backup og meta

3 Sebab Kolesterol Naik Semasa Berpuasa

Sejumlah kajian menunjukkan bahawa di bulan Ramadan, umat Islam yang menjalankan ibadah puasa boleh mengawal kadar kolesterolnya dengan baik. Berpuasa boleh membantu menurunkan kolesterol dalam darah. Tetapi, beberapa orang mengadu kadar kolesterol naik semasa berpuasa.

Adakah kolesterol boleh naik di bulan puasa? Apa penyebabnya dan bagaimana cara mencegahnya? Bertenang. Baca selanjutnya.

Penyebab kadar kolesterol naik semasa berpuasa

Berpuasa di bulan Ramadan bukan bermakna anda bebas dari masalah kolesterol sama sekali. Tiga perkara di bawah ini diketahui boleh menyebabkan kadar kolesterol naik semasa berpuasa.

1. Tidak menjaga pola makan

Kesalahan terbesar orang yang berisiko tinggi kolesterol adalah tidak menjaga pola makan yang sihat sepanjang bulan puasa. Setelah menahan lapar dan dahaga sepanjang hari, ramai orang lalai ketika waktu sahur atau berbuka puasa tiba. Ada kefahaman yang keliru, iaitu kerana seharian tidak memakan makanan apapun yang boleh membuat kadar kolesterol naik, maka semasa berbuka, anda lebih bebas mengambil makanan dengan kadar kolesterol tinggi.

Padahal walaupun anda berpuasa seharian, anda tetap tak disyorkan untuk mengambil makanan dengan kadar kolesterol tinggi. Jadi anda perlu menjaga pola makan rendah kolesterol walaupun seharian tak makan apa-apa.

Menurut kajian oleh pakar dari University of Chicago Department of Radiation and Cellular Oncology, sebutir telur sahaja sudah boleh membuat kadar kolesterol anda melonjak tiba-tiba. Lebih-lebih lagi kalau anda berbuka puasa dengan hidangan berlemak dan bersantan yang sangat tinggi kolesterolnya.

2. Sindrom metabolik

Sindrom metabolik adalah sekumpulan keadaan perubatan yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Keadaan yang dimaksudkan adalah terlebih berat badan (terutama di bahagian pinggang dan perut), gula darah tinggi, tekanan darah tinggi, serta kadar trigliserida tinggi. Tiga keadaan ini boleh terjadi semasa berpuasa, terutamanya kalau perut yang kosong seharian tiba-tiba diisi dengan pelbagai jenis makanan tak sihat semasa buka puasa.

Sebagai contoh anda buka puasa dengan hidangan manis, diikuti dengan hidangan berlemak untuk makan malam. Anda berisiko mengalami sindrom metabolik. Sindrom ini mengakibatkan naiknya kadar kolesterol jahat (LDL) dalam darah.  

3. Kekurangan taurin

Taurin merupakan jenis asid amino yang berfungsi mengawal kadar kolesterol jahat dalam darah dan liver (organ hati). Ketika puasa, anda mungkin kekurangan taurin. Taurin boleh didapati dari zat zink (zinc) dan vitamin A. Sumber makanan yang tinggi taurin adalah sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, dan cendawan.  

Disebabkan sepanjang pagi hingga petang anda tidak mendapatkan zink dan vitamin A, badan mengalami kekurangan taurina dan kadar kolesterol sukar dikawal.

Mencegah kadar kolesterol tinggi semasa berpuasa

Anda memerlukan strategi yang tepat untuk mencegah kolesterol naik semasa berpuasa. Berikut adalah senarai hal-hal yang harus anda perhatikan kalau tak mahu kadar kolesterol melonjak.

  • Sahur dan buka puasa dengan pola makan rendah kolesterol dan rendah gula.
  • Minum ubat penurun kolesterol (contohnya statin) di malam hari.
  • Banyakkan pengambilan makanan yang boleh membantu mengawal paras kolesterol ketika sahur dan buka puasa, contohnya oatmeal dan ikan salmon.
  • Kekalkan rutin bersenam ketika puasa.
  • Menjaga hidangan makan masa sahur dan buka puasa.
  • Bila anda terlebih berat badan atau obesiti, cuba mengawal berat badan ketika puasa.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What Causes Cholesterol Number to Spike Upwards? http://www.livestrong.com/article/143803-what-causes-cholesterol-numbers-spike-upward/ Diakses pada 18 Mei 2017.

Health Problems That Raise Cholesterol Levels. http://www.everydayhealth.com/high-cholesterol/symptoms/health-problems-that-raise-cholesterol-levels/ Diakses pada 18 Mei 2017.

Effects of Ramadan Fasting on Health and Athletic Performance. https://www.esciencecentral.org/ebooks/effects-of-ramadan-fasting/pdf/Ramadan-fasting-and-lipid-profile.pdf Diakses pada 18 Mei 2017.

The changes of metabolic profile and weight during Ramadan fasting. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16645692 Diakses pada 18 Mei 2017.

Are You Dangerously Deficit in Taurine? https://bodyecology.com/articles/deficient_in_taurine.php Diakses pada 18 Mei 2017.

Versi Terbaru

04/12/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Kate


Artikel Berkaitan

“Bagaimana Nak Kurangkan Kolesterol Dalam Badan?” Buat 14 Petua Ini Sekarang!

Orang Perempuan Kalau Alami 7 Benda Ini, Itu Tanda Kolesterol Badan Anda TINGGI!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan