Kayap atau shingles adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus varicella-zoster (VZV), virus yang sama menyebabkan chickenpox atau cacar air. Oleh itu, hanya mereka yang pernah mengalami chickenpox sahaja berisiko mendapat kayap.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Kayap atau shingles adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus varicella-zoster (VZV), virus yang sama menyebabkan chickenpox atau cacar air. Oleh itu, hanya mereka yang pernah mengalami chickenpox sahaja berisiko mendapat kayap.
Namun, seseorang mungkin tidak sedar mereka pernah dijangkiti virus ini kerana jangkitan subklinikal tanpa simptom boleh berlaku.
Selepas simptom chickenpox hilang, virus tersebut sebenarnya masih ada di dalam badan. Ia tidak mati tetapi menjadi tidak aktif dan berada di urat saraf berhampiran urat saraf tunjang. Dalam keadaan tertentu, virus tersebut boleh menjadi aktif semula dan menyebabkan kayap.
Antara faktor yang boleh “mengejutkan” semula virus ini adalah:
Walau bagaimanapun, ramai juga orang yang mengalami kayap disebabkan selain daripada yang disenaraikan di atas.
Apabila virus varicella-zoster (VZV) menjadi aktif, ia akan keluar mengikut laluan urat saraf di mana ia duduk. Urat saraf tersebut bermula daripada urat saraf tunjang di belakang dan mengelilingi badan ke arah hadapan.
Pesakit akan mengalami rasa sakit (mungkin sangat teruk) diikuti dengan ruam pada kulit dan rasa kebas. Ruam tersebut berwarna merah dan mengandungi cecair di dalamnya serta hanya melibatkan sebelah bahagian badan sahaja. Jika ruam berlaku pada kedua-dua bahagian badan, ia adalah petanda kepada keadaan kesihatan lain yang lebih serius. Pesakit juga mungkin mengalami demam, sakit kepala dan ketidakselesaan pada perut.
Dalam tempoh 7 hingga 10 hari, simptom kebiasaannya akan berakhir. Pesakit boleh menjangkiti mereka yang tidak mempunyai imun (melalui jangkitan lama atau vaksin) terhadap virus ini. Oleh itu, sentuhan dengan orang lain, terutamanya kanak-kanak perlu diminimakan atau dielakkan.
Rawatan utama adalah untuk mengurangkan rasa sakit menggunakan ubat tahan sakit seperti ubat anti radang bukan steroid/NSAD (diclofenac), ubat neuroaktif (amitryptiline) dan ubat sapu potassium permanganate untuk mengeringkan ruam atau lepuh pada kulit.
Ubat antiviral juga mungkin diberikan untuk mengurangkan risiko komplikasi.
Vaksin boleh diambil untuk mencegah kayap. Vaksin herper zoster (nama lain bagi shingles) boleh diambil oleh mereka berumur 60 tahun dan ke atas.
Hello Heath Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen