backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini 5 PUNCA UTAMA Tekanan Darah Tinggi, Ia Ada Kaitan Dengan Buah Pinggang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/01/2024

    Ini 5 PUNCA UTAMA Tekanan Darah Tinggi, Ia Ada Kaitan Dengan Buah Pinggang

    Tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang paling banyak dihidapi oleh masyarakat negara kita. Persoalannya, apakah punca darah tinggi

    Untuk pengetahuan anda, ia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor dan ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun usia.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Faktor kebarangkalian 

    Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, hipertensi boleh berlaku kepada mana-mana individu pada sebarang lapisan usia, dan pelbagai faktor boleh menjadi punca darah tinggi atau hipertensi.

    Mengalami hipertensi bermakna anda berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan strok.

    Dalam beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan terdapat ciri-ciri tertentu atau faktor yang boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami masalah tekanan darah tinggi.

    Antara punca darah tinggi usia muda adalah seperti berikut:

    cara membaca tekanan darah
    Bacaan tekanan darah yang tepat.

    Punca darah tinggi

    Selain daripada faktor yang disenaraikan di atas, berikut adalah antara beberapa perkara yang boleh menjadi punca darah tinggi naik mendadak:

    #1. Genetik punca darah tinggi usia muda

    Sesetengah penyelidik mempercayai bahawa genetik tertentu di dalam DNA anda turut boleh menyebabkan wujudnya hipertensi.

    Sememangnya hampir tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengubah genetik anda.

    Tetapi mengetahui bahawa terdapat ahli keluarga seperti ibu bapa, datuk atau nenek, mahupun adik-beradik yang mempunyai hipertensi, sudah tentu dapat membantu pakar perubatan untuk menentukan jika anda mungkin berisiko untuk turut mengalaminya.

    punca darah tinggi
    Penyebab darah tinggi usia muda.

    #2. Pengambilan garam berlebihan, antara punca darah tinggi usia muda

    Umumnya, pengambilan garam secara berlebihan, sama ada secara langsung atau garam yang terkandung dalam makanan diproses, akan meningkatkan risiko untuk mengalami tekanan darah tinggi. 

    American Heart Association mencadangkan pengambilan garam sehari hanya pada kadar kurang daripada 1,500 miligram (mg).

    Walau bagaimanapun, dikatakan kebanyakan individu di negara tersebut mengambil lebih daripada 3,400 mg garam sehari.

    Pengambilan garam secara berlebihan untuk tempoh jangka masa yang panjang akan meningkatkan kecenderungan untuk mengalami strok, masalah jantung serta masalah kesihatan lain. 

    Namun, pengambilan garam yang disyorkan itu sudah tentunya berbeza bagi individu yang lebih berusia, mereka yang menghidapi diabetes atau masalah buah pinggang. 

    #3. Kurang kalium dalam tubuh badan

    Jika pengambilan garam yang berlebihan dikatakan punca darah tinggi naik mendadak, sebaliknya kekurangan kalium di dalam tubuh badan juga turut boleh menjadi salah satu puncanya.

    Individu yang mengambil makanan dengan kalium dalam jumlah yang seimbang, akan kurang berisiko untuk mempunyai masalah tekanan darah tinggi. 

    American Heart Association mencadangkan untuk mengambil antara 3,500 hingga 5,000 mg kalium dalam sehari.

    Sudah tentu, setiap perkara yang diambil secara berlebihan akan mengundang kesan sampingan, begitu juga dengan kalium.

    Mengambil kalium dalam jumlah yang terlalu banyak akan menyebabkan masalah berkaitan jantung.

    Jadi untuk mengetahui jumlah kalium yang sesuai dengan anda, pastikan anda berjumpa dan melakukan rundingan dengan doktor perubatan anda. 

    #4. Ubat-ubatan juga punca darah tinggi

    Sesetengah ubat-ubatan tertentu turut boleh menjadi faktor penyebab darah tinggi.

    Pengambilan ubatan tertentu akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi sebagai kesan sampingan.

    Bergantung kepada keadaan dan tahap kesihatan anda, doktor boleh mengesyorkan cara menurunkan darah tinggi dengan menyesuaikan dos ubatan, mengubah jenis ubat atau merawat masalah tekanan darah tinggi yang dialami dengan rawatan lain.

    Bagi sesetengah individu, keadaan kesihatan tertentu boleh mengembangkan darah tinggi.

    Merawat masalah kesihatan yang dihadapi akan dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi yang dialami.

    punca darah tinggi
    Ubat merawat darah tinggi.

    #5. Masalah buah pinggang juga antara punca darah tinggi usia muda

    Buah pinggang merupakan organ yang sangat penting.

    Ia bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika anda kencing.

    Tetapi buah pinggang yang mempunyai masalah tidak akan dapat berfungsi dengan baik.

    Banyak perkara yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang.

    Jika doktor mengesyaki anda mempunyai masalah buah pinggang yang tidak berfungsi, mereka akan melakukan beberapa ujian darah untuk mengesahkan diagnosis yang dilakukan.

    Terdapat beberapa punca darah tinggi yang boleh diatasi dengan mengubah gaya hidup seperti menjaga aspek pemakanan dan melakukan senaman secara teratur!

    Jika terdapat sebarang pertanyaan, pastikan anda merujuk kepada doktor perubatan yang bertauliah. Jangan pula bertanya kepada Dr. Google semata-mata, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan