Kehamilan adalah momen istimewa dalam kehidupan seorang wanita. Namun wujud risiko kesihatan yang tidak boleh dipandang remeh, iaitu kanser limfoma. Tetapi apakah punca kanser limfoma dan adakah ia boleh menjejaskan ibu dan kandungan?
Kehamilan adalah momen istimewa dalam kehidupan seorang wanita. Namun wujud risiko kesihatan yang tidak boleh dipandang remeh, iaitu kanser limfoma. Tetapi apakah punca kanser limfoma dan adakah ia boleh menjejaskan ibu dan kandungan?

Bersempena dengan Hari Kesedaran Limfoma Sedunia yang disambut pada 15 September setiap tahun, sudah tiba masanya kesedaran tentang limfoma dipertingkatkan.
Pengetahuan mengenai tanda awal, risiko, dan rawatan yang tersedia amat penting supaya ibu hamil lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kanser, anda boleh klik di sini.
Kanser limfoma adalah kanser yang bermula dalam sistem limfa, iaitu sebahagian daripada sistem pertahanan badan kita.
Sistem limfa berfungsi untuk melawan kuman dan menjaga imuniti. Namun, apabila sel limfa (sejenis sel darah putih) membesar secara tidak terkawal, ia boleh berubah menjadi kanser.
Jenis-jenis utama kanser limfoma:
Sehingga kini, punca kanser limfoma sebenar masih belum difahami sepenuhnya. Namun, beberapa faktor dipercayai meningkatkan risikonya, antaranya:
Walaupun punca sebenar tidak jelas, ibu hamil yang mempunyai sistem imun terjejas mungkin lebih mudah terdedah kepada risiko kanser ini. Namun penting untuk difahami bahawa limfoma tidak berlaku disebabkan kehamilan anda.
Mengetahui tanda awal limfoma penting supaya diagnosis dapat dibuat seawal mungkin. Antara tanda yang biasa dialami termasuklah:
Tanda-tanda ini kadangkala disalah anggap sebagai simptom kehamilan biasa, maka pemeriksaan lanjut oleh doktor sangat penting.
Selain tanda awal, gejala kanser limfoma boleh menjadi lebih ketara jika ia sudah berkembang. Antaranya termasuk:
Gejala ini boleh menjejaskan kualiti hidup ibu hamil, malah memberi kesan kepada kandungan jika tidak dirawat segera.
Kehadiran risiko kanser limfoma semasa hamil menimbulkan cabaran tersendiri kerana ia melibatkan dua nyawa. Antara risikonya ialah:
Oleh itu, pengesanan awal amat penting untuk melindungi ibu dan bayi.
Bagi sesetengah kes, kesan limfoma pada kandungan boleh menjadi serius, antaranya:
Namun, dengan pemantauan rapi daripada pakar onkologi dan obstetrik, banyak kehamilan masih boleh diteruskan dengan selamat.
Pilihan rawatan kanser limfoma semasa hamil bergantung pada tahap penyakit dan usia kandungan. Antara rawatan yang mungkin dipertimbangkan semasa kehamilan ialah:

Rawatan akan disesuaikan dengan keadaan ibu dan bayi, bagi memastikan keselamatan kedua-duanya.
Walaupun punca kanser limfoma masih belum diketahui sepenuhnya, kesedaran tentang tanda awal limfoma, gejala kanser limfoma dan risiko kanser limfoma semasa hamil sangat penting.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
10/11/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa