backup og meta

Senarai Semak Wajib Selepas Serangan Sakit Jantung

Senarai Semak Wajib Selepas Serangan Sakit Jantung

Serangan sakit jantung (atau infarksi miokardium akut) adalah penyakit serius yang berlaku apabila aliran darah ke jantung disekat, kebiasaannya disebabkan oleh pembentukan lemak, kolesterol dan bahan-bahan lain, yang membentuk plak di arteri yang mengalir ke jantung (arteri koronari). Aliran darah yang terganggu boleh mengakibatkan kerosakan sebahagian daripada otot jantung. Serangan sakit jantung boleh membawa maut, tetapi rawatan kecemasan telah bertambah baik secara dramatik sejak bertahun-tahun lamanya. Oleh itu, adalah penting untuk menghubungi 999 atau bantuan perubatan kecemasan jika anda mengesyaki anda mungkin mengalami serangan sakit jantung.

Selepas selamat daripada serangan sakit jantung, anda mungkin bergelut dengan kerisauan tentang episod serangan berulang. Ditambah pula dengan terlalu banyak perkara yang perlu anda pelajari tentang keadaan yang baru anda hadapi ini. Pelbagai ujian, penilaian risiko, pendidikan, dan permulaan terapi yang diperlukan untuk memastikan keadaan kesihatan anda baik selepas ini.

Walaupun pakar kesihatan akan memastikan anda menerima pengawasan dan penjagaan yang diperlukan, kesedaran anda dapat menyumbang kepada pencegahan pengulangan serangan sakit jantung berulang. Jadilah pesakit yang peka dengan mengambil tahu informasi penting berkaitan keadaan kesihatan anda.

senarai semak serangan jantung

Jika terdapat sebarang perkara yang anda atau doktor anda terlupa, anda boleh membangkitkannya berdasarkan senarai semak berikut:

Senarai Semak Selepas Serangan Sakit Jantung

1) Perubahan gaya hidup dan penerangan lain:

  • Saya telah diberi penerangan sepenuhnya mengenai tanda-tanda dan simptom serangan sakit jantung dan tindakan yang perlu diambil jika saya mengalami tanda-tanda atau simptom ini. ( ya / tidak )
  • Jika saya seorang perokok, saya telah diberi nasihat untuk berhenti, dan dirujuk kepada satu atau lebih program berhenti merokok. ( ya / tidak )
  • Saya telah diarahkan sepenuhnya untuk diet yang sesuai dengan keadaan jantung saya. ( ya / tidak )
  • Doktor saya telah bercakap dengan saya mengenai sama ada saya perlu menurunkan berat badan, dan berapa banyak berat badan yang harus saya turunkan. ( ya / tidak )
  • Saya telah menerima arahan aktiviti terperinci selama empat hingga enam minggu yang akan datang dan telah dirujuk ke program pemulihan jantung. ( ya / tidak )
  • Kepentingan senaman jangka panjang telah dijelaskan kepada saya. ( ya /tidak )
  • Doktor saya telah memaklumkan saya bila saya boleh meneruskan aktiviti seksual. ( ya / tidak )
  • Doktor saya telah memaklumkan saya bila saya boleh meneruskan memandu.   ( ya / tidak )

2) Penilaian risiko serangan jantung berulang dalam masa terdekat:

  • Status arteri koronari saya telah dinilai melalui kajian stres / thalium ( ya / tidak ) atau pengkateteran jantung.  ( ya / tidak )
  • Keadaan arteri koronari saya telah dijelaskan kepada saya seperti berikut: ………….
  • Rancangan untuk follow up status arteri koronari saya dari masa ke masa adalah: …………..

3) Penilaian tahap kerosakan jantung saya telah dinilai dengan:

  • Kajian tekanan / thalium ( ya / tidak )
  • Pengkateteran jantung ( ya / tidak )
  • Imbasan MUGA ( ya / tidak )
  • Ekokardiogram ( ya / tidak )

(Nota: sekurang-kurangnya satu daripada empat ujian ini perlu dilakukan untuk mengukur ejection fraction.)

  • Saya ( mempunyai / tidak mempunyai) beberapa tahap kegagalan jantung.

4) Nombor-nombor penting yang perlu saya tahu:

  • Profil lipid saya telah diukur, dan hasilnya adalah:
    • Jumlah kolesterol:
    • Kolesterol LDL
    • Kolesterol HDL
    • Trigliserida
  • Tekanan darah saya ialah:
  • Glukosa darah puasa (fasting blood glucose) saya ialah:
  • Fraksi ejeksi (ejection fraction) saya adalah:

(Nota: Jika fraksi ejeksi adalah 35 peratus atau lebih rendah, lihat # 6 di bawah.)

5) Nama dan dos ubat yang ditetapkan untuk saya:

  • Aspirin:
  • Ubat anti-platelet (seperti Plavix, Brilinta):
  • Penyekat beta:
  • Perencat ACE:
  • Spironolactone (jika fraksi ejeksi saya adalah 40 peratus atau kurang):
  • Statin:

Nota: Semua ubat-ubatan ini didapati membantu mencegah serangan jantung dan mengurangkan risiko kematian. Jika saya tidak menerima preskripsi untuk satu atau lebih ubat-ubatan ini, sebabnya ialah:

  • Saya telah berbincang dengan doktor saya sama ada saya perlu dirawat untuk tekanan darah tinggi. ( ya / tidak )
  • Saya telah berbincang dengan doktor saya sama ada saya perlu dirawat untuk diabetes atau pra diabetes. ( ya / tidak )

6) Mencegah kematian secara tiba-tiba

  • Jika fraksi ejeksi saya adalah 30 peratus atau kurang (atau jika saya mengalami kegagalan jantung dan fraksi ejeksi saya adalah 35 peratus atau kurang), saya telah dirujuk kepada ahli elektrofisiologi untuk membincangkan kemungkinan menggunakan implan defibrilator. ( ya / tidak )
  • Ahli keluarga saya telah dilatih dalam CPR. ( ya / tidak )

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.verywellhealth.com/a-post-heart-attack-checklist-1745322

Versi Terbaru

16/11/2021

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 13 Tanda Awal Kalau Jantung Ada Masalah, Semak Jika Anda Pernah Alaminya…

Jika Alami Sakit Dada Tengah Yang Tak Serius, Boleh Cuba 8 Cara Ini Untuk Legakannya!


Disemak secara perubatan oleh

Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 16/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan