya penyelesaian adalah berjalan dengan menggunakan kasut tumit rendah. Pakar mengesyorkan ketinggian kasut seharusnya tidak melebihi daripada 5 cm. Walaupun bertumit 5 cm, ia tidak patut dipakai sepanjang masa.

Stilettos

Stilettos merupakan kasut bertumit tinggi dengan tumitnya yang sangat sempit. Keseluruhan berat anda diletakkan pada satu titik halus. Hal ini meningkatkan risiko anda untuk jatuh dan menyakitkan buku lali anda. Lebih baik anda memakai kasut bertumit dempak. Hal ini kerana ia mempunyai permukaan yang besar, membenarkan pembahagian berat badan yang sekata. Kasut bertumit dempak menyediakan lebih kestabilan seterusnya mengurangkan risiko anda untuk tersandung.

Ballet flats

Ballet flats tidak mempunyai struktur sokongan. Ia bukan sahaja mencegah kaki daripada berfungsi dengan baik, namun ia turut meningkatkan risiko masalah lutut, pinggul dan belakang badan. Sokongan lengkung yang tidak sempurna mungkin menyebabkan fasciitis plantar. Sekiranya anda masih mahu memakai ballet flats, anda harus membeli lapik dalam kasut dan pad tumit untuk menyediakan kaki anda dengan lebih banyak sokongan.

Selipar

Memandangkan selipar menawarkan liputan yang sangat sedikit, ia meletakkan anda risiko untuk terkena selumbar dan kecederaan makanan. Oleh itu, pesakit diabetes tidak sepatutnya memakai selipar bagi mengelakkan komplikasi yang terhasil daripada luka dan geseran. Selain itu, selipar hampir sama dengan ballet flats – tiada sokongan lengkung.

Kasut platform

Kasut platform mempunyai tapak kasut yang keras. Ia mengganggu mekanisme berjalan. Semasa anda berjalan, kaki anda perlu bengkok. Kasut platform menghalang kaki anda daripada membengkokkan kaki. Bayangkan semasa pergaduhan di mana kaki anda berusaha sebaik mungkin untuk membengkok tetapi kasut platform anda terus menggunakan tapaknya yang keras untuk memegang kaki anda. Hal ini tidak bagus. Kasut digunakan untuk sokongan, bukan untuk peperangan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Slideshow: The Worst Shoes for Your Feet. http://www.webmd.com/pain-management/ss/slideshow-worst-shoes-for-your-feet. Accessed April 27, 2017.

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Kerap Diserang Sakit Belakang Selepas Bangun Tidur? Pakar Kongsi Petua Atasinya!

Untuk Ibu-Ibu Yang Selalu Alami ‘Demam Urat’, Buat 6 Petua Ini Untuk Legakannya!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan