Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Elaun Untuk Pelajar Tingkatan 6 Mungkin Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
Berita tentang cadangan kerajaan untuk memperkenalkan elaun kepada pelajar Tingkatan 6 mula menarik perhatian ramai. Jika sebelum ini bantuan kewangan lebih banyak tertumpu kepada pelajar matrikulasi dan IPT, kali ini pelajar prauniversiti Tingkatan 6 juga berpotensi menerima manfaat yang sama.
Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar, terutamanya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Walaupun masih dalam peringkat pertimbangan, ramai yang menyambut baik idea ini kerana ia dianggap lebih inklusif.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.
Elaun buat pelajar Tingkatan 6 akan diberikan?
Berita baik buat pelajar Tingkatan Enam, kerajaan sedang meneliti cadangan pemberian elaun kepada semua Kolej Tingkatan 6 seperti yang dinikmati oleh pelajar Program Matrikulasi.
Cadangan itu selari dengan langkah pengambilalihan sistem pendidikan prauniversiti membabitkan pelajar Tingkatan Enam dan Matrikulasi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang sebelum ini di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Berita ini disambut baik oleh Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wafiyuddin Musa kerana inisiatif ini bakal membantu kewangan pelajar, malah pengiktirafan rasmi terhadap prestij Tingkatan Enam sebagai laluan utama yang kompetitif dan berkualiti ke institusi pengajian tinggi.
Apa itu elaun Tingkatan 6?
Secara mudahnya, elaun ini merupakan bantuan kewangan bulanan yang diberikan kepada pelajar Tingkatan 6. Tujuannya adalah untuk membantu menampung keperluan asas seperti tambang pengangkutan, makanan, alat tulis dan sedikit perbelanjaan harian semasa belajar.
Jika dilaksanakan nanti, elaun ini mungkin akan disalurkan secara berkala sepanjang tempoh pengajian prauniversiti, sama seperti beberapa bantuan pendidikan lain yang sedia ada. Namun, butiran penuh seperti jumlah elaun masih belum diumumkan secara rasmi.
Apa kebaikan jika elaun ini dilaksanakan?
Kalau dilihat dari sudut positif, elaun ini boleh memberi banyak manfaat. Antaranya, ia dapat mengurangkan tekanan kewangan keluarga, terutama bagi mereka yang mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah.
Selain itu, pelajar juga mungkin lebih fokus dalam pembelajaran tanpa terlalu risau tentang perbelanjaan harian. Secara tidak langsung, ia boleh meningkatkan motivasi dan prestasi akademik pelajar-pelajar Tingkatan 6.
Lebih menarik lagi, langkah ini juga boleh menjadikan laluan Kolej Tingkatan 6 lebih setara dan kompetitif berbanding laluan lain seperti matrikulasi atau diploma.
Sokongan kewangan prauniversiti mungkin lebih seimbang
Pelajar yang berada di dalam bilik kuliah.
Dalam sistem pendidikan sedia ada, pelajar Matrikulasi menerima bantuan kewangan bulanan sebanyak RM250 melalui Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi (BSHP). Bantuan ini membantu mereka menampung kos asas sepanjang tempoh pengajian.
Cadangan untuk memperkenalkan elaun kepada pelajar Tingkatan 6 dilihat sebagai usaha menyelaraskan bentuk sokongan antara laluan prauniversiti.
Jika dilaksanakan, bantuan ini berpotensi menjadi lebih kurang setara dengan apa yang diterima pelajar Matrikulasi, termasuk dari segi:
Bantuan untuk keperluan harian seperti makan, pengangkutan dan bahan pembelajaran
Jaminan bantuan sepanjang tempoh pengajian prauniversiti
Pendekatan ini bukan sahaja memberi lebih keadilan kepada pelajar, tetapi juga mengiktiraf Tingkatan 6 sebagai salah satu laluan akademik utama sebelum ke universiti.
Walaupun jumlah sebenar masih belum diputuskan, cadangan ini menunjukkan ke arah sistem bantuan yang lebih seimbang dan menyeluruh dalam pendidikan prauniversiti negara.
Semakan tawaran Tingkatan 6 2025/2026
Berikut adalah maklumat mengenai tawaran Tingkatan 6:
Semakan tawaran Tingkatan 6: 24 April – 8 Mei 2026
Keputusan rayuan: 22 Mei 2026
Tarikh melapor diri bagi semua ambilan: 8 Jun 2026
Cadangan elaun Tingkatan 6 ini masih dalam peringkat penelitian, namun ia memberi sinar harapan kepada ramai pelajar. Jika dilaksanakan, ia bukan sahaja membantu dari segi kewangan, tetapi juga memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan prauniversiti di Malaysia.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Matlamat.
https://www.moe.gov.my/matlamat . Accessed April 29 2026
Latar Belakang . https://www.moe.gov.my/latar-belakang. Accessed April 29 2026
Pengenalan Matrikulasi. https://www.moe.gov.my/pengenalan-matrikulasi. Accessed April 29 2026
Elaun Tingkatan Enam: Anjakan paradigma ke arah keadilan pendidikan – GPMS. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/elaun-tingkatan-enam-anjakan-paradigma-ke-arah-keadilan-pendidikan-gpms. Accessed April 29 2026
Kerajaan Teliti Pemberian Elaun Kepada Pelajar Tingkatan Enam – PM Anwar . https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2548934. Accessed April 29 2026
Kerajaan teliti syor beri elaun pelajar Tingkatan Enam. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1537806/kerajaan-teliti-syor-beri-elaun-pelajar-tingkatan-enam. Accessed April 29 2026
SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA . https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/Bahagian%20dan%20Unit/Bahagian%20Matrikulasi/Soalan%20Lazim%20Program%20Matrikulasi%20-%20Kemaskini%20Mei%202025.pdf. Accessed April 29 2026
Tingkatan Enam bukan program akademik kelas kedua – Fadhlina. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tingkatan-enam-bukan-program-akademik-kelas-kedua-fadhlina-448263. Accessed April 29 2026
Versi Terbaru
30/04/2026
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor