backup og meta

Rasa Ringan Kepala Selepas Bangun Mungkin Kerana Masalah Ini, AWAS!

Rasa Ringan Kepala Selepas Bangun Mungkin Kerana Masalah Ini, AWAS!

Pernah dengar mengenai hipotensi ortostatik? Ia keadaan membuatkan anda berasa ringan kepala selepas bangun daripada tidur. Ini penjelasan lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Pernahkan anda rasa pening dan ringan kepala seperti mahu terjatuh selepas bangun dari posisi duduk? Atau selepas duduk daripada posisi baring?

Ia mungkin disebabkan oleh satu keadaan yang disebutkan sebagai hipotensi ortostatik.

Dalam erti kata yang lebih mudah, tekanan darah menjadi rendah apabila berlaku perubahan posisi secara mengejut. Tekanan yang rendah membuatkan darah tidak sepenuhnya sampai ke otak sehingga membuatkan rasa pening dan ringan kepala.

Badan secara normalnya mampu mengawal tekanan darah dalam semua posisi

Apa pun posisi badan anda, tekanan darah akan sentiasa dalam lingkungan yang normal. Ini disebabkan oleh sistem melibatkan urat saraf dan saluran darah yang memastikan tekanan darah sentiasa dalam kadar yang sihat.

Tekanan darah manusia bergantung kepada kadar degupan jantung serta saiz saluran darah. Jika kadar degupan jantung laju dan saiz saluran darah kecil, tekanan darah akan meningkat. Jika sebaliknya, tekanan akan menurun.

Hipotensi Ortostatik

Semasa anda mengubah posisi daripada baring atau duduk ke posisi berdiri, darah akan jatuh ke bawah disebabkan oleh graviti. Ini menyebabkan darah berkurang di dalam otak dan simptom seperti pening serta ringan kepala boleh berlaku.

Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, urat saraf akan menghantar isyarat kepada saluran darah agar mengecut bertujuan mengurangkan diameter seterusnya mengelakkan penurunan tekanan darah secara mendadak.

Bagi sebahagian orang, sistem ini tidak berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan rasa pening yang lebih lama daripada biasa.

Baca juga:

Diabetes antara penyebab hipotensi ortostatik

Penyakit diabetes menjejaskan urat saraf dan boleh membawa kepada hipotensi ortostatik. Ditambah dengan penglihatan yang kabur dan umur yang kebiasannya lanjut, pesakit berisiko jatuh selepas bangun daripada posisi baring.

Oleh itu, elakkan daripada bangun secara mengejut. Ambil masa dan pastikan ada tempat untuk berpaut selepas bangun.

Hipotensi Ortostatik

Selain itu, ia boleh disebabkan oleh beberapa keadaan lain termasuk dehidrasi, baring terlalu lama, mengandung, dan beberapa penyakit saraf.

Mereka yang mengambil ubat darah tinggi, antidepresi, Parkinson dan ubat disfungsi erektil (mati pucuk) mungkin juga mengalami hipotensi ortostatik.

Rawatan kebiasaannya lebih tertumpu kepada punca tekanan darah rendah tersebut. Selain itu, beberapa langkah mungkin boleh diambil seperti memakai stokin mampatan, mengambil banyak air dan beberapa jenis ubat.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Low Blood Pressure (Hypotension) – https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/low-blood-pressure/symptoms-causes/syc-20355465
  2. Low Blood Pressure (Hypotension). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21156-low-blood-pressure-hypotension, Accessed Oct 5, 2021
  3. Low Blood Pressure (Hypotension). https://www.uofmhealth.org/health-library/abg6277, Accessed Oct 5, 2021
  4. Low Blood Pressure – When Blood Pressure Is Too Low. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/the-facts-about-high-blood-pressure/low-blood-pressure-when-blood-pressure-is-too-low, Accessed Oct 5, 2021
  5. Low blood pressure. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/risk-factors/high-blood-pressure/low-blood-pressure. Accessed Oct 5, 2021

Versi Terbaru

12/05/2022

Ditulis oleh Maria Stork

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Ada Tekanan Darah Tinggi & Selalu Rasa Penat? Ia Mungkin Kesan Sampingan Ubat Anda!

Kenali Degupan Jantung Normal Anda, Jika Bacaan Seperti Ini, Ia Tanda BAHAYA!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Maria Stork · Disemak pada 12/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan