Menurut kardiologi Hospital Universiti Aarhus, Denmark, Dr Kasper Adelborg, migrain dianggap sebagai gangguan sakit kepala yang bertentangan dengan masalah jantung. Walau bagaimanapun, ini bukan kajian pertama yang kaitkan hubungan sakit kepala dan jantung.
Sakit kepala ini boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko beberapa masalah jantung, termasuk serangan jantung, strok, fibrilasi atrial (sejenis degupan jantung yang tidak teratur) dan pembekuan darah yang bermula di urat.
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Jantung di sini.
Hubungan sakit kepala dan jantung
Menurut penyelidik, terdapat beberapa punca migrain boleh berkait kepada masalah kardiovaskular.
1 mekanisme yang berpotensi mungkin melibatkan pembekuan darah secara tiba-tiba di otak yang dianggap menyebabkan migrain.
Ini juga boleh menyebabkan seseorang lebih terdedah kepada strok, yang mana apabila saluran darah tiba-tiba menyempit, lebih sukar untuk mengalir darah yang boleh mengakibatkan kekurangan darah di bahagian otak.
Kemungkinan lain adalah orang yang mengalami migrain kurang aktif dan memerlukan rehat. Apabila migrain menyerang boleh meningkatkan risiko pembekuan darah.
Menurut Dr Kasper Adelborg, walaupun mekanisme yang tepat mengenai perkaitannya kurang jelas, ada yang menganggap migrain menjadi faktor risiko yang kuat bagi kebanyakan penyakit kardiovaskular dalam kalangan lelaki dan wanita.
Migrain & jantung bukan genetik
Pada masa yang sama seseorang yang beranggapan migrain ‘hanya sakit kepala’ yang mana boleh mengingatkan mereka bahawa orang mengalami migrain berada pada risiko yang lebih tinggi untuk penyakit strok dan jantung.
Malangnya, saintis masih tidak pasti apa yang ada di sebalik hubungan sakit kepala dan jantung, tetapi mereka yakin ia bukan genetik.
1 penemuan yang mengejutkan apabila genetik tidak boleh dipersalahkan antara migrain dan penyakit jantung.
Malah, ia suatu yang sangat tidak terjangka kerana migrain merupakan penyakit genetik.
Dr. Aarno Palotie mengetuai satu kajian pada tahun 2015 yang menganalisis 2 kajian terdahulu di mana pelbagai variasi genetik yang meningkatkan risiko hubungan sakit kepala dan jantung.
Kedua-dua kajian itu memeriksa 159,000 individu, termasuk 20,000 orang dengan migrain dan 21,000 dengan penyakit jantung.
Suatu yang menghairankan apabila varian gen yang dikongsi mungkin menjelaskan hubungan antara migrain dan penyakit jantung, malangnya tidak menemui hubungan antara keduanya itu.
Tiada penemuan variasi gen antara migrain dan penyakit jantung, walaupun bukti lebih kuat mengatakan bahawa orang yang mempunyai migrain kemungkinan berisiko tinggi untuk mengalami penyakit jantung.
Malahan, gen yang dikongsi itu sebenarnya melindungi daripada meningkatkan risiko penyakit jantung.
Dengan kata lain, orang yang mengalami migrain tanpa aura kelihatannya mempunyai beban genetik lebih rendah hingga meningkatkan risiko penyakit jantung.
[embed-health-tool-heart-rate]