Penyakit jantung adalah antara pembunuh utama di Malaysia. Dengan kadar obesiti yang tinggi, insiden penyakit dan serangan jantung juga meningkat kerana obesiti merupakan antara faktor risiko utamanya.
Serangan jantung secara ringkasnya disebabkan oleh saluran darah yang membawa darah serta oksigen ke sel-sel jantung tersumbat. Sel-sel tersebut akan mengalami kekurangan oksigen yang dimanifestasikan melalui serangan jantung.
Serangan jantung adalah keadaan yang serius. Ia adalah kes yang menjadi prioriti di bilik kecemasan kerana boleh membawa maut jika tidak diuruskan dengan segera dan tepat.
Jika anda diketahui menghidap penyakit jantung, khususnya penyakit arteri koronari, anda perlu berwaspada dengan tanda-tanda amaran serangan jantung berikut.
1. Sakit atau ketidakselesaan di dada
Ini mungkin tanda awal dan permulaan pada serangan jantung yang sempurna. Jangan tunggu lagi, terus ke bilik kecemasan untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.
2. Kepala terasa ringan, mual atau muntah
Semasa serangan jantung, jantung anda mungkin akan berhenti atau mengepam dengan tidak efektif. Keadaan ini mengakibatkan darah tidak beredar dengan baik di seluruh badan. Khususnya di kepala, yang memerlukan lebih banyak tekanan darah untuk darah sampai, ia adalah kawasan yang awal terkesan.
3. Sakit rahang, leher atau belakang
Urat saraf yang bertanggungjawab membawa rasa sakit di sesuatu tempat kadangkala bertanggungjawab ke atas beberapa tempat yang lain. Sebab itu, sakit dari serangan jantung juga boleh berlaku di rahang, leher atau belakang.
4. Ketidakselesaan atau sakit di lengan atau bahu
Sama seperti di atas, urat saraf yang bertanggungjawab membawa rasa sakit pada jantung mungkin juga bertanggungjawab ke atas kawasan lengan atau bahu di sebelah kiri, khususnya.
5. Sesak nafas
Apabila jantung gagal mengepam darah, oksigen yang sampai ke paru-paru berkurang. Ia dimanifestasikan dengan sesak nafas.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
[embed-health-tool-heart-rate]