home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tanaman Dalam Rumah TIDAK TAPIS Udara Seperti Yang Kita Sangka! - Kajian

Tanaman Dalam Rumah TIDAK TAPIS Udara Seperti Yang Kita Sangka! - Kajian

Pasti ramai yang gemar meletakkan tanaman hiasan dalam rumah masing-masing. Warna kehijauan dedaun tanaman dalam rumah ini mampu memberikan kesan yang menenangkan kepada penghuninya.

Jika anda meletakkan tumbuh-tumbuhan berpasu ini dengan tujuan mencantikkan ruang dalaman kediaman, ia amatlah mempesonakan!

Walau bagaimanapun, jika anda meletakkannya dengan tujuan untuk membersihkan udara dalam rumah, anda mungkin rasa tindakan anda hanya sia-sia apabila membaca tajuk artikel ini, kan?

Tanaman hiasan dalam rumah tidak berkesan membersihkan udara

Berdasarkan hasil kajian terbaharu, tanaman hiasan dalam rumah sebenarnya tidak mampu atau tidak berkesan dalam menapis udara seperti yang disangkakan selama ini.

Menurut Profesor Michael Waring, profesor dalam bidang kejuruteraan alam sekitar dan seni bina di Drexel University, anda sebenarnya memerlukan antara 10 hingga 1,000 tumbuhan bergantung kepada saiz dan spesies bagi setiap satu meter persegi, untuk mendapatkan kesan pembersihan udara yang sama seperti di luar rumah.

Menurutnya lagi, tanaman dalam rumah sebenarnya sangat perlahan dalam menapis toksin bawaan udara yang biasa berlaku di dalam rumah.

Toksin tersebut dikenali sebagai sebatian organik tidak menentu atau (VOC). VOC biasa dilepaskan melalui pembakaran kayu arang atau melalui pelepasan daripada cat-cat perabot rumah anda.

Sebatian kimia ini mampu menyebabkan iritasi pada mata, hidung dan tekak, selain menyebabkan sakit kepala dan juga risiko kanser paru-paru.

Jangan putus asa, ini kebaikan lain tumbuhan dalam rumah

tanaman dalam rumah

Tanaman hiasan dalam rumah mungkin tidak berkemampuan untuk menapis udara seperti yang kita sangka, walau bagaimanapun ia tetap mempunyai beberapa manfaat lain.

Sepertimana yang kita tahu, tumbuhan mempunyai satu proses kimia yang dipanggil sebagai fotosintesis. Proses fotosintesis yang berfungsi menghasilkan makanan untuk tumbuhan turut bertindak menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen untuk keperluan manusia.

Jika di luar rumah, akar tumbuhan atau pokok mampu menyerap logam berat bertoksik seperti plumbum.

Selain itu, tumbuhan hijau di dalam rumah mampu memberikan kesan positif kepada mental penghuninya.

Ahli psikologi menyatakan, dengan hanya melihat kepada tumbuhan berdaun hijau, akan membantu merangsang mood dan menjadikan kita berasa lebih baik dan berfikir dengan lebih kreatif.

Bagi kediaman yang kerap menggunakan pendingin hawa, tumbuh-tumbuhan mampu mengekalkan kelembapan dalam ruangan rumah anda.

Selain itu, tumbuh-tumbuhan ini juga berkemampuan untuk menurunkan suhu dalam rumah anda dan mengurangkan bunyi bising dalam rumah anda.

Bagi mereka yang sedia ada meletakkan tumbuhan dalam sesuatu ruang seperti rumah atau bilik anda, jangan pula dibuang tumbuhan tersebut.

Ia mungkin tidak mampu menapis udara, tetapi ia masih menyumbang kepada beberapa kebaikan lain untuk anda dan keluarga anda. Walau bagaimanapun, jangan terlalu kerap menyiramnya kerana kadar kelembapan tanah di dalam pasu bagi tumbuhan di dalam rumah adalah sangat tinggi dan lambat mengering.

Air yang bertakung di dalam pasu berpotensi merosakkan akar dan batang pohon tersebut.

 

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.dailymail.co.uk/health/article-7663091/New-research-planted-seed-doubt-health-benefits-greenery-home.html

https://www.ambius.com/learn/benefits-of-our-services/

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 23/06/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x