backup og meta

Ada Individu Terkena Serangan Jantung, Ini Rawatan Awal Yang Patut DiIakukan!

Ada Individu Terkena Serangan Jantung, Ini Rawatan Awal Yang Patut DiIakukan!

 Melihat kepada corak peningkatan kematian akibat masalah jantung, kita semua kena tahu rawatan serangan jantung agar ia tidak mengakibatkan kesan yang lebih teruk atau maut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

Ketika terkena serangan jantung, masa itu emas

Menurut rekod yang diambil dari Pangkalan Data Kardiovaskular Negara, purata usia bagi individu yang berisiko mendapat serangan jantung adalah sekitar 58 tahun. 

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, semakin ramai golongan muda yang didiagnosis dengan masalah kesihatan ini berikutan gaya hidup tidak aktif, pengambilan makanan tinggi gula dan lemak, dan lain-lain.

Menurut laman sesawang kesihatan Harvard, setinggi 10% insiden penyakit jantung berlaku pada golongan yang berusia di bawah 45 tahun.

Keadaan ini membuktikan bahawa golongan muda tidak boleh mengabaikan simptom awal yang dialami berkemungkinan disebabkan oleh sakit jantung.

Dalam konteks rawatan bagi mereka yang mengalami masalah jantung, masa adalah faktor paling utama.

Semakin cepat anda dirawat, semakin tinggi peratusan otot jantung dapat diselamatkan.

Semasa anda mengalami serangan jantung, bekalan darah kepada otot jantung terganggu.

Ini seringkali disebabkan oleh salur darah yang membawa nutrisi dan oksigen kepada otot jantung tersumbat.

Tanpa oksigen, jantung tidak dapat berfungsi dengan baik dan otot yang terlibat akan mula mengalami proses nekrosis (mati).

rawatan serangan jantung

Oleh sebab itulah mereka yang mengalami serangan jantung akan merasai sakit pada bahagian dada kecuali jika mereka mempunyai kencing manis yang tidak terkawal.

Dalam kalangan pesakit kencing manis tidak terkawal, saraf yang berada pada jantung sudah pun rosak.

Ini bermakna, mereka boleh hadir ke hospital untuk mendapatkan rawatan serangan jantung.

Kenali simptom serangan pada organ ini

Jika anda pernah menonton drama, pasti anda tahu bagaimanakah reaksi yang bakal ditunjukkan oleh pesakit ketika mengalami serangan jantung.

Mitos yang sering diuar-uarkan adalah pesakit yang mengalami serangan jantung akan mati dalam masa 5 hingga 10 minit.

Perkara tersebut tidak benar! Walaupun serangan organ ini amat digeruni ramai, namun pesakit kebiasaannya masih boleh bertahan untuk satu jangka masa yang lama tanpa rawatan serangan jantung.

Namun, keadaan tersebut berbahaya kerana ia boleh menyebabkan peningkatan pada jumlah sel jantung yang mati. Perkara ini boleh menyebabkan masalah jantung lemah.

rawatan serangan jantung

Antara simptom yang sering dikaitkan dengan masalah serangan jantung adalah:

  • Angina atau sakit pada bahagian dada. Simptom ini selalu disalah anggap sebagai simptom pedih ulu hati walhal ia merupakan tanda awal serangan jantung. Bagi segelintir individu, ia lebih kepada rasa tidak selesa pada bahagian dada dan bukan sakit
  • Kebas/sakit pada bahagian bahu kiri, lengan kiri, leher atau dagu
  • Perpeluhan 
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Rasa loya dan muntah
  • Pening kepala
  • Rasa berdebar-debar

Jika anda melihat kepada senarai simptom di atas, anda mungkin beranggapan bahawa mudah untuk mengenali simptom dan mengetahui rawatan serangan jantung.

Namun, ada individu (terutamanya wanita) yang boleh mengalami simptom yang seakan-akan bukan serangan jantung seperti:

Apa rawatan serangan jantung yang patut dilakukan?

rawatan serangan jantung

Oleh sebab masa merupakan penentu kepada tahap klinikal individu semasa mengalami serangan jantung, tindakan yang paling wajar dilakukan adalah untuk membawa penderita ke hospital dengan kadar segera.

Memang tindakan ini dianggap sebagai common sense namun bagi situasi tertentu, mereka yang mengalami simptom cenderung untuk meneruskan apa yang mereka sedang lakukan dan tidak menghiraukan simptom tersebut.

Perkara ini boleh menjejaskan tahap kesihatan jantung.

Oleh yang demikian, kita seharusnya lebih peka dengan simptom masalah jantung. Jika anda atau terdapat orang awam yang mengalami situasi ini, berikut rawatan serangan jantung:

  • Dapatkan bantuan kesihatan atau hantar individu yang mengalami sakit jantung ke hospital berdekatan
  • Jika tidak berkemampuan untuk bergerak kerana sakit atau keadaan lain, hubungi talian 999 atau minta orang awam untuk bawakan anda ke hospital berdekatan dengan kadar segera
  • Jangan memandu kereta semasa mengalami simptom sakit dada atau simptom masalah jantung yang lain
  • Jika anda tiada sejarah alergi kepada ubat aspirin, ambil pil aspirin 300 mg yang boleh dikunyah dengan kadar segera
  • Sebelum ambulans sampai, ikut langkah-langkah bantuan kecemasan yang diberikan melalui talian 999 jika perlu (contoh semasa situasi pesakit pengsan)
  • Jika pesakit mempunyai ubat glyceryl trinitrate, kemam sebiji di bawah lidah dan dapatkan bantuan perubatan dari hospital berdekatan
  • Perkara paling penting, jangan cuba cpr untuk serangan jantung jika anda tidak tahu cara yang betul

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Heart attack first aid. (https://medlineplus.gov/ency/article/000063.htm). Diakses pada 19 Februari 2020.
  2. Premature heart disease. (https://www.health.harvard.edu/heart-health/premature-heart-disease). Diakses pada 19 Februari 2020.
  3. Heart attack. (https://www.mayoclinic.org/first-aid/first-aid-heart-attack/basics/art-20056679). Diakses pada 19 Februari 2020.
  4. Learn first aid for someone who may be having a heart attack. (https://www.redcross.org.uk/first-aid/learn-first-aid/heart-attack). Diakses pada 19 Februari 2020.
  5. Heart attack. (https://www.sja.org.uk/get-advice/first-aid-advice/heart-conditions/heart-attack/). Diakses pada 19 Februari 2020.

Versi Terbaru

18/07/2023

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tekan Pergelangan Tangan Untuk Periksa Nadi? Ini Cara Yang Betul

Degupan Jantung Laju Normal Ke? Ini Punca Dan Rawatannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 18/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan