backup og meta

Kabus: Berasa Nyaman Tapi Boleh Membawa Bakteria Berbahaya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 12/05/2022

    Kabus: Berasa Nyaman Tapi Boleh Membawa Bakteria Berbahaya

    Kabus terbentuk apabila wap air terkondensasi di permukaan atmosfera dalam bentuk titisan kecil dengan diameter masing-masing adalah tidak lebih daripada 100 mikron. Oleh kerana titisan yang kecil ini, ia kekal terkondensasi di udara, mengehadkan penglihatan. Keupayaan melihat pada pembentukan kabus dikaitkan dengan kadar wap air dalam udara iaitu semakin tinggi kelembapan, semakin kurang penglihatan.

    Membawa bakteria berbahaya

    Menurut artikel World Economic Forum, satu kajian baru mendapati bahawa kabus mengangkut mikrob dalam jarak jauh dan melepaskannya dalam persekitaran baru. Penyelidik tersebut membandingkan mikrob kabus dalam dua ekosistem yang dominan iaitu:

    • Pantai Maine, yang mana geografinya kondusif untuk pembentukan kabus daripada laut yang kerap.
    • Gurun Namib, gurun pasir kering di pantai barat Afrika selatan.

    Pasukan berkenaan menganalisis sampel udara kedua-duanya sewaktu kabus dan tanpa kabus serta menganalisis air hujan, yang ditapis untuk menangkap sel-sel bakteria di setiap tapak untuk merakam jenis dan kuantiti mikroorganisma yang wujud. Di Maine, penyelidik mengumpul data dalam lingkungan 30 meter daripada laut tersebut dalam dua sesi. Di Gurun Namib, mereka mengumpul data di dua tapak kira-kira 50 kilometer jauhnya daripada pantai.

    Sarah Evans, seorang penolong profesor yang memegang jawatan dalam integratif biologi dan mikrobiologi serta jabatan genetik molekul di Michigan State University yang juga ahli fakulti Kellogg Biologi Station berkata, titisan kabus didapati menjadi medium efektif untuk menyediakan nutrien bagi mikrob dan memindahkannya. Di kedua-dua tapak, kepelbagaian mikrob adalah lebih tinggi semasa dan selepas keadaan berkabus apabila dibandingkan dengan keadaan tanpa kabus.

    Kelembapan dalam kabus membolehkan mikrob wujud lebih lama daripada aerosol kering. Akibatnya, kabus memindahkan lebih banyak dan pelbagai jenis mikrob ke tanah berbanding pemindahan daripada udara sahaja.

    Elias Dueker dari Bard College berkata, apabila kabus muncul, ia dapat mengubah komposisi jenis mikrob di udara. Fakta yang lebih mengejutkan lagi, sewaktu peralihan daripada lautan ke darat, mikrob bukan sahaja dapat bertahan, tetapi boleh berubah.

    Para pengkaji mencatatkan bahawa terdapat juga kemungkinan implikasi kesihatan akibat kabus. Kabus di kedua-dua tapak mengandungi mikrob pembawa penyakit, termasuk yang boleh menyerang tumbuhan dan spesies yang disyaki boleh menyebabkan jangkitan pernafasan pada orang yang lemah sistem imun. Ini menimbulkan kebimbangan mengenai peranan kabus yang boleh membawa mikrob berbahaya.

    Sumber: World Economic Forum

    Menurut saintis daripada Institut Pengajian Ekosistem Cary, Kathleen Weathers, kita memerlukan kajian lebih mendalam mengenai peranan kabus sebagai pembawa mikrob terutamanya terhadap mikrob pembawa penyakit. Pemanasan suhu permukaan laut dan arah angin yang berubah mungkin akan mempengaruhi pengagihan kabus di banyak kawasan pantai.

    Menurut Evans, penemuan itu menjelaskan bahawa kabus berupaya menjadi mekanisme penyebaran mikrob yang sebelum ini kurang diketahui serta hubungan ekosistem antara tanah dan laut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan