brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Bila Kayap Boleh Beri Tekanan Pada Jantung Anda, Ini Isu Yang Ramai Terlepas Pandang

Kebanyakan orang menganggap kayap hanyalah ruam pedih yang muncul pada satu bahagian tubuh, tetapi hakikatnya ia kadang kala berkait rapat dengan perubahan besar dalam sistem imun dan keradangan dalam badan. Apabila imun menjadi lemah, risiko mendapat kayap juga akan meningkat. Pada masa yang sama, sistem kardiovaskular juga boleh menerima “tekanan tambahan”. Akibatnya, sesetengah individu mungkin menunjukkan tanda-tanda sakit jantung, ciri-ciri sakit jantung tertentu, malah ada yang menyangka ia sekadar pengalaman sakit jantung ringan tanpa menyedari kaitannya dengan keradangan akibat kayap.

Bila Kayap Boleh Beri Tekanan Pada Jantung Anda, Ini Isu Yang Ramai Terlepas Pandang

Artikel ini menerangkan bagaimana kayap bermula, bagaimana keradangan berlaku di bawah kulit, serta mengapa individu dengan masalah jantung atau imun lemah perlu lebih berhati-hati.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Kayap: bila sistem imun anda mula “penat”

Virus cacar air (Varicella-Zoster Virus, VZV) boleh kekal diam dalam sel saraf selama berpuluh tahun selepas seseorang pulih daripada jangkitan cacar air, yang biasa dialami sewaktu masih muda.

Namun apabila imun mula melemah akibat stres, peningkatan usia atau kerana penyakit kronik, virus ini boleh aktif semula lalu mencetuskan kayap. Dua penyebab utama penurunan imun tubuh ialah faktor penuaan dan tekanan jangka panjang 1 2.

Kebiasaannya, tanda awal muncul beberapa hari sebelum ruam kayap timbul. Badan akan mula terasa pedih, mencucuk, berdenyut atau sensasi terbakar pada satu bahagian tubuh. 

Bagi sesetengah individu, simptom awal ini mungkin disangka sebagai tanda-tanda sakit jantung atau pengalaman sakit jantung ringan kerana sifat kesakitannya yang tajam dan menekan.

tanda-tanda sakit jantung
Antara tanda-tanda lazim jika anda dijangkiti kayap.

Infografik ini adalah hak milik Hello Doktor.

Rujukan: Mayo Clinic Staff. (2022, August 20). Shingles – Symptoms and causes. Mayo Clinic. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/shingles/symptoms-causes/syc-20353054. Caption: Antara tanda-tanda lazim jika anda dijangkiti kayap.

Apabila ruam muncul, ia mengikuti laluan saraf tertentu (dermatome), menyebabkan kesakitan yang boleh berlarutan walaupun ruam telah sembuh.

Di sebalik ruam: keradangan dalam badan semakin mengganas

Walaupun kayap kelihatan seperti masalah kulit, apa yang berlaku sebenarnya jauh lebih kompleks. 

Sistem imun akan melawan virus dengan menghasilkan tindak balas keradangan yang kuat pada laluan saraf. Inilah punca rasa sakit yang tajam, sensitif dan sukar disentuh yang anda rasakan.

Keradangan ini bukan sahaja terhad pada saraf. Dalam sesetengah kes, ia boleh merebak ke tisu atau saluran darah berhampiran. Apabila ini berlaku, tekanan terhadap sistem kardiovaskular juga turut meningkat.

Badan yang sedang berdepan keradangan berpanjangan kadang kala menunjukkan tanda-tanda sakit jantung, termasuk rasa berat pada dada atau palpitasi, kerana sistem saraf dan jantung mempunyai laluan isyarat yang saling berkait rapat.

Dalam situasi tertentu, tekanan keradangan (inflammatory stress) ini boleh mencetuskan perubahan jangka pendek pada fungsi jantung 3.

Ini menunjukkan hubungan atau perkaitan antara imun, saraf dan juga jantung.

Tanda-tanda sakit jantung: apabila penyakit sedia ada sukarkan keadaan sewaktu dijangkiti kayap

tanda-tanda sakit jantung
Ruam pada kulit akibat jangkitan kayap.

Individu yang mempunyai penyakit jantung selalunya mengalami simptom kayap yang lebih teruk berbanding mereka yang sihat. 

Keadaan ini menyebabkan keradangan lebih kuat, proses penyembuhan lebih perlahan dan meningkatkan risiko komplikasi seperti postherpetic neuralgia (PHN), iaitu kesakitan saraf berpanjangan walaupun ruam sudah tiada 4.

Selain kesakitan yang lama, kayap juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti masalah penglihatan, lepuh berkerak dan dalam kes yang jarang berlaku, peningkatan risiko strok 4. 

Malah, satu kajian meta-analisis mendapati terdapat peningkatan 34% risiko strok dalam tempoh tiga bulan selepas kayap berbanding mereka tanpa kayap 5.

Bagi mereka yang sudah mempunyai ciri-ciri sakit jantung, tekanan keradangan akibat kayap boleh menambahkan lagi beban pada sistem kardiovaskular 6.

Di sinilah pentingnya memahami hubungan halus antara saraf, imun dan jantung; kerana ramai tidak sedar bahawa keradangan kayap bukan sekadar pada kulit, tetapi boleh mempengaruhi kesihatan jantung.

Ini cara kurangkan risiko kayap dan komplikasinya

tanda-tanda sakit jantung
Tidur yang mencukupi setiap hari membantu menguatkan imun tubuh.

Walaupun kayap tidak boleh dijangka sepenuhnya, anda boleh menguatkan sistem pertahanan badan dengan rutin harian yang konsisten. 

Langkah-langkah ini bukan sahaja membantu imuniti, tetapi juga menyokong kesihatan jantung. 

Ia penting untuk mereka yang risau akan tanda-tanda sakit jantung atau pengalaman sakit jantung ringan.

Antara amalan yang boleh dipertimbangkan 7 8 9 10:

  • Tidur yang cukup: Kekurangan tidur mengurangkan kecekapan imun dan meningkatkan keradangan
  • Pemakanan seimbang: Tingkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran serta sumber protein yang baik untuk imun dan jantung
  • Aktiviti fizikal berkala: Senaman sederhana seperti berjalan 30 minit beberapa kali seminggu membantu menurunkan risiko keradangan
  • Urus stres anda: Stres kronik bukan sahaja mengganggu imun, tetapi boleh memburukkan tanda serangan jantung ringan pada sesetengah individu
  • Dapatkan konsultasi doktor: Terutama jika anda berusia lebih 50 tahun, mempunyai penyakit kronik, atau mula mengalami sensasi mencucuk yang luar biasa pada satu bahagian tubuh

Doktor boleh membantu menentukan sama ada kesakitan tersebut berkaitan kayap, saraf lain atau tanda-tanda sakit jantung yang memerlukan perhatian segera.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kayap bukan sekadar ruam yang menyakitkan, tetapi petanda bahawa sistem imun sedang lemah dan keradangan dalam badan mungkin sedang meningkat dan mengganas.

Apabila radang ini berlaku berhampiran laluan saraf dan saluran darah, ia boleh memberi tekanan tambahan kepada jantung, terutamanya bagi individu yang mempunyai penyakit kronik pengalaman sakit jantung atau pernah mengalami tanda-tanda sakit jantung sebelum ini. 

Dengan menjaga imuniti, mengurus stres dan mendapatkan nasihat doktor lebih awal, anda dapat mengurangkan risiko komplikasi serta melindungi kesihatan saraf dan jantung dalam jangka panjang.

*Semua kandungan dihasilkan oleh Hello Doktor

Program pendidikan ini dibawakan kepada anda oleh GSK.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi doktor anda.

GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd 195801000141(3277-U)

©2026 syarikat kumpulan GSK atau pemegang lesennya.

NP-MY-HZU-WCNT-250006 10/26

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada tadi